KPVST 10

120K 5.6K 148
                                    

Hari ni hari jumaat. Mengikut pengiraanku, setiap hari khamis dengan jumaat ada program kat surau. Antaranya bacaan yassin, al-quran dan ceramah agama. Tetapi diselang-selikan mengikut minggu. Ni bermakna aku kena pergi surau! Pakai baju kurung?! Oh no! Kena lagi...

"Assalamualaikum..." sapa Wana dari luar. Di belakangnya terdapat Aisyah, Iman dan D.

"Waalaikumussalam..." jawab beberapa pelajar yang berada di situ. Aku menjawab dalam hati. Oh ya lupa nak beritahu. Dalam dorm kami ada campur senior junior. Ok bai!

"Mai.." panggil Aisyah.

"Hmm..."

"Kenapa diam je? Tak sihat ke?" soal Aisyah prihatin.
Aku mencelikkan mata. Sengihan comel aku berikan kepadanya.

"Tak ada la. Aku okey je. Sihat walafiat cuma letih je."

Aisyah mengangguk lantas bergerak ke almari miliknya. Aku hanya memerhati. Barang-barang milik Aisyah tersusun cantik. Bajunya dilipat kemas. Tudung di tempat lain dan beberapa barang lain di letak teratur. Sememangnya Aisyah seorang yang berdisiplin dan kemas! Dan juga seorang yang lemah lembut. Entah bilalah aku nak tengok Aisyah versi ganas ya? Mungkin waktu silat kut sebab Aisyah ada beritahu aku yang dia masuk silat.

"Err.. Syah, nak tanya boleh?"

Aisyah mengangkat kening. "Yup?"
Aku sudah duduk bersila di atas katil sambil memandang ke arahnya. Senang sikit sebab katil kami bersebelahan. Wana menghilang entah ke mana bersama Iman dan D.

"Kalau aku tak pergi malam ni boleh tak?" pintaku dengan muka comel.

"Kenapa?" tanya Aisyah lembut. Sememangnya Aisyah seorang yang lembut tutur kata dan sopan. Untung siapa jadikan dia menantu. Pasti keluarganya juga begitu. Sejuk hati memandang. Kalau aku ada abang, dah lama aku suruh dia tackle si Aisyah Raudhah ni!
Aku menggaru kepala. Apa nak jawab ek?

"Err.. aku banyak kerja sekolah..." bohongku. Macam tak ada idea lain ke Mai? Alasan lapuklah!

Aisyah menggeleng. " Cannot, dear. Kena pergi juga. Lagipun ini wajib bagi penghuni asrama. Kan dah tertera dalam surat untuk penghuni asrama. Bacaan yasin dan al-quran itu wajib. Yassin adalah jantung hati al-quran. Malam Jumaat adalah malam terbaik untuk kita sebagai umat Islam mengumpul pahala kerana ganjarannya memang besar. Itu belum lagi diamalkan baca surah-surah. Pahala lagilah berlipat kali ganda." Terang Aisyah.

Aku terdiam. Memang betul apa yang dia kata. Kebiasaannya semua orang akan baca yassin pada malam Jumaat. Aku pun tidak tahu kenapa tapi mengikut kata Aisyah tadi, ganjarannya lebih berbanding hari lain. Macam yang Opah kata sewaktu di kampung dulu. Tapi masa tu aku tak ambik pusing sangat sebab dok ushar si abang hensem kat situ yang tengah berlatih silat dengan Tok Qud. Pastu tak pasal-pasal kena piat telinga dengan Tok Qud. Huhu!

"Kalau alasan period pun tak boleh sebab kalau kita uzur, boleh duduk belakang kan? Kenapa nak missed daripada mendapat pahala? Orang senang nak dapat pahala tapi ada caranya. Nak tau tak? Orang yang uzur ni banyak untungnya daripada orang yang tak uzur." sambung Aisyah seperti tahu saja yang aku akan berikan idea tersebut.

"Sebab?"

"Sebab mereka tak payah susah-susah bazirkan air liur dengan membaca. Duduk tepi, dengar bacaan al-quran, dah dapat pahala sama seperti orang yang membaca tu. Kalau dia berniat zikir dan melafaz zikir dekat bibir, bertambah lagi pahala tau. Lepas tu kalau kita ni dari kalangan yang serba tahu tentang tajwid, then kita tegur kesalahan mereka, kita juga dapat pahala sebab membetulkan kesalahan. Makna bacaan tak lari. Kan seronok? Banyak pahala kita dapat." Ujar Aisyah sambil tersenyum manis. Dia melipat tuala kecil yang selalu digunakan untuk mengelap rambutnya lalu disangkut pada hanger .


Aku yang mendengar mula menunjukkan muka seronok dan berminat. Ada betulnya kata Aisyah. Kita dengar aje mereka baca, dah dapat pahala. Itulah untungnya umat islam.

"Maksudnya kalau kita pergi ceramah agama pun sama jugak eh?" soalku lagi.

Aisyah mengangguk sambil tersenyum. "Yup." Aisyah melipat pula tudungnya yang di sidai di ampaian tadi.

