KPVST 4

150K 6.1K 191
                                    

Mai..." tegur Khairul, rakan sekelasku merangkap ketua tingkatan dan Biro Asrama Putera.

"Hoi..." sahutku lemah.

"Lambat masuk pi mana?" tanya Khairul lagi. Syafiq dan Hakim merenung diriku. Alhamdulillah selama seminggu lebih aku disekolah dan kelas ini, mereka menerima aku seadanya dan kini kami rapat memandangkan aku tinggal di asrama. Khairul banyak tolong pasal asrama. Syafiq juga banyak bercerita. Antaranya tentang hantu asrama! Menyirap betul aku dengan mamat sorang ni.

Aku terdiam sebentar. "Ada hal sikit." Aku terus berjalan menuju ke tempat duduk di sebelah Wana dan dibelakang D.

"Kau pergi mana Mai??" tanya Wana apabila aku mulai duduk di kerusi.

Aku mengeluh nafas berat.

"Tadi aku kena tahan." Ucapku tanpa disuruh.

Wana membulatkan mata. D yang terdengar terus memusingkan badan. Botol air segera ditutup. Rakan sebelah D, Anisa tidak hadir kerana demam. Jadi D senang pusing ke belakang. Bosan katanya!

"Apa Mai?!" soal D dengan nada lantang. Hinggakan beberapa orang pelajar menoleh ke arah kami.

"Aku kena tahan dengan mamat berlagak campur gila dan bengong!" ucapku selamba.
Wana dan D terdiam.

"Dengan siapa?" tanya Wana prihatin. Dalam hatinya mengagak......

"Pengawas atau lebih tepat ketua pengawas!"

Seisi kelas yang tadi bising kini terdiam. Masing-masing memandang ke arahku. Uiks! Apehal pandang-pandang? Terasa aura disekeliling menyeramkan. Lebih-lebih lagi sekumpulan pelajar perempuan yang duduk di belakang Putera dan Hakim. Pandangan tajam dihadiahkan tatkala mereka memandang ke arahku.

"Kau kena tahan Humairah?" tanya Khairul terkejut.

Aku mengangguk. Lagi sekali mereka terkejut. Syafiq sudah berbisik dengan Khairul dan Hakim. Putera sedang membuat kerja sekolah yang tak siap.

"Apehal korang ni? Macam nampak hantu aje! Apa pelik ke kalau aku kena tahan dengan mamat psiko tu?" pelikku.

"Tak ada apa-apa." Khairul pantas geleng. Dia mula membuat kerja sendiri.

"Ek? Wana, apehal dia orang tadi? Serius aku tak faham!" pintaku.
Wana mengeluh. Dia menarik nafas sebelum berbicara.

"Kau tahu tak, buat julung-julung kalinya kau adalah wanita pertama yang cari pasal dengan ketua pengawas kita tu." Kata-kata Wana membuatkan mulutku terlopong. Badan terus tegak. Macam tiang bendera sekolah!

"I'm the first one?" mulutku terlopong.

"Yup!" anggukan daripada Wana dan D membuatkan aku rasa nak tercekik.

"I can't believe it!"

"You must believe it." tekan Wana lagi.

Aku mematahkan jari dengan kasar.

"Tapi aku tak buat salah okey!" bantahku.

D pantas menggeleng. "Kalau tak buat salah, macam mana kau boleh kena tahan dengan dia? Kau ada buat benda yang bukan-bukan ke? Atau..."

"Aku tak pakai kad matrik." Ujarku perlahan tapi cukup tajam bagi mereka.

Wana dan D mengerutkan dahi.

"Tak pakai kad matrik pun kena tahan?" D bingung. Bukan ke....?

"Yup! Tapi aku tak salah sebab aku pelajar baru and aku tak tahu lagi pasal benda alah tu. Lagipun Cikgu Namisah yang uruskan semuanya kan? Dia siap cakap lagi yang dia akan serahkan pada aku minggu depan hari Isnin." sambungku lagi.

Memang guru wanita itu yang menguruskan segala tentangnya memandangkan dia adalah guru tingkatan kelas itu merangkap warden aspuri. Dia akan serahkan kepadaku sebaik saja dia menerima kad matrik itu dari pihak atas.

"Habis tu kau dah cakap?" tanya Wana.

