KPVST 14

110K 5K 150
                                    

Yana, Kak Maira dah bangun ke? Kejap lagi tetamu nak datang. Takkan tidur lagi kut?" tanya Mama sambil mengacau air nescafe yang baru dibuat. Yana yang melihat meneguk air liur.

'Nescafe! Sedapnya!' kecur liurnya. Selera si Yana ni macam orang tua. Orang lain minum milo ais, tapi dia minum kopi, nescafe, teh tarik dan lain-lain. Memang orang tua!

"Yana! Mama tanya ni. Kak Maira dah bangun ke belum? Haih... berkhayal pulak anak mama ni." bebel Mama bila Yana tidak menjawab soalannya.

"Hah? Apa ma? Pil khayal? Ma, Yana mana ada amek pil khayal! Tak baik tau tuduh Yana ambil. Dosa." jawapan Yana membuatkan Puan Husna menepuk dahi.

'Ya Allah anak aku yang sorang ni! Orang tanya lain dia jawab lain.' gerutu hatinya bila melihat anaknya yang sorang ni.

Yana yang melihat mengerutkan dahi.

"Mama ni kenapa? Mama sakit ke?" tanya Yana lurus bendul. Dia merapati ibunya.

"Pergi tengok Kak Maira kat atas. Mama nak buat kerja. Layan kamu ni bertambah-tambah migrain mama." kata Mama sambil memegang dahinya. Pening dengan perangai anak yang seorang ini.

"Alright, ma!" ujar Yana lalu berlalu pergi dengan misi ingin mengejutkan kakaknya yang tersayang itu. Sempat dia mengucup pipi mama tersayang sebelum berlalu ke tangga.

Puan Husna yang melihat hanya menggeleng-gelengkan kepala.

**

Tok! Tok! Tok!

"Kak Mai!" panggilnya. Sudah tiga kali dia mengetuk pintu bilik kakaknya tapi tiada sahutan.

'Tidur mati ke pengsan?' bermacam-macam anggapan yang muncul dalam benak Yana. Tanpa menunggu lama, Yana terus memulas tombol pintu. Sambil itu dia membelek jemari kanan yang kemerahan akibat ketukan tadi.

"MasyaAllah! Apa dah jadi ni?" terkejut bukan kepalang apabila melihat kakaknya bersujud di tepi katil dalam keadaan berbungkus. Apa dah jadi?

"Kak! Kak! Eh bangun kak! Akak buat apa ni?" Yana dapat melihat tubuh kakaknya bergerak-gerak dalam selimut yang dipakainya.

"Ermm.. nak apa? Aku nak tidur ni. Kau jangan la kacau aku, kerempeng. Pergilah main sana!" sahut Mai sambil menukar posisi tidurnya dalam keadaan telentang pula. Kepala sudah terkeluar dari selimut.

'Kerempeng? Aku yang ada isi ni dikatakan kerempeng? Kurang asam punya kakak!' omel Yana dalam hati.

"Kak.. eh bangun la! Kejap lagi dia orang sampai. Bangunlah cepat!" gerak Yana lagi sambil menarik kasar selimut bercorak abstrak warna hijau itu. Familiar betul hijau dengan kakak aku.

"Eh! Kau ni pehal kerempeng?! Aku nak tidur la!" aku bingkas bangun lalu memarahi Yana yang dianggap sebagai D.

Yana tersentak apabila dimarahi begitu.

"Eh kak. Ni Yana la! Apa akak ni? Mengigau teruk sangat! Ni mesti tidur tak cuci kaki ni. Lagi satu, Yana berisi tau kak. Mana ada kerempeng!" marah Yana.

Aku pula menayangkan muka blur . 'Apa perempuan ni merepek?' soalku dalam hati. Mata yang celik kembali tertutup semula.

"Kak.. cepat bangun! Dia orang dah nak sampai dah tu." suruhan Yana menyentakkan lamunanku untuk tidur semula.

'Kacau betul!' getus hatinya.
Aku meraup wajah. Taik mata selepat! Air liur basi melekit! Aiyerrr ...! Yana menutup mulut, menahan daripada terkeluar muntah hijau. Selekeh betul akak aku ni!

"Sampai apa?" soalku masih mamai.

