Sinopsis

278 9 0
                                    

Muhammad Hikall x Sayang Lili Sofea

+ Si kecil Nopal

•••

Kisah manis-manis dan mengandungi elemen kekejuan yang melampau

Cliche, cringe, cheesy

•••

Marriage of convenience

Lovehate

Office romance

Dual POV

•••

"Nak kahwin dengan anak aunty tak?" - Mama Hayati

Hampir melongo Sofea mendengar lamaran di tengah lobi itu. Sudahlah Hikall baru saja tuduh dia nak culik anak tunggal lelaki yang terkenal dengan jolokan duda terpanas di pasaran itu. Tapi bila ditawarkan material yang tersangat menggoda, Sofea setuju buat kerja gila. Jadi mummy segera Naufal sekali gus menjadikan dia part time wife Hikall.

"No one at work can know about us." - Hikall.

Ceh, Sofea pun tak ingin nak canang yang dia dah terkahwin bos sendiri a.k.a duda paling hangat di ofis.

"Ya, Encik Hikall. Anything yang saya boleh  tolong?" - Sofea

"Mama nak kita balik main residence malam ni?" - Hikall

"Kenapa pula?" - Sofea

"Because you're my wife, Sayang Lili Sofea." - Hikall

Oh! Sofea lupa. Ingatkan kenapa Hikall panggil masuk bilik. Rupanya perlukan khidmat isteri separuh masanya.

"Tak boleh ke tak pergi? Awak cakaplah kita sibuk. Next time?" - Sofea

"I don't pay you for your excuses." - Hikall

Dah nama Hikall, memang pakar buat Sofea jengkel. Walaupun begitu hampir setahun lebih juga Sofea menjadi isteri separuh masa Hikall.

Mereka boleh hidup secara aman dan sivil melainkan Sofea dah beberapa kali mencekik Hikall dalam kepala.

Setahun lebih menjadi part time wife Hikall. Sofea dah cukup masak perangai Hikall.

Hikall yang dingin, Sofea dah biasa.

Hikall yang garang, pun Sofea biasa.

Hikall yang mengjengkelkan, lagilah Sofea biasa.

Yang Sofea tak biasa bila Hikall tup-tup jadi baik dan manis. Sesuatu sangat. Sofea rasa tergugat.

"Tolong hormat ketenteraman hati saya. Saya isteri separuh masa saja. Don't mess with my heart." - Sofea.

"What if I want to. What if saya nak kacau ketenteraman hati awak." - Hikall

Haa, sudah. Habis merinding bulu roma Sofea. Seram bila daddy si Nopal jadi romantik.

Bermodalkan tips buaya romeo adiknya,Haziq dan rakan subahat cilik iaitu si kecil Nopal, Hikall mula jalankan misi.

Lagi Sofea lari. Lagi dia dekat.

"Saya nak minta kunci bilik saya?" - Sofea

"Untuk?" - Hikall

"Untuk saya masuk tidur lah" - Sofea

"You can sleep here." - Hikall

Sofea menggeleng. Gila! Tara Hikall yang demam pun macam-macam insiden yang jadi. Inikan pula Hikall yang sihal walafiat

"Kenapa? Semalam elok je. In fact, we did more than than just sleeping. We even ki-" - Hikall

"Okey! Saya tidur sini je." Sofea mengalah bila Hikall ingatkan insiden semalam.

"Good, boleh tolong tamparkan nyamuk sekali." - Hikall

Hikall yang lembut. Hikall yang manis buat Sofea keliru. Dia takut nak membuka ruang pada hati yang belum selesai mencintai. Ada ke ruang di hati Hikall untuknya si isteri separuh masa yang dinikahi tanpa cinta.

Sofea cuba sedaya upaya menjauh. Di ofis, nampak Hikall dalam radius terdekat, Sofea dah cabut lari.

Tapi Hikall main kotor guna kuasa veto bos. Tak aci!

"Tak. Awak tak boleh buat macam ni Hikall. It's unprofessional and unfair." - Sofea

"Well, I'm done being professional and I'm not playing fair anymore. Not when I am about to lose my pretty wife because apparently my wife still doesn't like me." - Hikall.

Hikall yang mencuba. Sofea yang meragui. Si kecil Naufal yang berharap.

Apa kesudahannya?

Part Time Wife ( Ebook)Where stories live. Discover now