Part Time Wife | Teaser 4

266 14 1
                                    

Sofea

•••

Pintu apartment aku tenung lama. Betul ke alamat yang Haziq bagi ni. Dah nak naik lebam tangan aku ketuk pintu tapi langsung tak ada respons. Tanpa aku sedar, mulut dah membuang keluhan berat.

Adui. Hikall buat hal betullah. Buat aku risau betul. Tak pernah lagi tau Hikall hilang tanpa khabar berita sebegini. Ternyata, kehilangan Hikall boleh buat aku panasaran. Hampir putus asa, aku angkat tangan ingin mengetuk pintu buat kali terakhir. Kalau tak berjawab juga, aku memang nak balik je. Cari Hikall tempat lain pula.

Tak sempat aku nak ketuk, pintu terbuka. Tanganku tergantung di udara tatkala nampak wajah Hikall yang begitu tak bermaya. Diserang kerisauan, aku menghampirinya.

"Hikall, awak okey tak? Kenapa tak jawab Ufal call. Kami semua risau tau. Awa..."

Kata-kataku mati bilamana tubuh Hikall tumbang ke depan dan langsung mendarat di tubuhku. Spontan, tangan naik memeluk tubuhnya agar tidak jatuh melorot ke bawah. Dengan badan kami bersentuhan, aku dapat rasakan dengan jelas haba hangat yang datang dari tubuh Hikall. Hikall tak sihat.

Dengan segala kudrat perempuan aku yang terdaya, aku heret Hikall masuk ke dalam bilik. Memandangkan pintu bilik dah terbuka jadi aku tebak itu adalah bilik yang Hikall diami. Baringkan Hikall atas tilam, aku labuhkan duduk di sisinya. Aku amati betul-betul wajah lesunya.

Apa yang buat lelaki gagah macam Hikall menjadi lemah seperti ini. Wajahnya keruh walaupun dalam tidur. Seolah-olah ada sesuatu yang menganggu tidurnya.

Apa yang menganggu lenanya?

Aku bangkit dari katil dan berjalan keliling bilik. Mata aku tebarkan ke segenap ruang dan mataku mula tertancap pada satu bingkai gambar yang terlangkup di atas meja bersebelahan katil. Ingin tahu, aku berjalan menghampiri meja. Perlahan-lahan bingkai gambar itu angkat.

Aku kenal perempuan yang tersenyum manis sebelah Hikall. Aishah.

Manis sangat arwah isteri Hikall. Mata dia cantik sangat. Mata yang sama ada pada Naufal. Mesti Hikall sedihkan setiap kali tengok Naufal. Naufal lebih iras Aishah berbanding Hikall.

Sekarang aku faham kenapa Hikall menghilang. Kenapa wajah Hikall kelihatan seperti separuh semangatnya hilang. Hikall rindukan Aishah. Hikall rindukan cinta hatinya. Apartment ni pun adalah tempat Hikall berkongsi hidup dengan Aisyah. Aku pun baru tahu setelah menelefon Haziq sebentar tadi. Haziq pun tak tahu abangnya hilang ke mana. Cuma Haziq beri alamat apartment untuk aku cuba nasib. Katanya hari ni hari ulang tahun perkahwinan Hikall dan Aishah, dan Hikall mungkin berada di sini. Haziq sendiri pun tak tahu samaada Hikall dah jual unit apartment atau tidak sebab Hikall ada usulkan untuk jual unit apartment ini.

Mungkin, hati Hikall tak mampu nak jual kerana menjual rumah ini sama saja menjual memori kenangan Hikall dan Aishah.

Buat sesaat, hatiku iri dengan Aishah. Oh, untuk dicintai seperti Hikall mencintainya. Pasti indah bukan. Impian setiap wanita. Walaupun dah hampir empat tahun Aisyah tiada di bumi fana ini, namun aku dapat lihat cinta Hikall padanya masih utuh.

Kalau tak, takkanlah hari awal perkahwinan kami, Hikall dah warning aku untuk tak jatuh cinta pada dia. Perkahwinan kami betul-betul atas kepentingan Naufal saja. Aku pun dari situ belajar untuk tak jatuh hati pada Hikall. Dan ternyata tidaklah sesusah mana kerana Hikall memang pakar buat aku naik hantu.

Kembali duduk di sisi Hikall, aku pegang dahinya. Sangat panas. Aku pun jadi risau nak tinggalkan dia macam ni. Turun ke bawah sekejap. Aku kembali dengan sebuah mangkuk dengan sehelai tuala kecil. Sepanjang malam itu, aku bersengkang mata menjaga Hikall dan entah bila aku terlelap pun aku tak sedar.

Part Time Wife ( Ebook)Where stories live. Discover now