Yana menarik nafas panjang.

"Maira, dah bangun sayang?" kemunculan Puan Husna mengejutkan dua orang gadis.

'Bila masa mama masuk? Musykil ni.' Fikirku sambil mengetuk perlahan jarinya dibawah dagu. Persis seorang yang memikirkan sesuatu perkara penting.

"Ma, tengok akak ni! Dia tak nak mandi." adu Yana dengan muka cemberut. Mama menggeleng.

"Maira, bangun mandi. Kejap lagi Uncle Umar dengan family nak datang. Mai lupa ke?" tanya mama bila melihat aku mengerutkan dahi.

'Uncle Umar? Sape?' kerut dahinya bila nama itu disebut mama. Macam pernah dengar nama tu tapi di mana ya? Dalam mimpi ke?

"Uncle Umar sape, ma? Saudara kita ke? Buat apa dia nak datang? Hari raya dah sampai ke?" tanyaku bendul. Mulut yang terbuka luas aku tutup dengan belakang tangan kiri. Mengantuk!

Puan Husna kulihat menepuk dahinya. Yana jugak berbuat perkara yang sama. Mahu ketawa pun ada bila kakaknya sebut pasal raya.

"Ya Allah! Anak mama yang seorang ni pulak lurus bendul! Saffiya Humairah oii.....! Uncle Umar tu kawan lama abah dan dia orang nak datang sebab nak tengok puteri mama dengan abah ni. Takkan Mai dah lupa? Semalam makan apa? Mama bagi makan nasi bukan makan semut. Lagi satu mana ada hari raya. Puasa pun tak lepas lagi! Allahuakbar..." bebel mama.

Aku mengerut dahi sebelum teringat akan sesuatu. Uncle Umar? Nak datang? Tengok puteri mama dengan abah? Alamak! Hari ni ke? Dah tiba ke? Seriously ?! Mata yang kuyu terus terbuntang besar dan lagi besar.

"Ma, Mai tak nak! Mai tak nak! Batalkan ma! Please batalkan ma!" aku merayu-rayu dikaki mama. Mama dan Yana kelihatan pelik dengan kelakuanku.

'Kakak aku ni meroyan ke apa?'desis hati Yana.

"Eh Maira! Apehal ni? Dah pergi mandi! Layan kamu berdua ni semua kerja tak jalan. Yana, suruh kakak mandi. Lepas tu turun bawah tolong mama." arah mama lalu keluar dari bilikku menuju ke dapur.

Aku tercengang. Mulut ternganga. Langkah mama dihantar dengan pandangan lemah. Oh Tuhan! Aku tidak mahu....

"Baik boss !" sahut Yana sambil membuat tabik hormat.
Yana memandang aku sambil tersengih-sengih.

"Ingat comel sengih macam tu?" gerutuku.

Yana ketawa kecil. Tangan kananku ditariknya supaya bangun.


"Comel tak comel tu lain cerita. Sekarang ni Kak Mai pergi mandi. Bau ketiak masam! Nanti mama marah. Cepat!" arah Yana sambil menolak tubuhku ke bilik air yang tersedia dalam bilik ini. Setiap bilik ada bilik mandi kecuali bilik stor.

"Eh suka hati akak la nak mandi ke tak nak!" jeritku. Nak tak nak terpaksa jugak aku mandi sebab dah ada dalam bilik air. Takkan nak makan pulak kan?

Selang 20 minit mandi, aku keluar siap berbaju t-shirt dan berseluar pendek. Takkan nak berkemban pulak? Ada yang terjojol biji mata kang! Kebetulan waktu itu Yana muncul dengan membawa sepasang baju kurung moden yang cantik berwarna hijau lembut beserta sehelai selendang yang panjang dan besar. Pintu bilik dikunci.

'Baju kurung ke? Aduh!' rungutku. Lemah terus badan. Aku duduk di birai katil dengan malas. Muncung sedepa.

"Kak Mai pakai baju ni tau. Cantikkan? Mama yang belikan untuk Kak Mai. Kak Mai kan suka baju colour hijau. Nasib baik ada saiz." ujar Yana bernada riang. Baju itu dihulurkan kepadaku.