Aku menyandarkan badan ke kerusi semula.

"Dah tapi dia kata alasan. Siap tick nama aku lagi! Aku pun apa lagi. Bengang la! Eee! Geram betul aku!" aku menghentak meja sehinggakan D terperanjat.

"Opocot!"

D segera menutup mulut. Aku dan Wana tersengih.

"Tak sengaja okey!" kata D menutup malu.

Aku ketawa aje. Hilang sikit amarah pada mamat tu.

"Tapi aku rasa macam ada yang tak kena. Adatlah kalau tak ada kad matrik sebab cikgu sendiri pun dah cakap yang pelajar baru dikecualikan selama tempoh dua minggu pasal pertukaran dan hal-hal yang sepatutnya. Takkanlah Farhan sengaja nak tahan orang tak tentu hala?" Wana mula berfikir. D mengiakan.

Aku yang baru hendak meneguk air terbantut.

"Wait! Wait! Aku tak salah dengar kan?" tanya kepada mereka apabila seperti terdengar Wana berkata sesuatu.

"Apa yang kau dengar tu betul." tekan D lagi. Dia meneguk lagi air botol mineralnya.

"Really Wana?" soalku laju meminta kepastian.
Wana pantas mengangguk.

"Yelah. Pengetua kita juga yang cakap masa perhimpunan minggu lepas. Tak ingat?" Wana menyoal aku balik.

D hanya memerhati. Sambil itu dia meneguk botol mineral menghilangkan panas dan dahaga. Berita sensasi menjadi rebutannya. Esok pasti heboh dengan cerita Humairah dan Farhan. Gosip hangat.

Aku mengetap bibir. Kurang asam kau Farhan! Kau kenakan aku! Kau balas dendam atas pertemuan kali pertama?! Argghhhhh!!!! Aku dah terkena! Patutlah tadi dia siap senyum. Lepas tu kata seri 1-1. Siap kau nanti...! Kau ingat kau pelajar hot, semua suka, semua puji kata kau 'jejaka idaman gadis malaya', aku takut? Minta maaf ya! Aku tak takut menegakkan kebenaran! tekadku. Tangan dikepal erat. Tunggu!

Wana dan D memandang sesama sendiri. Terasa something wrong! Humairah kelihatan sangat marah apabila dia bercakap mengenai pelajar baru tadi. Mungkinkah Farhan dan Humairah bermusuhan? Tapi dia orang tak kenal kan? Setahu mereka Humairah tidak bergaul sangat dengan lelaki. Hanya berapa kerat aje yang dia tegur. Itupun boleh dibilang dengan jari. Benak masing-masing dipenuhi dengan soalan.

Manakala beberapa perempuan yang duduk di belakang Hakim dan Putera mendengar setiap butir bicara mereka. Berita ini akan disampaikan ke telinga ketua mereka. Mereka akan pastikan!

*

Ramai pelajar berpusu-pusu keluar dari kawasan sekolah untuk pulang. Ada yang membawa kenderaan sendiri. Anak orang kaya! Biasalah. Kalau kena tahan, padan muka! Lesen entah ada ke tidak tu.

"Mai, jom balik. Aku nak tidurlah. Penat!" ujar D sambil menyangkutkan begnya ke bahu.

"Okey," balasku.
Kami berlima keluar dari kelas 5 Ar-Raudhah. Kelas sebelah sudah kosong diikuti kelas lain. Yang tinggal penghuni cumalah kelas kami aje. Itupun sebab ada budak nak dating kat situ. Urgh! Macam tak ada tempat lain aje! Kalau kantoi memang senang!
Sedang kami berjalan menuju ke arah tangga, mataku ternampak susuk tubuh seseorang yang amat aku kenali. Mataku kecilkan ke arahnya. Serta merta amarah memuncak naik.

"Korang balik dulu. Aku ada hal!" ujarku tegas seraya berlalu meninggalkan empat sahabat yang tercengang.

"Apesal Mai tu?" tanya Iman pelik. Buku Prinsip Perakaunan yang tebal gila itu di dekatkan ke dada.
D menjongket bahu. Wana hanya menjawab, "Ada hal nak settle. Dah jom blah!".

