Part Time Wife 2 | Teaser 3

36 2 0
                                    

Hikall


"Mummy balik lambat. Mummy cakap tak payah tunggu mummy." Terpaksalah aku auta sikit supaya Naufal mahu tidur. Kelopak matanya aku lurut dengan ibu jari memaksa Naufal untuk pejam mata.

Namun sebaik saja aku alihkan ibu jari, dua-dua mata Naufal kembali terbuka luas.

Alahai, tidurlah nak oi. Kesian daddy.

Aku tutup semula matanya dengan ibu jari. Alih jemari, mata bulat itu kembali galak bersinar. Tekebil-kebil mata Naufal merenung aku. Renungannya itu sesuatu sangat. "Ufal nak tidur dengan mummy. Sekarang asyik daddy je tidur dengan mummy."

Haa, sudah.

"Ya, Fal memang tidur dengan mummy cuma Fal tidur dulu je."

"Daddy tipu. Daddy suruh Ufal tidur awal sebab daddy nak tidur dengan mummy sorang-sorang je kan."

Aku garu dahi yang tak gatal. Aku pula yang terkebil-kebil tengok Naufal. Lupa pula aku yang Naufal anak yang pintar. Otak geliga. Sah anak aku. Haha! Susah nak auta Naufal.

Aku semakin tak senang duduk saat telinga dah pun menangkap bunyi enjin kereta Sofea memasuki perkarangan rumah kami. Naufal pula masih tak mahu lena. Gawat. Otak mula bekerja keras untuk tangani krisis ini. Nak tak nak aku harus berkompromi dengan Naufal.

"Fal kata nak adik. Boleh teman Fal main football."

Dahi kecilnya mula dilapisi kerutan. Naufal tak faham dengan ayatku. Haruslah tak faham, Naufal baru lima tahun.

"Nak!" jawabnya riang.

"Ufal ingat tak Uda pernah cakap kalau nak adik, kena tidur awal."

Haziq memang suka ajar benda bukan-bukan dekat Naufal. Tak sangka malam ini salah satu ajaran mengarut adikku itu boleh diguna pakai.

"Kalau Ufal tidur sekarang, nanti ufal dapat adik ke?"

"Ya." Aku dah boleh dengar derap kaki Sofea yang sedang mendaki tangga.

"Betul Ufal boleh dapat adik."

Aku jatuhkan kepala yakin. Tahu-tahu bunyi tombol pintu dipulas. Langsung kepalaku terpusing ke arah pintu. Mata menyambut batang tubuh Sofea yang masih berbalut baju kerja itu.

"Sorry lambat. Ufal dah tidur ke?"

"Baru nak ti..." Kepala aku kembali menoleh ke depan.

Aik! Bila masa Naufal lena. Tadi masih lagi bersila depan aku. Baru beberapa saat aku alih mata tengok Sofea, tahu-tahu Naufal dah pejam mata rapat. Siap tarik selimut lagi tu. Express betul dia lena.

Aku halang diri dari tepuk dahi. Dah pandai berlakon rupanya anak aku.

"Haah, tunggu awak tapi dah lena." Aku ubah ayat. Nasib baiklah Naufal rela hati jadi pelakon tambahan.

"Kesiannya Ufal. Lepas meeting tadi, kami kemas ofis sikit. Itu yang lambat."

Sofea menghampiri katil dan duduk di sisi Naufal. "Saya angkat Ufal ke bilik dia kejap ya."

"Eh, takpe biar saya angkat je."

"Takpe, lagipun saya belum dapat peluk dia lagi hari ini."

Sofea terus menyauk masuk tangan ke bawah lipatan ketiak Naufal sebelum tubuh kecil itu didakap kemas di dada. Berhati-hati Sofea mendukung Naufal sambil atur langkah. Aku hanya perhatikan Naufal yang dah terlentok di bahu Sofea.

Tak semena-mena jemari kecil Naufal itu bergerak-gerak. Aku kecilkan mata. Naufal sedang tunjuk jari telunjuk dan tengahnya dengan mata yang masih pejam seolah-olah dia masih dalam lena.

Dua? Apa yang dua?

Bila dapat tangkap maksud Naufal. Terus tangan naik tepuk dahi.

Naufal! Naufal! Anak, oh anak!

Macam tu aje Naufalminta dua orang adik baru. Senang-senang dia aje tunjuk jari minta dua orangadik. Macam minta belikan gula-gula dua aje gayanya.

Part Time Wife ( Ebook)Where stories live. Discover now