Aku hanya terkebil-kebil memandangnya. Oh malasnya! Amat membosankan. Baju itu aku biarkan saja ditangan Yana.

"Yana, akak tak nak la. Ni baru nak berjumpa. Belum decide apa-apa pun. Pakai baju biasa dah la. Akak nak pakai baju t-shirt dengan seluar trek je. Simple !" tegasku lalu bangun menuju ke almari.

Yana mencampakkan baju tersebut di atas katil lalu terus berlari menghalang aku dari membuka pintu almari. Kedua-dua tangannya didepa menghalang aku dari membuka pintu almari tersebut. Aku mendengus kasar.

"Apa ni?!"

"Wait ! Kak Mai nak pakai baju t-shirt ? Mama dan abah mesti tak kasi. Akak mesti pakai baju kurung. Kita nak sambut tetamu, kak. Kenalah ikut kesesuaian. Lagipun tetamu kali ni istimewa. Tetamu yang bakal menjadi sebahagian dari hidup akak nanti." Kata-kata Yana membuatkan aku terpempan.

"Belum jadi lagi, dik. Entah-entah bila dia orang tengok akak nanti mesti dia orang ubah fikiran nak jadikan akak sebahagian dari family ." Aku memeluk tubuh. Firasatku mengatakan sebegitu. Dia orang pasti akan fikir 200 kali untuk menerima aku sebahagian darinya! Tak pun terus lari macam jumpa hantu.

Yana menggeleng.


"Belum tau lagi, kak. Itu hanya andaian akak tapi kita tak tahu apa keputusannya. Yana tau akak cakap macam tu supaya Yana akan termakan kata-kata akak. Kalau dulu ya tapi sekarang tak. Akak sebenarnya memang tak suka semua ni kan?" Bidas Yana lagi.

"Ya! Memang akak tak suka! Akak rasa hidup akak macam hamba. Kena buat tu, tak boleh buat ni. Akak tertekan tahu tak?! I'm stress! Dah la kena tukar sekolah tanpa runding dengan tuan empunya badan lepas tu duduk asrama and now nak jumpa 'bakal mertua'. Its very-very ridiculous ! Nonsense!" tempelakku kasar. Nafas turun naik. Oksigen tolong! Aku terlalu tertekan.

Yana hanya merenung.

"Akak tahu tak akak sebenarnya beruntung sangat." Ucapan perlahan dari Yana membuatkan aku memaling wajah menghadapnya.

"Semua orang layan akak dengan baik. Semua orang sayang akak. Bagi apa yang akak hajati. Kami adik-adik cemburu dengan akak."

"Korang pun dapat juga apa yang akak dapat. Kadang-kadang korang dapat apa yang akak tak dapat." Tegasku lagi. Aku tak mahu dipandang serong oleh adik-adik.

Yana menggeleng.


"Tak sama."



"Bagi akak korang yang dapat lebih. Bukan akak!" tegasku.
Yana menghela nafas. Ya Allah...

"Sekarang Yana nak akak pakai baju yang mama belikan tu." Arah Yana dalam nada lembut. Seperti mahu memujukku.

"Kau jangan nak memandai eh suruh akak pakai baju tu! Akak kata tak nak pakai baju kurung, tak nak la!" tengkingku kuat membuatkan Yana tersentak. Degil betul akak aku ni!


Yana terdiam sesaat. "Akak tak nak gembirakan hati mama dengan abah ke?" soal Yana membuatkan aku berfikir sejenak.



"Akak tak nak tengok dia orang happy ? Akak nak tahu tak selama seminggu ni abah dengan mama bukan main gembira lagi dengan semua ni. Abah terlalu gembira dengan semua ni. Mama sanggup belikan baju kurung moden ni untuk akak sampai cari kat mall. Ikut warna kegemaran akak. Semuanya untuk akak." Bicara Yana meresap masuk ke dalam sukma.


"Tapi akak tak nak!"


"Takkan tak ada sekelumit perkataan terima kasih dalam hati akak? Akak tak sayangkan mereka ke?" soal Yana mendayu-dayu.
Aku terdiam.



"Akak?" tegur Yana bila melihat aku hanya berdiam diri sejak tadi.



