KPVST 8

119K 5.2K 186
                                    

Tali leher diperbetulkan. Farhan sedang melangkah menuju ke bilik guru untuk meletakkan buku rekod disiplin pelajar-pelajar SMTAA memandangkan hari ini hari Isnin. Tulah susahnya jadi ketua pengawas ni. Dalam tidak sedar, Farhan mengeluh.

Setibanya di meja Cikgu Badri iaitu guru disiplin merangkap guru pengawas sekolah untuk meletakkan satu kertas, Farhan disapa oleh guru tingkatannya Cikgu Othman.

"Farhan, saya nak awak bagitau seluruh pelajar tingkatan 5 supaya wajib turun padang petang ni. Ada latihan sukan setiap pasukan ikut jadual yang ditetapkan. Saya akan edarkan surat kepada Cikgu Namisah supaya serahkan kepada awak. Awak lakukan seperti biasa yang kita selalu buat macam tahun lepas. Boleh?" tanya cikgu separuh abad itu.

"InsyaAllah, cikgu." ujar Farhan tersenyum. Dengan cikgu aje dia senyum. Dengan orang lain kirim salam awal-awallah!

"Baiklah. Kalau begitu, awak boleh masuk ke kelas semula." ucap cikgu seraya berlalu pergi ke mejanya. Farhan hanya mengangguk.

Tiba-tiba di luar bilik guru Farhan disapa lagi.

"Hai Farhan.." kata seorang gadis dengan nada suara yang lunak dan lemah lembut. Tapi pada pendengarannya teramat gedik!
Farhan yang mendengar terus memberhentikan langkah.

'Budak ni lagi!' getus hatinya.
Farhan memusingkan badannya lalu pamer muka tiada perasaan. Kosong! Tangan kanan dimasuk ke dalam poket seluar hitamnya. Kemeja ungu yang dipakai sesekali beralun ditiup angin.

"Emm.. you nak pergi mana ni?" tanya Ammy manja.

"Kelas." Jawab Farhan sepatah.
Ammy mendekati Farhan namun langkahnya dihentikan serta merta apabila Farhan mengisyaratkan agar berdiri di situ.

"I nak temankan you boleh? Jalan dengan you? Lagipun I nak tanya you sikit mengenai kesalahan disiplin pelajar sekolah. Bolehkan?" tanya Ammy lagi sambil melentokkan badannya. Tudungnya yang pendek itu terbang ditiup angin membuatkan Farhan memandang ke arah lain.

"Nak tanya apa? Tanya je kat sini."
Ammy tersenyum. "Emm tapi bolehkan kalau kita jalan-jalan. Dapat ambil angin sikit. Sambil-sambil tu I nak tanya sikit kat you."
Farhan memejam mata seketika sebelum menjawab.

"Tak apalah. Aku lebih suka jalan sorang-sorang daripada berjalan dengan orang yang bukan mahram." kata-kata Farhan membuatkan Ammy dan gengnya terpanar. Dush! Dush ! Kena sebijik!

"Dan aku tak mahu dijadikan bahan hangat sekolah nanti." Sambung Farhan sebelum berlalu pergi meninggalkan mereka. Farhan tahu Ammy bukan mahu bertanya tetapi mahu mendekatinya. Hanya helah semata-mata. Farhan tidak bodoh untuk memahaminya. Farhan memang dingin. Sedingin Cameron Highland!

Muka Ammy membahang. Geng mereka yang bersembunyi di sebalik tembok juga terasa benda yang sama. Malu! Ingat nak mengurat. Rasa nak masuk kepala dalam baju je. Tak pun benam dalam tanah.

'Tak pe Farhan. Kau sombong dengan aku. Kau tunggu la satu hari nanti. Aku akan dapatkan kau! Tak dapat cara baik. Cara halus aku akan gunakan.' tekad hatinya.

Sememangnya Farhan tidak pernah melayan Ammy dengan baik kerana perilakunya yang gedik membuatkan Farhan meluat dan menyampah! Memang dari Tingkatan 3 lagi, Ammy mula menyukai Farhan apabila Farhan menyandang gelaran pengawas dan seterusnya semasa di tingkatan 4 pula, Farhan menyandang gelaran setiausaha pengawas. Farhan sering menerima surat cinta daripada perempuan terutama Ammy yang kononnya ' Secret Admire ' nya. Tapi, Farhan terus buang surat-surat cinta tu. Menyemak! Izuan menjadi saksi. Tapi bagi Ammy pula walau apa pun yang terjadi, Farhan hanya akan menjadi milikknya. Selamanya!

**

Aku berjalan menuju ke kelas 5 Ar-Raudhah. Aku, Aisyah dan Wana sibuk bercerita sampai tak sedar yang kami sudah pun berada di hadapan kelas. Aku menjengukkan kepala melihat jika ada guru di dalamnya.

'Aik? Cikgu belum masuk ke? Tak silap aku dah 20 minit aku dengan dia orang keluar pergi tandas.' getus hatiku. Kami melangkah masuk ke dalam kelas. Alih-alih mataku tertacap pada rakan-rakan sekelas yang sibuk berkerumun di papan kenyataan kelas di belakang. Aku hairan.

'Macam lebah pulak dia orang ni. Tengok tu! Siap bertolak-tolak lagi! Haih... kawan sape la ni!' tergeleng-geleng kepalaku melihat aksi-aksi mereka yang tak ubah seperti beruk dapat lolipop!

"Apehal dia orang berkerumun kat papan kenyataan?" tanyaku sambil memandang ke arah Aisyah dan Wana.