Aku mengangguk mengerti. Jadi aku tak perlukan alasan untuk mengelat dari pergi baca yassin ataupun al-quran kerana dua perkara itu amat penting dalam islam. Dijadikan panduan dan rujukan oleh para umat islam. Tapi ada satu masalah lagi. Baju?

"Aku tak nak pakai baju kurung." Rengekku. Aisyah tergelak kecil. Sememangnya dia tahu bahawa rakan sebelah katilnya ini tidak gemar memakai baju ala-ala wanita muslimah.

"Pilih antara dua. Baju kurung atau jubah? Aku ada banyak jubah. Nak cuba?" soal Aisyah mengusik.

Aku menjuihkan bibir. Jubah? Memang seumur hidup aku tak pernah pakai!

"Baju kurung pun baju kurung la..." putusku akhirnya.
Aisyah menepuk tangan sambil tersenyum manis. Nampak manja gitu!



Akhirnya, sampai juga aku di Dewan Putera. Last minute Cikgu Namisah memberitahu semasa di aspuri tadi bahawa tempat untuk program malam ini terpaksa ditukar kerana masalah teknikal. Dalam masa 4 minit, aku dan kawan-kawan sampai ke destinasi.
Sesampai saja di dalam dewan, pelajar lelaki dan perempuan di asingkan. Lelaki di bahagian depan manakala perempuan di bahagian belakang. Dewan yang sangat besar! Dewan Putera ni sebenarnya dewan badminton. Dewan sebenar sedang disiapkan kontraktor. Dalam sebulan lagi kami semua akan menggunakan dewan sekolah sebenar dan bukan dewan badminton ini lagi.

"Jom duduk!" ajak Iman.
Kami semua duduk di atas tikar yang terbentang luas. Semua penghuni asrama wajib turun padang. Ada beberapa orang guru yang mengajar di sekolah turut sama turun padang bagi menjayakan program bacaan yassin ini. Kebanyakann guru-guru muda berstatus bujang. Iman menyenggol lenganku beberapa kali membuatkan aku menoleh.

"Apehal kau ni? Kecik-kecik tak pernah main senggol tangan ke?" geramku.

Iman sudah tarik muka. Wana dan D ketawa mengekek manakala Aisyah hanya tersenyum. Kami duduk selonggok. Mana boleh berpisah...

"Bukanlah! Aku nak suruh kau ambil yassin kat depan memandangkan kau duduk kat tepi. Susah sangat!" bebel Iman tak puas hati.

Aku tersengih. Oh yeke? Malu saya!

"Nak berapa ya, kanak-kanak ribena?" usikku kepada mereka semua.

Wana menjegilkan mata. D menunjukkan penumbuk. Iman ketawa mengekek.

"Ambil banyak sikit la. Nanti boleh bagi kawan-kawan yang lain." Ujar Aisyah sambil tersenyum. Minah ni asyik senyum aje! Manalah orang tak berkenan. Senyuman yang membuatkan pelajar lelaki cair. Awet muda.

Aku mengangguk lantas berdiri, menyarung selipar dan terus berjalan ke tempat di mana yassin di letak. Saat aku mahu mengambil yassin, satu tangan mendahuluiku membuatkan aku terkejut.

"Uish!"

"Lain kali jangan berangan! Nak ambik cepat!" perlian dari pemuda itu membuatkan aku bengang. Lantas aku mengangkat muka.
Erk??

"Tolong sikit ek! Kau yang salah. Main terjah aje!" marahku bila melihat orang itu adalah Farhan. Memang aku akan panas hati bila berjumpa dengannya! Dendam belum terbalas! Asyik dia aje yang balas dendam kat aku. Tak aci! Report kat aci baru tau.

Farhan mengangkat kening. Salahkan orang pulak!
Aku terus merampas yassin dari tangan Farhan dan bergerak semula ke tempat duduk. Sempat aku jelirkan lidah kepadanya.
Farhan hanya menggeleng. Anak sape lah tu! Dia terus mengambil yassin yang lain dan duduk di bahagian lelaki.




"KORANG dah siapkan kerja Miss Chia tak?" tanya Iman semasa kami sedang makan. Dewan Putera menyediakan tempat yang memuatkan semua pelajar asrama baik lelaki mahupun perempuan duduk. Dewannya yang sangat besar cukup untuk menampung lebih seribu pelajar. Pelajar asrama berapalah sangat budaknya kalau nak dibandingkan satu sekolah.

"Dah." Jawab Wana. Tangan menyuap roti jala ke dalam mulut. Lazat!

"Aku belum lagilah. Pening kepala dengan soalan essay tu." Runsing Iman. Dia menggaru kepala yang gatal.

