PART 41

97 6 0
                                    

Merlina yang sedang memasak di dapur dipandang Izz.Keningnya terangkat sedikit.Semenjak balik sahaja dari sekolah merlina hanya berdiam diri dan kerap mengurungkan dirinya di dalam biliknya sahaja.Ditanya sepatah sepatah lah dijawabnya.

Kepala milik merlina masih lagi kosong,tiada benda yang difikirkannya sekarang.Walaupun dia sedang memasak namun otaknya terbang ke tempat lain.Diikutkan hatinya malas dia hendak memasak namun diingatkan pesan Datin aminah tanggungjawabnya sebagai isteri perlu dijalankan.Walaupun isteri di atas kertas?!.

"Betul ke apa yang aku dengar tadi?"soalnya didalam hati.

"Aww!"pisau yang patutnya menghiris bawang menghiris jari kecil miliknya itu.Pekat darah yang mengalir dari jari milik merlina itu.

"Ya allah merlina! kau buat apa sampai jari berdarah ni?!"Soal Izz terkejut.Cepat cepat diambil jari merlina di bawa ke singki untuk dibasuh.Merlina yang masih terkejut mengikuti sahaja apa yang izz lakukan.

"Kau tunggu sekejap aku ambik first aid"katanya lalu pergi ke tempat yang meletakkan first aid.Merlina memerhati jarinya yang luka tersebut.Boleh tahan luka dia.Kini Izz kembali dengan kotak first aid di tangan.

"Kau buat kerja macam mana sampai boleh berdarah ni merlina? kenapa tak potong je terus jari ni?"bebelnya sambil leka mengubati luka jari di milik merlina.

"Auww slow lah sikit izz pedih lah!"Marah merlina apabila lukanya sedikit ditekan izz.

"Ish jangan lah bergerak memang lah sakit,tahan sikit!"Kata izz geram dia dengan merlina ni.Dengan penuh hati hati izz mengubati luka milik merlina.Merlina memandang izz yang sedang mengubati lukanya itu.

Izz miliknya! walaupun hati lelaki itu tiada lagi padanya dia harus menambatkan hati lelaki itu!.Itu tekadnya!.Dia mempunyai hak sebagai isteri.

"Okey done!"kata izz selepas siap mengubati luka di jari merlina.Ditilik tilik jari milik merlina itu.Kini ubat ubatan yang digunakan oleh izz itu disimpan ke dalam kotak first aid itu semula.

"Terima kasih Izz"kata merlina sambil tersenyum.Izz hanya mengumam sahaja.Merlina tersenyum seketika.Kata kata izz yang berjalan di ingatannya cuba diusir.Dia perlu rebut hati milik izz sebelum ada manusia lain yang ambil hati suaminya itu.

"Engkau ni dah kenapa pandang aku macam nak makan?"soal izz.Merlina yang tersedar dari pandangan nya itu terus cepat cepat melarikan pandangannya ke tempat lain.Merah mukanya.

"Aku tau aku handsome lelaki pilihan ramai tapi jangan pandang aku macam nak makan"kata izz.Rambutnya diraup kebelakang.Merlina pula sudah menjeling.Perasan betul manusia ni ! ingat dia handsome sangat . Eh tapi difikirkan balik memang handsome suami dia kan ehek!

Hidangan yang tersedia di atas meja dipandang penuh berselera oleh izz.Bukan calang calang isterinya ini !. Kalah mamanya bila masak.

"Nah makan lah sedap tau aku masak!. Ni aku masak favourite kau! Tomyum seafood! Khas untuk kau!"Kata merlina sambil tersenyum riang.Makin tidak keruan izz dibuatnya.Lauk favourite wei depan mata siapa je tak suka?

Tanpa menunngu lama izz mencedok nasi ke dalam pinggan lalu mengambil tomyum tersebut.Disuap sahaja nasi itu kedalam mulut.Mukanya tercengang seketika.Matanya memandang merlina.Merlina pula sudah tersenyum sambil mengangkat kening memandang izz yang sedang memandangnya itu.

"Sedap tak? sama macam mama masak?"soal merlina sambil tersenyum riang.Dagu ditongkatkan di atas meja tersebut.Tengok husband makan pun kenyang dah.

"Erm boleh lah sedap"kata izz acuh tak acuh padahal dalam hati sudah memuji masakkan milik merlina.Merlina pula sudah berdecit.

"Kalau sedap tu cakap je la!"kata merlina didalam hati.Dijelingnya izz.

Suasana di dalam kelas 5 A Sains tekun mendengar kan apa yang dikatakan oleh Madam Farhana.Tidak sedikit pun yang tertingal apa yang dikatakan oleh madam farhana.

Gangster Hot Suami AkuWhere stories live. Discover now