Part Time Wife 1 | Teaser 2

163 11 0
                                    

Hikall

•••

Sedang aku minum air dengan tenang, tiba-tiba terasa ada cubitan di pinggangku. Milik siapa lagi penyepit ketam itu kalau bukan mamaku.

"Sofea tu Kall nak buat macam mana?"

Aku angkat bahu.

Dan sekali lagi perut aku jadi mangsa cubitan berbisa mama.

"Jangan tak tahu sangat Kall. Kita janji dengan Sofea dua tahun je Kall. Tinggal beberapa bulan je lagi. Mama masih nak Sofea sebagai menantu mama. Dengar sini Kall, mama tak rela perempuan lain jadi menantu mama tau."

"Mama nak Kall buat apa?"

"Kall cuba tak pikat Sofea tu?"

Aku didesak lagi. Menyesal pula tak ikut cakap Sofea untuk tidak ke sini.

Aku sekadar mengangguk walaupun aku langsung tak pernah cuba ambil hati Sofea.

"Cuba apanya. Mama tengok korang berdua sama macam tu aje. Takde progres positif pun. Kall tak suka Sofea?"

Soalan mama buat aku termenung lama. Aku tak pernah tanya soalan itu pada diri sendiri. Kalau dulu, aku boleh jawab yang aku tak ada hati pada Sofea dengan cepat tanpa perlu berfikir. Sekarang ni situasinya agak berbeza. Aku akui hal itu. Aku sendiri dapat rasakan. Kalau dulu aku tak kisah fasal Sofea.

Sejak 'hari itu', kehadiran Sofea sentiasa ada efek untuk diriku. Mata kerap sekali mencari raut wajah Sofea setiap kali ada peluang. Aku mula kisah dengan siapa Sofea bercakap. Diam-diam aku akan tunggu di lobi setiap pagi hanya untuk tengok Sofea. Bila dia terlewat, aku risau.

Dan bilamana Sofea tersenyum, aku rasa nak bekukan masa supaya aku dapat tatap senyumannya lama-lama.

She was so pretty when she smile.

Ada senyum kecil yang terbit di bibirku tanpa aku sedar.

"Haa, tu senyum sorang-sorang kenapa? Mama tanya ni Kall, Kall memang langsung tak suka Sofea ke?"

"Kall tak tahu ma."

"Apa pula yang tak tahu. Jawapan dia dua je Kall. Suka atau tak? Kalau Kall suka, mama boleh tolong."

Dari dapur, aku nampak Sofea sedang melayan Naufal di ruang tamu. Ada tawa meletus di bibirnya. Cantik sekali. Rasa macam nak berlari ke sana sekarang untuk merakam gelak tawa Sofea dengan telinga sendiri.

Dan tiba-tiba saja otak mula terbang ke negeri angan-angan di mana Sofea berada di dalam pelukkan sambil mendongak memandangku dengan senyum dan tawa manisnya.

Mataku terpejam seketika bila bayangan itu memenuhi ruang minda. Oh indahnya. Bibirku mengoyak senyum.

Mungkin, aku ada jawapan.

Mungkin jawapan itu dah lama terbentang di depan mataku. Aku saja yang bodoh buat-buat tak nampak.

Mataku statik pada satu benda.

Sofea.

Sedari tadi aku asyik tenung Sofea yang sedang rancak berbual dengan mama. Soalan mama tadi benar-benar buat aku fikir balik tentang rasa sebenar aku pada Sofea.

Ralit perhatikan Sofea, tiba-tiba mata kami bertembung namun Sofea cuma jeling dan juih bibirnya. Reaksinya buat aku senyum kecil. Satu lagi hal aku yang sedar ialah aku semakin mengusik Sofea. Suka tengok wajahnya yang menahan geram. Merah dan comel. Ada masa, aku tahan diri cubit pipinya yang merah.

Am I falling?

Sebab aku rasa macam melayang-layang sekarang.

"Ufal, tengok daddy kau ni Fal. Parah dah Uda tengok. Dari tadi senyum-senyum tengok mummy Fal."

Teguran Haziq berjaya buat aku kalihkan mata.

"Long, jujur jelah. Kau suka Sofea kan?"

Keningku bertaut. Bukan setakat mama tapi Haziq pun perasan benda yang sama.

Am I that oblivious?

Mama dan Haziq boleh nampak yang aku suka Sofea tapi aku tuan punya badan tidak.

