Part Time Wife 1 | Teaser 1

215 14 2
                                    

Sofea

•••


"Bos, tolonglah. Saya tak nak pergi sana. Saya nak duk sini. Dengan Bos." Aku pandang Puan Anita dengan muka sedih. Muka paling sedih dah ni aku buat. Harap-harap dia kesianlah tengok aku.

"Sofea. Sofea. I tak boleh bantu you. You pujuk rayu I sampai esok pagi pun I tak boleh buat apa-apalah Sofea."

Ya, aku tahu. Ayat itulah yang asyik diulang-ulang Puan Anita setiap kali aku kompelin fasal hal ini dari bulan lepas lagi. Setelah aku dapat surat rasmi dari syarikat untuk penukaran jabatan.

"Bos, bos tak kesian ke tengok saya?"

"Kalau I kesian pun I tak boleh buat apa Sofea. Bos besar sendiri yang arahkan."

"Tapi kenapa, kenapa saya?"

"You tanyalah Miss Helen sendiri. Dah-dah I ada meeting nak kena attend."

Puan Anita bangun seraya mengambil kotnya yang disangkut di belakang kerusi. Aku pun ikut sama bangun dan bergerak menghampiri Puan Anita sehingga aku berdiri di sebelahnya. Lengannya aku pegang. Sememangnya aku dengan Puan Anita agak akrab. Tapi masih jua sebatas orang atasan dan pekerja sahaja.

"Bos kan rapat dengan Miss Helen. Bos pujuklah dia jangan tukarkan saya atau bos cadangkan dia cari orang lain."

"Sakit kepalalah I dengan you ni Sofea. Dah-dah. I sibuk."

"Kalau bos tak nak tolong saya. Saya nak tidur kat sini." Aku terus labuhkan duduk. Bersila di atas lantai pejabat Puan Anita. Dramatik sangat. Tapi untuk masa sekarang aku sanggup buat apa sahaja untuk tak ditukarkan department. Suruh baring depan pintu pejabat Puan Anita pun aku sanggup.

"Empat bulan aje Sofea you kat sana. Bukan lama pun. Pejam celik dah empat bulan. After four month dekat sana, you datanglah sini balik. Masa tu, I akan suruh Anis dengan Fauzi hampar karpet merah dekat you. Okey?"

Ceit, karpet merah konon. Nak bodek akulah tu. Tak, sekarang ni siapa punya idea, siapa punya cadanganlah yang nak aku ditukar department. Padahal ramai lagi yang boleh buat kerja ni. Bukan aku seorang saja yang layak.

"Tak nak bos." Aku geleng kepala. Muka dah sememeh semacam. Sedih juga nak tinggalkan department aku sekarang. Walaupun masih syarikat yang sama, tapi nanti aku akan bekerja dengan orang baru dalam suasana yang baru. Dan terkadang agak mencabar juga nak serasi bekerja dengan orang baru.

"I would appreciate if you lepaskan seluar I, Sofea. Or you nak I panggil Hikall sendiri yang datang jemput you."

Nah. Itulah masalah terbesar aku.

Dengar sahaja sebaris nama itu meniti di bibir Puan Anita, terus mukaku berubah. Ish! Potong mood betullah Puan Nita ni.

Hikall!

Nama tu dah ibarat macam bom nuklear bagi aku. Sebaris nama itu dah cukup untuk buat kepala aku pening. Nak tukar department untuk empat bulan itu tidaklah terlalu masalah bagi aku. Masalahnya bila Hikall adalah HODnya.

Puan Anita tarik kotak yang terisi segala barang-barang aku lalu ditolak rapat ke dadaku. Lambat-lambat aku menyambut kotak tersebut. Entah apa yang aku isi, berat betul kotak pun. Tapi berat lagi hati aku.

Aku berjalan ke arah lif tak bersemangat. Semangat aku dah hilang semenjak sebulan lepas setelah aku dapat arahan untuk pindah ke department lain buat sementara waktu.

Masuk dalam lif, aku tekan tingkat 6. Tingkat department business development sememangnya tiga tingkat atas pada aku punya department. Sampai tingkat empat, pintu lif terbuka. Aku angkat mata.

Part Time Wife ( Ebook)Where stories live. Discover now