"Entah." balas Aisyah sambil mengangkat bahu. Comel je dia buat macam tu!

"Entah-entah sekolah bagi cuti lagi tak? Kalau bagi cuti, sure aku buat majlis kesyukuran ni! Nanti korang datang tau rumah aku. Aku jemput semua budak kelas kita! Sukanya!" Wana sudah teruja. Dia menggoyangkan pinggang ke kiri dan ke kanan.

Erkk??

Aku dan Aisyah hanya memandang dengan pandangan yang kosong . Blur!

"Wana kenapa eh, Mai?" tanya Aisyah berbisik.

"Entah. Mungkin terkenankan cuti kot." balasku sambil ketawa kecil. Aisyah tergelak kecil.

"Eh... korang pergi mana hah?" Iman tiba-tiba muncul di hadapan kami membuatkan aku terkejut. Aisyah relaks je.

"Toilet." jawab Wana.

"Haa.. korang tahu tak hari ini ada latihan sukan untuk setiap rumah pasukan. Tadi ada pengawas bagi memo suruh tampal kat papan kenyataan. Jadual waktu sukan. Semua pelajar wajib datang. Kalau tak markah merit akan dipotong! Bermula from today ya teman-temanku! Tak percaya pergi kat belakang then tengok sendiri." Iman berkata sambil menunjukkan lagak seperti guru. Tangannya juga memainkan peranan.
D mengiyakan sambil kemam gula-gula.

"Betul! Betul! Betul!" balasnya seperti Upin Ipin.

"Hahh?!! Sukan??!" spontan aku menjerit dengan mulut yang ternganga. Kalau anak gajah nak masuk pun tak mungkin tak perasan! Kepala sudah memikirkan tentang situasi yang bakal berlaku.

'Latihan sukan?? Arghh!! Ni yang paling aku malas! Mama! Abah! Mai tak nak bersukan! ' jeritku sekuat-kuatnya.

Aisyah dan Wana berpandangan sesama sendiri. Iman dan D kerut dahi. Apa kena dengan Humairah tu? Apesal menjerit pulak? Memang wajib setiap sekolah ada sukan. Sukantara dan sukan tahunan. Macam tak biasa! Tapi reaksi Humairah sangat berbeza. Mereka pelik!

Pada masa yang sama, kelakuan Mai, Wana, Aisyah dan Iman diperhatikan. Geng Diva Babe!

"I dengar cerita, budak yang nama Humairah kelas 5 Ar-Raudhah tu yang cari pasal dengan boyfriend you. Orang panggil dia Mai. Dia sekarang hot lebih daripada you." kata salah seorang daripada mereka yang hanya dipanggil sebagai Rini. Mereka kini sedang bersembunyi di balik dinding yang dimana ruangan itu dikhaskan untuk pelajar berehat-rehat sambil membaca buku di rak yang disediakan. First class gitu! Tak macam di blok mereka yang buruk serta kotor. Pernah mereka buat aduan pada pengetua namun tidak dilayan. Alasannya tetap sama dan jemu di dengar. Benci!

"Bangunan baru untuk sains tulen dan sains sosial sahaja memandangkan bangunan itu terdapat makmal sains yang baru dibina menggantikan makmal sains lama dan pelajarnya juga ramai berbanding sains sosial. Sains tulen ada tiga kelas dan satu tandas di aras 3, sains sosial ada dua kelas iaitu kelas perakaunan, kelas perdagangan + ekonomi dan satu makmal khas mereka beserta satu tandas di aras 2, aras 1 pula adalah makmal untuk sains tulen. Kelas Seni Lukis ada tiga di blok sebelah beserta tiga Kelas Muzik tempat awak duduk sekarang dan dua tandas di setiap aras. Lagi dua bangunan untuk pelajar tingkatan 1 dan 2 sementara pelajar tingkatan 3 akan duduk di bangunan sebelah Dewan Putera setelah bangunan baru siap khas untuk mereka sahaja. Kalau nak bangunan baru, keluarkan duit dan bina sendiri." panjang lebar pengetua itu menjelaskan. Terperinci. Dan perlian pedas!

Ammy yang mendengar terus mempamirkan muka tak puas hati. Dia mengepal penumbuk.

'Berani kau kacau boyfriend aku? Kau lebih hot ? Siap kau aku kerjakan! Tunggu la!' tekad Ammy.
Pada saat itu jugak, Geng Diva Babe mula merencanakan sesuatu. Yang pasti mereka ingin membalas dendam kepada sesiapa yang mengganggu 'boyfriend kesayangan' mereka. Siapa lagi kalau bukan Farhan and the geng . Jejaka idaman Malaya katakan!
Yang pasti, Mai akan menerima balasan kerana mengganggu pujaan hati mereka!

"Woit! Korang buat apa tu? Menghendap!" tegur Hakim di belakang bersama Putera. Dari tadi lagi dia perhati sejurus keluar dari tandas.

Ammy dan yang lain segera berlari turun ke tangga. Wajah ditutup dengan tangan takut dicam oleh pelajar lelaki itu tadi. Hish! Spoil betullah pengawas ni!

Hakim membebel, "Dah tak ada kerja lain ke? Belajar tak nak, menghendap nak."

Putera tergelak. " Chill, dude . Jom masuk kelas."

Seketika mereka berjalan memasuki kelas 5 Ar-Raudhah selepas melintasi kelas khas perakaunan.

Ketua Pengawas Vs TunangWhere stories live. Discover now