Part Time Wife 2 | Teaser 6

69 3 0
                                    

Hikall


Sofea sedang duduk di depan aku dengan muka yang jelas sangat serius. Renungan matanya yang jatuh padaku sangat tajam. Nak cakap tajam dia tu, kalau diukur tahap ketajaman dengan pedang katana samurai, aku boleh cakap yang mata Sofea lagi tajam. suaranya juga ditahan dari meninggi. sah-sah tengah bengang dengan aku sebab aku dari tadi asyik mempersoalkan setiap kata-katanya.

Dan mata aku tak lepas langsung dari meneliti setiap reaksi Sofea.

She's sitting there almost shouting at me. But the only thing i could register to my brain is how amazing she is.

Bagaimana keningnya ternaik tinggi bila aku membantahnya, bibirnya yang terketap menahan geram dan juga keyakinan seorang Sofea setiap kali mengeluarkan hujah.

Marah-marah dan tayang muka singa pun tetap aku suka. Diam-diam aku mula tahan senyum. She's smart, confident and pretty. Too pretty. My Sofea is amazing. I have an amazing wife.

Aku semakin hilang fokus. Hampir terlupa kenapa kami semua duduk berbincang dengan wajah tertekan dan serius bila yang hanya ada dalam kepala cumalah betapa aku rindukan isteri sendiri. Aku rindukan Sofea bagai nak rak. Dan isteri yang aku sangat rindukan itu sedang tengok aku macam nak cekik aku hidup-hidup. Tapi semua itu seolah halimunan pada otak aku. Yang ada cuma rasa rindu yang semakin tak terkawal.

Yang ada dalam kepala hanya Sofea.

My wife. My Sofea. She looks absolutely amazing. Perfect. My Sofea is perfect. Hati mula berbicara sendiri. Dulu Haziq pernah cakap aku bodoh sebab tak hargai kehadiran Sofea dalam hidup aku. Dan sekarang aku akuinya. Aku memang bodoh. bodoh teruk. apalagi yang boleh dipanggil selain bodoh bila perempuan macam Sofea ada depan mata tapi aku boleh buat dia macam tak wujud.

I am fool for realizing how amazing she is this late. I had her for one whole year, One whole FREAKING year and I did nothing to appreciate this amazing woman. Oh god, I waste so much time.

Aku hanya mampu mengangguk bila Sofea utarakan cadangannya dengan bersungguh. Terus hilang rasa mahu berdebat dengan Sofea kerana aku akui cadangannya lebih bernas dari cadangan yang aku usulkan. Tapi kalau andai kata Sofea hanya mahu bercakap dengan aku dengan gaduh mulut aku rela Sofea menjerit depan muka aku hari-hari. Itu lebih baik daripada Sofea tak mahu bercakap dengan aku.

All could do was trying my best not to smile. Not to pull her close and kiss her right now, right here. Sebab tak mampu nak bendung kerinduan yang masih belum terlunas.

"Okey, Encik Hikall?" Sofea tak sedar yang dia dah semakin bongkok ke hadapan.

And lord save me. The urge to touch her face was almost unbearable.

"Awak dengar tak ni?" Sofea semakin condong ke hadapan bila tiada sebarang respons dari aku.

Ya Allah. Tak mampu tidak lagi, aku halakan tangan ke mukanya.

"Okay, you're right, Sofea. Absolutely right." Aku larikan jemari di wajahnya. Melekap di pipinya. Matanya terus membulat. Mulutnya juga separa terbuka ingin katakan sesuatu namun tak terkeluar bila aksi tangan aku lebih cepat.

Pertama aku kepit pipinya kemudian beralih ke hidung. Sesaat kemudian turun ke dagu. Semuanya aku buat dengan pantas sampai dia tercengang dan terkebil-kebil pandang aku dengan wajah yang mula nak bertukar rona.

Oh, I love it when I frazzled her brain.

"Everyone heard my beautiful missus right? So anyone yang tak bersetuju dengan my sofea?"

Terus Sofea tundukkan muka ke bawah. sebelah tangan naik tutup wajahnya yang sudah mula kemerahan. Aku simpul senyum. "So we're good. dah boleh balik tidur."

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Apr 08 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Part Time Wife ( Ebook)Where stories live. Discover now