Bodohnya aku.

"Mestilah daddy senyum. Mummy Sofea kan cantik. Ufal suka mummy. Daddy pun mesti suka mummy."

Naufal terlebih dahulu menjawab bagi pihak aku.

"Tapikan Fal, Uda rasa Mummy Sofea tak lama jadi mummy Fal"

"Kenapa pula mummy Sofea dah tak nak jadi mummy Ufal? Daddy kenapa pula?"

Naufal pandang aku dan Haziq silih berganti. Haziq lah. Mengundang betul. Ada saja benda dia nak meracun kepala otak anak aku. Sudahnya akulah yang jadi kaunter menjawab soalan luar kotak Naufal.

"Daddy marah mummy Sofea ke? Daddy gaduh dengan mummy?"

Naufal pegang lengan aku dengan mata yang tunak. Hish, ini yang buat aku lemah nak menjawab. Aku tahu Naufal sangat sukakan Sofea. Hampir setahun lebih perkahwinan aku dengan Sofea, keakraban mereka berdua memang sangat jelas di mata aku. Aku suka keakraban Sofea dan Naufal. Perkahwinan kami tak sia-sia. Naufal semakin banyak bercakap.

"Meh Uda yang bagitau Fal. Mummy Sofea tak suka daddy Ufal"

Naufal terus bangun dan pandang aku. Mukanya ada riak sedih. Ini yang buat aku lemah.

"Betul ke daddy? Mummy Sofea tak nak jadi mummy Ufal dah sebab mummy tak suka daddy?"

Err. Kosa kataku terus terlekat di kerongkong. Serba salah nak menjawab soalan Naufal. Aku pun tak pasti sejauh mana perasaan Sofea pada aku. Sepanjang perkahwinan kami, Sofea tak ada langsung tunjuk yang dia berminat dengan aku. Sofea betul-betul mengikut perjanjian awal kami yang perkahwinan kami adalah hanya untuk Naufal.

Pening nak menjawab soalan Naufal, mata aku beralih ke arah yang sedang berbual rancak dengan mama. Tak semena-mena Sofea turut memandang ke arah sini. Aku agak terkejut dengan eye contact yang tiba-tiba. Aku senyum. Namun terasa agak kekok. Terus muka Sofea berkerut pelik tengok. Menggeleng kecil, Sofea kembali sambung berborak.

"Tengok, suka apa. Tengok kau pun dia tak mau Long." Haziq menggeleng kepala.

"Daddy mengurat lah mummy Sofea. Ufal tak nak orang lain jadi mummy Ufal. Ufal nak mummy Sofea je sampai bila-bila."

I want her too son. Hatiku berbisik sendiri.

"Ufal, arwah mummy Ufal dulu Uda tau yang tolong adjust dekat daddy Ufal. Daddy Ufal nampak macam pandai tapi bab mengurat anak orang orang. Failed Fal"

"Aku dah try lah mengurat dia." jawabku perlahan. Sedikit malu untuk mengaku.

"Wah ye ke? Kau buat apa je long?"

"Ermm.."

Aku cuba ingat balik cubaan mengurat Sofea yang aku sendiri pun tak pasti jika boleh dikira sebagai cubaan

"I smile at her. Err, I teased her."

Habis je ayat aku, terus pecah gelak Haziq. Kuat betul Haziq gelakkan aku sehinggakan Sofea turut menjeling ke arah kami.

Kurang asam punya adik.

"I can't believe you actually said that Long." Haziq buat-buat lap air mata di tubir mata.

"So did she like you now or hate you more?" soal Haziq menduga.

Aku pandang Sofea seketika sebelum kembali pandang Haziq

"I don't think she hate me but I don't think she like me either." Aku garu belakang kepala yang tak gatal.

"Fal, nampak gaya kalau ginilah gaya daddy Fal mengurat mummy. Ufal dah graduate pun belum tentu mummy Sofea suka daddy Fal"

"Daddy belajarlah dengan Uda. Uda banyak girlfriend."

Banyak betul akal aku ini.

"Amacam Long. Nak aku tolong tak?"

Aku pandang Haziq dan Naufal

"How?"

Terus senyuman senget Haziq melebar. Dan-dan dia keluar sehelai kertas dan pen. Entah dari manalah dia dapat.

Haziq coret sesuatu.

Misi Memikat Mummy Ufal

Part Time Wife ( Ebook)Where stories live. Discover now