"Akak takut semua ni tak menjadi. Bukan akak tak nak happy kan mama, abah dan semua tapi akak takut. Akak takut akak bukan pilihan dia orang. Akak akan kecewakan abah dan mama..." sebakku. Aku tahu aku bukanlah perempuan yang baik, bercirikan muslimah, ganas, agak kasar. Aku takut mereka tak dapat terima kenyataan ini. Yang sedih mestilah mama dengan abah. Dan penyebabnya adalah.... aku! Aku tak menjadi anak seperti yang mereka mahukan.


Yana merapatiku lalu duduk di sebelahku. Jemariku dicantum dengan jemarinya.



"Saffiya Humairah yang Yana kenal bukan jenis yang mudah berputus asa. Saffiya Humairah yang Yana kenal seorang yang berjiwa kental dan akan hadapi cabaran dalam hidupnya. Jangan mudah mengalah, kak. Yana yakin sangat yang mereka akan terima akak nanti. Tidak ada seorang pun manusia dalam dunia ni sempurna. Akak menjadi diri akak sendiri. Itu yang terbaik. Buat apa nak jadi hipokrit kalau hidup tak bahagia? Kalau mereka tak terima itu sudah ketentuan. Tak ada siapa akan kecewa dan marah. Mungkin jodoh akak dengan orang lain. Semua sudah termaktub di Luh Mahfuz." Pujuk Yana cuba menenangkan hati yang bergelora ini.


Aku menekur kepala ke lantai memandang jubin berwarna putih itu.


"Tapikan Yana dapat rasakan ini memang jodoh akak tau," seloroh Yana sambil ketawa kecil.


Aku pantas mengangkat muka lalu menjuihkan bibir. Sempat lagi buat lawak!


"Pandailah kau!"


"Betullah. Yana dapat rasakan kat dalam hati ni." Yana meletakkan jemari kanannya di dada. Tampak begitu yakin dengan kata-katanya.
Aku mengeluh. "Tapi akak takut..."

"Akak, kan opah pernah pesan jikalau kita berasa gundah, Allah ada untuk menenangkan hati kita. Berzikirlah kepadaNYA. InsyaAllah jiwa kita akan tenang dan tenteram." Ujar Yana lembut.


Aku merenung wajah di hadapanku ini. Kadangkala aku merasakan aku adalah adik kepada Yana. Kadangkala aku merasakan Yana adalah ibu dan juga kadang kala aku merasakan Yana adalah ustazah untukku. Katanya-katanya tak ubah seperti orang yang sudah berpengalaman. Hidupnya dan dirinya penuh dengan kata-kata semangat. Itu yang membuatkan aku kagum dengannya.


Aku menghela nafas. Berat sungguh dugaan yang aku bakal lalui ini. Ya Allah, semoga semuanya dipermudahkan olehMU. Tenangkanlah hati hambaMU ini. Andai ini benar jodohku, Kau berkatilah perhubungan yang akan dijalinkan ini. Doaku dalam hati. Betul kata opah, hati akan menjadi tenang bila kita menyebut nama Allah Azza Wajalla.


Aku pandang Yana dan Yana pandang aku. Seketika kami ketawa. Tetiba pulak masuk topik motivasi diri. Kalau boleh masuk forum perdana sekali! Tak pun Tanyalah Ustazah.


"Tetiba cerita pasal ni pulak." Aku menggaru kepala yang tak gatal. Malu pun ada jugak! Merah muka jadinya.


Yana gelak. Dia melepaskan jemariku lalu bangkit dari duduk. Yana menghulurkan baju kurung itu yang dicampak atas katil tadi kepadaku membuatkan aku lemah sangat-sangat.

"Baju lain tak ada ke selain ni?" tanyaku bosan. Apa-apa aje la selain baju kurung dan jubah! Aku memang anti betul dengan dua baju ni. Kat asrama dah la kena paksa. Kat rumah pun kena paksa jugak! Biarpun aku sudah mula mahu memakainya tetapi aku tidak mahu berterusan memakainya. Tak faham? Faham-fahamkanlah!

"Ni baju rasmi akak untuk hari ni!" Yana tersengih menayang gigi putihnya.