Aisyah hanya mengekori biarpun dia tahu akan tujuan Humairah. Dia ada terdengar mengenai Humairah semasa di bilik pengawas tadi. Ketika itu mereka baru saja habis mesyuarat. Seorang pengawas mampir ke arahnya dan mula bercerita. Namanya Izzati. Katanya, tadi ada seorang budak perempuan dengan berani melawan ketua pengawas. Aisyah hanya mengangguk saja. Dia mula-mula tidak cam tapi bila terlihat nama yang dicatit dalam buku ungu cair itu, baru dia perasan. Hai nampaknya Humairah akan menjadi perbualan hangat esok. Kesian gadis itu. Baru je masuk sekolah, dah kena gosip.




•••

"PETANG ni turun awal. Kau jangan lupa pulak!" kata Farhan kepada sahabatnya yang dikenali sebagai Aizat merangkap Penolong Ketua Pengawas.

"Alaa... aku tahu la. Lagipun petang ni kan ada lawan bola sepak. Mesti la aku ada sekali. Jangan risaulah, dude..." balas Aizat runsing. Farhan macam maknya yang sentiasa mengingatkan. Pot pet sana pot pet sini...!

"Lagi satu..." belum sempat dia menghabiskan ayat, terdengar laungan seseorang.

"Mamat berlagak! Berhenti!"
Farhan dan Aizat berpandangan sebelum menoleh ke arah gadis yang mampir ke arah mereka berdua. Kening mereka bertaut.

"Siapa mamat berlagak? Kau?" Aizat menuding jarinya ke dada Farhan. Farhan mengangkat bahu.

"Aku nak cakap sikit dengan kau!" kataku dengan tegas. Mata rasa sekarang ni menyala-nyala dengan api kemarahan. Hiperbola melampau kan.

"Bahasa tak ada yang sopan ke?" sindir Farhan.

Aku mencemik. Dengan kau tak payah bersopan santun macam nak kena pinang! Gangster sudah!

"Aku nak bercakap dengan ketua pengawas yang konon hot kat sekolah ni!" perliku.

Aizat membeliakkan mata. Berani gila cakap macam ni!

Farhan memandang Aizat selepas itu aku. "Apa hal?" tanya Farhan sambil berpeluk tubuh.

"Kau memang sengaja tahan aku tadi kan?"
Farhan tersenyum sinis.

"Yup!"

Aku mengetap bibir. Ya Allah... sabarkanlah hatiku ini.

"Kau tahu kan aku pelajar baru?"

"Yup!" sekali lagi Farhan mengangguk.

"Kau tahu yang pelajar baru diberi pelepasan untuk membuat kad matrik dan sebagainya kan?"

"Exactly!" jawab Farhan selamba.
Aku mengepal penumbuk.

"Kenapa kau dengki sangat kat aku hah?" tanyaku lagi. Kalau dia jawab macam tu lagi sure aku tumbuk muka dia biar jadi lempeng! Lepas tu goreng kasi kucing makcik kantin makan!

Farhan tidak menjawab sebaliknya tersenyum. Aizat hanya memerhati dengan pandangan pelik. Keningnya dinaikkan.

"Jawablah!!" marahku.
Aizat terkedu. Uit, perempuan ni! Kalau aku sakit jantung, kau penyebabnya! Gerutu hati Aizat. Dia rasa ada sesuatu yang tak kena sedang berlaku.

"Kita kenalah adil dan saksama." Balasan Farhan amat menyakitkan hati.

"Kau nak balas dendam?"

"Lebih kurang macam tu tapi aku tak balas cara kasar. Aku balas mengikut undang-undang dan peraturan. Bukan dengan melemparkan duit." Jawab Farhan selamba. Tangan dimasukkan ke dalam poket seluar. Tali beg dibiarkan lepas satu.

Aku sedaya upaya menahan marah namun kata-kata Farhan membuatkan aku tidak sabar lagi. Aku menghayunkan penumbuk ke mukanya namun kata-kata abah pantas berlayar di minda.

"Belajar jadi perempuan semula. Jangan terlalu ikutkan perasaan. Jangan cuba cari pasal dengan kawan. Dan abah tak nak anak abah jadi macam lelaki yang suka bertumbuk! Ingat, awak tu perempuan, kaum yang lemah lembut."

