Part Time Wife 1 | Teaser 3

149 11 0
                                    

Sofea

•••

Aku atur langkah ingin ke dapur. Dan bila melalui tiga beranak yang sedang serius bincangkan sesuatu, aku jadi tertanya-tanya.

"Mummy Sofea"

Dan tiba-tiba sahaja aku dengar Haziq menyebut nama aku. Lantas aku pusingkan kaki bergerak ke arah sofa tempat mereka bertiga. Kehadiran tak dapat dihidu. Tekun betul tiga beranak ini. Entah apa yang dibincangkan pun aku tak tahu. Dah lah sebut nama aku. Mengumpat aku ke apa dia orang ni

"Korang buat apa?" aku sergah mereka bertiga.

Terkejut bukan kepalang tiga beranak itu bila disergah sedemikian. Dia orang ni buat apa sampai terkejut macam nampak hantu. Aku je pun. Ke memang betul dia sedang mengumpat dekat aku. Aku perasan yang Haziq lekas-lekas tarik kertas atas meja dan sorok di belakangnya.

Tanda tanya dalam kepala aku makin berganda. Dia orang ni main apa.

"Ufal, korang mengumpat mummy eh?"

Laju anak kecil tu menggeleng. Tapi muka dia tu sesuatu sangat. Seketika, Naufal toleh tepi pandang Hikall kemudian beralih pandang pandang Uda dia pula.

Hmmm. Pelik betullah. Hikall pula terus diam tak berkutik. Muka cuak pun ada.

"Haziq, bak kertas tu. Nak tengok korang buat apa."

Giliran Haziq pula yang menggeleng laju.

"Tak yah lah kak. Tak elok."

Apa yang tak elok.

"Korang mengumpat akak eh?"

"Eh tak kak. Jangan risau kita orang tak mengata akak."

"Dahtu kenapa tak nak tunjuk"

Aku tunduk dan cuba untuk merampas kertas tersebut dari tangan Haziq, namun Haziq lagi cepat menggumpal kertas itu lalu disumbat masuk dalam mulut Naufal.

Melongo aku sekejap. Macam tu si Haziq ni bagi anak aku makan kertas. Dia orang sorok apa sampai macam tu sekali tak nak bagi aku tengok kertas tu. Dia orang ni tulis benda pelik-pelik ke atas kertas tu.

Kesian pula aku tengok Si Naufal tu dengan kertas yang tersumbat dalam mulut. Apa jenis bapak saudaralah Si Haziq ni. Ada ke patut jadikan Naufal tumbal dia orang.

Aku tadah tangan depan muka Naufal dan mengisyaratkan agar dia luahkan kertas tu.

"Ufal, bagi mummy tengok. Sini. Ufal good boy kan? Meh bagi mummy."

Aku cuba umpan Naufal.

Haziq geleng kepala dekat Naufal. Manakala Hikall diam dengan riak cemas.

Lagilah menambah kemusykilan aku.

"Ufal, sekarang." ujarku sedikit tegas.

Akhirnya Naufal mengalah dan ludahkan kertas tadi atas tangan aku. Tapi tak sampai sesaat pun kertas tadi berada atas tangan aku, Hikall dah rampas. Bulat mata aku bila Hikall masukkan kertas tadi di dalam kocek seluarnya.

"Ambil kalau betul nak." ayatnya sangat menduga dan mencabar. Apa dia ingat aku tak berani nak ambil kalau dia letak dalam kocek seluar dia. Dia aku ingat aku takut. Setakat nak seluk masuk dalam poket seluar dia.

Aku ambil dua langkah berdiri betul-betul di sebelah Hikall yang dengan jelasnya sedang cuba berlagak biasa itu. Mesti dia tak sangka akan berani untuk sahut cabarannya untuk menyeluk masuk tanganku.

Aku senyum senget kemudian tanpa amaran terus masukkan tangan poket seluarnya. Namun cuma separuh kerana aku terpandangkan muka Haziq yang sedang mengulum senyum. Kepala mendongak pula tengok Hikall yang sedang pandang aku semacam. Tiba-tiba telingaku panas. Wajah mula bertukar rona.

Cepat-cepat tarik keluar tangan aku.

"Korang bertiga tanggunglah dosa kalau betul korang mengumpat."

Aku berlalu pergi. Pipi aku pegang. Dah aku pun satu. Tiba-tiba nak malu bagai. 

Part Time Wife ( Ebook)Where stories live. Discover now