"Kau ingat hari ni hari istimewa ke nak rasmi segala ni?" aku mula membebel. Baju tersebut aku rampas kasar. Terseksa jiwa raga betul! Pantas aku menyalin pakaian dalam bilik air. Nak salin depan Yana? Alamat kena gelak aje la. Mana pernah aku salin pakaian depan orang walaupun itu adalah keluargaku sendiri.


Yana ketawa terbahak-bahak. Akhirnya kakak aku terima jua. Syukurlah... Yana tahu dengan kelembutan, kesabaran dan kebijaksanaan akan melembutkan hati dan jiwa kakaknya itu. Saffiya Humairah seorang perempuan yang berhati lembut sebenarnya tetapi dia tidak akan sesekali mempertonjolkan kelembutan dan kehalusannya kepada orang. Hanya orang yang merapatinya saja akan memahami diri Humairah. Itulah tembok yang kakaknya dirikan untuk melindungi diri. Yana tersenyum lagi.


•••

SETELAH berjam-jam bersolek, bermekap dan segala 'ber' lagi, akhirnya aku di hias cantik oleh Yana. Aku mengenakan busana kurung moden berwarna hijau lembut, berkain chiffon dan selendang berwarna senada. Lembut aje bila melihat kain ini. Hijau adalah warna kegemaranku. Walaupun hati aku keras macam batu, tapi aku ada taste tau! Jangan pandang aku sebelah mata! Pandang dua-dua belah mata okey! Nanti jalan tak nampak. Hu hu hu!


Tak sangka aku Yana pandai bermekap segala ni. Setahu aku di tempat dia belajar, cuma belajar pasal keilmuan islam aje. Dah nama pun maahad.


Bila ditanya, Yana hanya menjawab, "Itulah kak. Sekarang dunia serba canggih. Semua hanya di hujung jari. Walaupun Yana belajar kat sekolah agama tapi Yana ambil tahu juga hal-hal make-up ni. Akak tu je yang tak mahu. Kuno sangat!" sindirannya membuatkan aku menyirap gila.
Aku menjelingnya tajam. Protes!

"Okey dah siap. Haa kan cantik kakak Yana. Ni barulah namanya gadis melayu terakhir. Mahu terbeliak biji mata dia orang nanti. Jom ambil gambar, kak. Lepas tu nak letak kat facebook . Mesti ramai yang like punya." ujar Yana selamba. Handphone jenama Samsung di atas meja solek di ambil.


Aku menjegilkan mata bila Yana mengatakan mahu meletakkan gambarku di facebook. Yana ketawa. Yana pun mengambil gambarku lalu membuat pose maut bersama-sama. Macam-macam aksi kami rakam. Kalau dia orang tengok ni agaknya terus reject kut!


Aku melihat diriku di cermin sekali lagi. Tampak berlainan dari biasa biarpun di solek sedikit. Yana kata aku tidak perlu disolek tebal-tebal kerana takut jadi rupa mak joyah. Sampai hati! Katanya lagi mukaku yang sedia putih itu sudah cantik tapi diserikan lagi dengan sedikit solekan nipis dan lip gloss untuk menampakkan keayuan dan keanggunan. Dari apa yang dia pelajari, untuk menyolek muka mesti mengikut kesesuaian waktu. Pandai juga adik aku ni!


Aku tersenyum sendiri. Yana yang melihat dari belakang tersenyum-senyum. Mesti nak gelakkan aku. Yelah aku kan jakun! Tak pernah tengok diri aku yang boleh berubah menjadi cantik ni. Opss... bangga pula. He he he!

"Kak Yana, Kak Mai! Dia orang dah sampai!" jerit achik dari luar.
Yana melihat aku sambil tersenyum manis. "Good luck!" ujar Yana memberi semangat sebelum memulas tombol pintu meninggalkan aku sendirian di kamar.

Dadaku mula berdebar. 'Dah sampai? Cepatnya. Ya Allah tolonglah hambamu ini. Kuatkanlah semangatku ya Allah..'rintihku sambil berdoa. Aku melihat sekali lagi diriku dihadapan cermin. Ya Allah, kenapa dada aku semakin lama semakin berdegup hebat? Aku menelan liur.

Ketua Pengawas Vs TunangWhere stories live. Discover now