Amaran abah terpahat kuat diingatan membuatkan tanganku terhenti untuk menumbuknya. Aku memberikan jelingan tajam kepada pemuda berdua itu sebelum berjalan pantas menuruni tangga.
Farhan dan Aizat saling berpandangan.

"Berani mati perempuan tu nak tumbuk kau, Han. Dia tak tahu ke kau ketua pengawas sekolah?" soal Aizat yang terkejut dengan apa yang dilihat sekejap tadi.

"Budak tu terlepas dari Tanjung Rambutan," kutuk Farhan selamba.
Aizat ketawa besar. Mereka segera berjalan menuju ke pintu pagar sekolah. Nak mandi, badan dah melekit dengan peluh. Agak 5 minit aje dari sekolah ke aspura berbanding aspuri yang hanya dalam 3 minit saja. Alah.. kalau dah lambat, tetap 5 minit jugak!

"Kau kena jaga-jaga, Han. Minah tu nampak macam anti dengan kau. Tengoklah tadi. Sampai nak tumbuk!" Aizat memberi nasihat. Terkejutnya masih belum hilang lagi. Tak pernah nampak budak tu before. Budak baru agaknya! Fikir Aizat.

Farhan membisu. Dia langsung tak kisah. Baginya tiada apa yang perlu ditakutkan melainkan Tuhan. Dia pasti budak itu tak akan melakukan apa-apa. Hanya dendam yang belum terbalas. Farhan tersenyum lagi.

"Oit, bhai! Orang tengah risau kau boleh senyum pulak!" hairan Aizat dengan lelaki disebelahnya itu. Bagaikan langsung tak ada rasa takut. Zero!

Farhan tidak menjawab sebaliknya tersenyum lagi membuatkan Aizat pening. Ketua pengawasnya itu memang sukar dijangka.

*

"Baru balik, Mai?" tegur Iman ketika aku melabuhkan badan ke katil. Iman dilihat sedang melipat kain baju di atas katilnya.

"Hmm.."

"Kau nampak macam tak bermaya aje." Kata Iman lagi.

"Adalah sikit. Penat." Balasku pendek. Penat campur sakit hati dengan Farhan! Teringat insiden tadi buatkan aku hilang sabar. Menyakitkan!

Iman tidak lagi berkata apa-apa memandangkan aku sudah terbaring dengan mata terpejam rapat dengan baju sekolah dibadan.

"Hola teman-temanku!!" suara bising D mula kedengaran. Iman menyahut memandangkan kami berdua aje yang ada dalam dorm ini. Yang lain ada program agaknya. Wana dan Aisyah menghilang entah ke mana. Merayap la tu!

"Eh baru balik Mai?" tanya D ketika duduk dihujung katilku. Rambut yang basah dilap dengan tuala putih sehingga kering.

"Hmm.."

"Kau kenapa?" tanya D lagi yang tampak runsing akan keadaanku.

"Tak ada apa-apa la." Balasku bosan.

"Wana dengan Syah mana?" soalku perlahan. Badan disandar ke kepala katil.

"Dia orang pergi toilet. Kan hari ni hari Rabu. Basuh baju koko la." Terang D.

Aku mengangguk aje.

"Kau kenapa tak mandi?"
Aku tersengih. "Kejap lagilah. Aku nak tidur kejap." Pintaku dengan muka comel.

D menggeleng. "Mentang-mentang muka tu comel, lagi di comelkan kat aku. Huh! Pigidah kau!" aku ketawa mengekek bila D menjelirkan lidah.
Inilah masanya yang aku tunggu! Daripada aku ingatkan perkara tadi, buat sakit hati aje! Baik tidur....!!!

•••

"BEB, malam ni kau pergi kan kat Dewan Putera?" tanya D sejurus duduk disebelahku.

"Malam ni? Malas la." Keluhku. Nak pergi majlis? Alahai.. ini yang paling den lomah sekali! Sebabnya malas nak gosok baju kurung. Tudung pun sama! Dan yang paling penting malas nak pakai baju kurung!!!

"Lah! Apesal pulak?" pelik D.

"Aku malas nak gosok baju la..." aku tersengih comel.

"Pemalas!" D menepuk punggungku membuatkan aku terjerit.

