PART 47

103 6 4
                                    

Suasana di ruang tamu rumah agam milik Dato Izz malik tegang sahaja. Tiada siapa berani mahu membuka mulut. Muka bengis milik Dato Izz malik kelihatan mengerunkan. Muka milik Izz pula tidak berpuas hati.

"Papa tak setuju! " Putus Dato Izz Malik. Suara miliknya tegas.

"Why?! Papa Izz nak kahwin dengan Balqiz papa!. Kenapa papa perlu tak setuju dengan keputusan Izz sendiri?! " Soal Izz berang. Urat urat di mukanya sudah kelihatan. Namun Dato Izz malik hanya menunjukkan muka tiada perasaan

"Papa tanya kamu Izz.. Apa yang buat sangat kamu gila dengan Balqiz ni?! " Soal Dato Izz malik senoktaf. Dadanya sudah turun naik. Balqiz yang berada di sebelah Izz sudah menikus. Tidak berani memandang wajah bengis dato Izz malik yang sedang mengamuk itu.

"Yang tu papa tak perlu tahu!.. Yang Izz tahu Izz nak kahwin dengan Balqiz!.Susah sangat ke papa nak faham kehendak Izz?!" Marah Izz lagi. Dia sudah seperti kerasukkan seperti lupa dia bercakap dengan siapa.

"Memang!!.Memang aku susah nak faham kehendak kau Izz!!. Kau bagi tau aku Izz kalau Keluarga mertua kau tau macam mana hal ni?!. Kau nak jawab apa?!.Anak diaorang pergi tanpa jejak hilang suami dia pula nak khawin lain!.Mana tanggungjawab kamu sebagai seorang suami Izz?!.Bagi tau papa!! " Marah Dato Izz Malik. Datin Marina menenangkan suaminya yang sedang berangin itu.

"Kenapa ha semua orang nak halang keputusan Izz nak kahwin 1 lagi?!. Semua fikir perasaan Perempuan murah tu!. Habis Izz ni siapa nak fikir?!. " Hambur Izz.

"Untuk pengetahuan semua Izz tak rela tahu tak kahwin dengan perempuan murah tu?!. Dia tu dah tak suci lah!. Dia kotor! .Dia murah!. Dia tak layak langsung lah jadi isteri Izz dia sepatutnya jadi perempuan yang duduk dekat clubbing tunggu jantan langgan dia!! " Marahnya. Sikit sikit Merlina!.

PANG

"Kau siapa nak kata dia macam tu?! " Tangan milik Izzarah hinggap. di pipi Izz.

"Aku tak pernah ada adik macam kau Izz Rafael!. Izz yang aku kenal bukan macam ni!.Kau kenapa berubah sampai macam ni sekali hah?!. Kenapa Izz?! Jawab aku tanya ni!!"Marah Izzarah Sudah tidak dapat dikawal amarah hatinya. Kini mata helang milik Izzarah tertuju ke Balqiz yang sedang duduk memandang lantai. Kaki dibawa menuju ke Arah Balqiz.

"Kau.. Balqiz..."Ujar Izzarah. Muka ketakutan milik Balqiz yang ketakutan dipandang. Bahu milik Balqiz dicengkam.

"Pandang aku Balqiz.. "Kata Izzarah tenang. Nada suaranya masih dikawal. Jika diikutkan hatinya sekarang sudah lama dia bagi penerajang kepada Balqiz ni. Perlahan lahan Balqiz memandang mata helang milik Izzarah

"Ci-kggu Izza-rra-h"Ujar Balqiz tersekat sekat. Bibir milik Izzarah tersenyum sinis.

"Kau kenapa muncul dalam hidup adik aku? " Soal Izzarah lagi. Mulut Balqiz sudah tidak berfungsi. Melihat Balqiz yang mendiamkan diri itu mengundang tawa Izzarah.

"Kau memang sengajakan muncul bagi porak perandakan hidup keluarga aku?. Apa yang kau buat sampai adik aku ni tergila sangat nak kahwin dengan perempuan miang macam kau ni.. Ops! atau aku kene bagi kau ni nama Perempuan Murah.. Macam kene je dengan gaya kau ni.. " Kata Izzarah. Bibir miliknya tidak lepas dari tersenyum sinis. Sudah lama dia berdiam diri kali ini dia tidak akan berdiam diri!.

"Apa cikgu cakap ni? saya betul betul sayangkan Izz lah! " Balas Balqiz berani. mendengar jawapan dari mulut Balqiz lagi tersenyum sinis Izzarah.

"Wow! Amazing!. Kesian kau ni kan.. Tak ada orang lain ke kau boleh cari selain Izz ni?  Aku rasa ramai lagi jantan kau boleh cari.. "Kata Izzarah lagi. Sengaja dia mahu memancing kemarahan Balqiz. Muka milik Balqiz jelas kelihatan merah.

Gangster Hot Suami AkuWhere stories live. Discover now