"Sejarah mudah aje tapi cabarannya kau kena hafal la." Ucapku selamba lalu meneguk air sirap bandung dengan lazatnya. Dah lama tak jumpa air sirap bandung. Biasa jumpa kat rumah orang kahwin. Itupun jarang ada. Dan ada kalanya tak sedap!
Iman memuncungkan mulut. Tahu la kawannya yang seorang itu mendapat A dalam Ujian Penilaian 1 lepas. Manakala Wana mendapat A-. Memang terror mereka berdua tu! Itu belum masuk lagi Aisyah dan D. Aisyah juga dapat A- kalau tak silap. D pula ada peningkatan dari ujian diagnostik dulu.

"Kau senang la sebab otak memang genius. Aku ni otak udang. Lembab!" Iman mengutuk diri sendiri. Garfu yang sepatutnya digunakan untuk mencucuk makanan kini digunakan Iman untuk ketuk kepala.

D menyabarkan Iman yang serupa orang gila. Aku, Wana dan Aisyah ketawa.

"Nanti kita buat study group la. Mana yang pandai, boleh ajar yang kurang pandai. Tak kisah apa subjek. Lagipun tahun ni kan SPM. Baik buat persediaan awal. Amacam?" cadangan Aisyah membuatkan kami berfikir.

"Aku setuju!" D mengangkat tangan tinggi-tinggi.

"Aku pun!" Iman juga.

"On !" kataku serentak dengan Wana. Kami siap buat five clap !
Aisyah turut tersenyum.

"Aku tak!" kami semua memandang ke arah orang yang mengatakan tidak itu.
Syafiq tersengih sambil membuat peace .

"Apek jual sayur dah datang." Kutuk Wana selamba. Dia menyuap roti jala ke dalam mulut.

"Apek jual sayur kau kata aku?!" Syafiq menjegilkan mata.

"Hahahaha!" pecah tawa lima gadis.

"Shut up !" bengang Syafiq bila gadis-gadis nakal itu masih menggelakkan dia. Bengang tau! Malu aje!

"Sorry. We can't ." Jawab Wana selamba badak menambahkan sakit hati Syafiq.

"Useless !" balas Syafiq kasar. Tampak bengang bila Wana berkata begitu.

"What did you called me?" kini mata Wana pula mencerun ke arah Syafiq yang selamba duduk dihadapannya.

"Nothing ," balas si pemuda. Sengaja kasi Wana marah. Bukan dia tidak tahu Wana memang pantang kalau di usik. Meraung satu KL ni! Syafiq mengambil tempat di sebelah D tapi jarak jauh. Mana boleh dekat-dekat!

Heeeeee!!!! Wana sudah mula mengeluarkan asap. Tak lama lagi terbakar la dewan ni. Aku menggosok belakangnya.

"Kau nak apa, Fiq?" tanya Iman memainkan peranan bila Wana sudah memalingkan muka ke arah lain. Benci sangat ke dengan Fiq ni? Adeh... benci-benci nanti suka! Kata orang tua-tua la.

Syafiq tersengih. "Aku ada cadangan yang baik punya. Apa kata kalau kita sama-sama buat study group ? Lagi best !" cadangan Syafiq membuatkan D teruja namun pantas ditolak oleh aku. Yelah... sebab ada jejaka idaman. Tu yang D suka. Gatal!

"We only allowed girls. Not boys ." Ujarku selamba. Ucapanku mendapat sokongan Aisyah dan Wana. D dan Iman mendiamkan diri. Muncung bibirnya.

"Yes !" Wana tersengih bangga. Thumbs up dinaikkan beberapa kali pada jejaka dihadapannya itu. Padan muka!

Syafiq tarik muka masam.

"Dan yang aku tahu tempat kau di sana. Bukan di sini. Sini tempat girls. Lainlah kalau kau...." aku tidak menghabiskan ayat tetapi menatap Syafiq dari atas sampai bawah.

"Aku bukan nyah okey! Aku tulen tau!" tegas Syafiq lalu menunjukkan otot pada lengannya.

"Hahaha!" Kami semua tergelak. Syafiq memang bikin kecoh la!


SUARA gelak tawa dari hujung dewan menarik minat mereka yang berada di sini. Khairul melihat Iman dan rakan-rakannya bergelak ketawa dengan lawak Syafiq.

"Kenapa aku rasa macam nak cucuk aje Syafiq tu dengan garpu ni?" bentak Khairul dengan nada geram.

Semua faham apa yang diperkatakan Khairul. Mana tahan kalau awek yang dipuja dalam diam bergelak tawa dengan teman baik. Sekali lagi TEMAN BAIK okey!

"Relax la." Pujuk Izuan. Yang lain mengangguk.

"Betul tu! Daripada kau cucuk si Apek tu dengan garpu, baik kau cucuk roti jala tu dan suap kat aku." Jawapan bengong Ashraf membuatkan Khairul angin.

Dan sebagai habuan, kepalanya diluku. Putera, Hakim dan beberapa lagi rakan yang lain ketawa sakan melihat gelagat antara Ashraf dan Khairul.
Farhan tidak menghiraukan mereka semua. Tangan ligat menyuap makanan ke dalam mulut. Sambil itu matanya merenung setiap gerak geri seseorang.

Ketua Pengawas Vs TunangWhere stories live. Discover now