"Lagipun campur semua student kan. Means ada ramai budak! Tak suka!" kataku terang-terang. Kalau bebudak asrama sahaja aku consider lagi. Ni campur semua form 5. Mencik!

D sudah mengangkat kening. Kemudian dia menggeleng. Tahu dah!

Serentak itu, Wana dan teman yang lain muncul.

"Siap cepat. Cikgu Namisah kata semua wajib turun. Kalau tak kena denda cuci pinggan." Ucap Wana menyelitkan nada lawak.

Aku memuncungkan bibir. D sudah terangkat-angkat kening. Nak tak nak kena pergi juga la!

"Korang... kalau aku tak pergi boleh kan?" pohonku. Muka sedih dipamerkan.

Wana segera menoleh. "Kau nak aku tulis nama kau ke?" katanya bernada serius. Aisyah hanya tersenyum. Kalau disekolah, dia adalah pengawas. Tapi di asrama, Wana ketuanya. Tak boleh bantah cakap Kakak kita ni. Nanti kena pancung!

Aku mencebik. Tak aci! Mentang-mentang dah jadi Exco Aspuri.

"Tapi..."

"Tak ada tapi-tapi! Pokok pangkalnya aku nak kau pergi siap sekarang!" arah Wana dengan kuasa vetonya.

Aku memuncungkan mulut. Aku bangun dari katil lambat-lambat. Tuala mandi aku keluarkan dari almari dan aku bergerak perlahan-lahan ke muka pintu.

"Humairah!"

Aku menghentakkan kaki lantas melangkah pergi. Haisy! Argghhhh!! Mama! Yana! Akak tak suka pergi apa-apa majlis la!!!

Wana menggelengkan kepala. Ada masa Humairah akan menjadi manja, ganas dan periang. Baru kenal nak dekat seminggu lebih, terasa sudah bertahun lamanya mereka berkawan.

*

Malam ni aku pakai pakaian yang aku memang benci sekali. Baju kurung! Tak tahulah kenapa aku tak suka dengan baju kurung ni. Rimas pun ada. Tapi malam ni aku dipaksa dan terpaksa pakai baju kurung. Urghh! Ini baru dia orang yang paksa. Kalau family paksa, confirm aku terjun bangunan sekarang. Pressure!

Aku memakai baju kurung kain chiffon berwarna biru muda dan sepasang tudung berwarna senada. Aku tidak perlu mekap-mekap segala ni sebab muka aku ni memang natural putih. Hi hi hi..bukan nak bangga tapi itulah mukaku yang sebenar. Lagipun aku tak suka bertepek-tepek kat muka ni. Rimas! Alah lagipun nak pergi dengar ceramah jek..bukan pergi acara or majlis-majlis. But aku memang tak suka! Jangan tanya kenapa okey!

"Amboi cantik betoi hang, Mai. Tak sangka aku hang boleh melaram ayu lagu ni. Hang nak mengurat mister headprefect kita ka?" usikan Iman dengan loghat Kedah dia tu sedikit memeranjatkanku. Kuss semangat! Hai minah Kedah ni! Aku sepuk jugak dia kang!

"Oit bagilah salam dulu. Orang putih pun ada say 'hello' tau. Inikan pulak kita sebagai umat islam. Memberi salam adalah sunat dan menjawab salam adalah wajib." hujahku pada si Iman ni. Ha ha ha... Ambik kau! Ceramah free aku bagi.

"Eleh kalau aku bagi salam pun kau tak jawab. Buat bazir air liur ja." kata Iman selamba.

Aku hanya menjelirkan lidah ke arahnya. Iman geram. Tak lama lepas tu, badan aku dijadikan tempat untuk Iman melibas. Ketawa mengekek kami berdua.

"Oit kalau ye pun nak beramah mesra, tunggu la habis ceramah. Cepatlah! Lambat betul korang ni." rungut Wana yang sudah berada di muka pintu sambil memegang sehelai kertas di tangan. Wana sungguh cantik dengan baju putih bunga-bunga kecil warna oren. Dipadankan lagi dengan tudung putih membuatkan si pemakai lagi ayu.

Aku dan Iman pun berjalan keluar dari dorm Aspuri Angsana 1 yang menempatkan bilik aku dan kawan-kawan ku yang lain.

****

Ketua Pengawas Vs TunangWhere stories live. Discover now