KPVST 11

114K 5.5K 140
                                    


Aku duduk termangu seorang diri di Astaka Seri Dewi. Air pancut kolam ikan ditenung bersama perasaan berbalam. Astaka agak sunyi kerana ramai outing minggu ini. Rakan-rakanku tidak terkecuali untuk membeli belah kecuali Wana. Katanya malas nak keluar dan menghabiskan duit. Aku tahu niat Wana. Dia mahu menemaniku sebenarnya.

Aku mengeluh panjang. Suara mama masih terngiang-ngiang di telinga. Teringat perbualan telefon antara aku dan mama beberapa hari lepas. Kata mama, lelaki yang digelar Uncle Umar itu akan datang pada hujung minggu depan untuk merisik membuatkan jantungku berdebar. Mama ada bertanya tentang keputusanku namun aku hanya berdiam diri. Abah juga ada bertanya namun aku menukar topik lain. Yana pun ada SMS dan menyatakan perkara yang sama sehinggakan kepalaku berdenyut memikirkan semua ini. Lantas mesejnya dibiarkan begitu saja tanpa berbalas.

'Kenapa aku? Kenapa tak orang lain? Kenapa? Kenapa?' soalan itu sentiasa berulang-ulang dalam minda ini. Mata dipejam rapat lalu mendongak ke langit.

Tak sampai tiga bulan aku kat sekolah ni dah kena bertunang. Logik tak? Ni yang buatkan aku tak nak balik hujung minggu depan. Rasa nak duduk asrama je tak pun lari pergi rumah Wana ke Iman ke tak pun Aisyah. Dapat cuti seminggu nak rehat-rehat, tapi aku? Aku mengeluh lagi.

"Hah!" sergah Wana sedikit pun tidak memeranjatkan aku. Malah aku bisa termenung.

Wana pelik. Yelah selalunya kalau dia orang sergah aku, confirm aku tergolek kat bawah sampai melatah. Nguks punya member!

"Mai, kenapa ni?" tanya Wana bila aku berdiam diri.

Aku menarik nafas. Nak bagitau ke tak nak? Nak ke tak? Nak ke tak? Aku pun punyalah bengap sampai pergi kira kat jari sama ada aku nak beritahu ke tak. Wana yang melihat semakin berkerut dahi. Lalu Wana menggoncangkan bahuku membuatkan segala sel dalam badan aku bergegar. Dah macam kena renjatan elektrik! Pantas aku menepis kasar tangannya. Wana direnung bagai nak telan.

"Kau ni dah kenapa? Main goncang-goncang pulak! Bergegar semua anggota badan aku tau. Lain kali kalau kau nak goncang-goncang, kau pergi goncang kat pokok kelapa tu! Setidak-tidaknya dapat jugak minum air kelapa." marahku.

Wana hanya tersenyum sambil buat simbol peace . Ingat comel buat macam tu? Hanya aku seorang saja yang comel tau! Uih Mai, riak tu! Pantas aku istighfar dalam hati.

"Kau kenapa Mai? Daripada tadi lagi asyik mengelamun je. Aku panggil pun kau tak sedar. Kenapa ni? Ada masalah ke?" tanya Wana lembut. Hati sahabat rapatnya cuba diselam.
Aku mengeluh lemah.

"Hmm confirm masalah besar. Mengeluh bukan main panjang. 6 harakat!" sambung Wana lagi membuatkan aku merengus kasar. Main-main pulak!

"Eh kau ni nak dengar ke tak?! Aku dah tengah serabut ni! Tak de hati nak main dengan kau! Dengar kau membebel." geram aku dengan si Wana ni.

Wana kelihatan tercengang. Uiks, marah ke?

"Sorry , beb. Aku cuma tegur je. Janganlah marah." Wana memegang jemariku. Minta simpati.

'Tu la! Baru kau tau macam mana kau bila tengah marah! Selalu sangat membebel. Opah aku pun tak membebel macam tu! Huh!' kutuk aku dalam hati.

"Aku sebenarnya ada benda nak cakap dengan kau ni..." akhirnya aku mengalah lalu menceritakan pada Wana dari A to Z. Tak missed satu pun!

Wana terlongo bila aku dah habis sampaikan berita tu. Aku dengan baik hati menutup mulutnya membuatkan Wana tersentak. Pantas tanganku ditepis.

"Kau biar betul Mai? Tak percaya aku!" soal Wana tak percaya. Mulutnya masih ternganga.

"Suka hati kau Wana kalau kau nak percaya ke tak. Yang penting aku dah ringankan sikit beban kat kepala aku ni." aku mengurut kepala perlahan. Kalau dapat tukang urut kepala kan sedap! Minta Aisyah urutkan la nanti. Dia pakar!

"Habis kau setuju?" pertanyaan Wana menggelikan hati.
Aku menyimpan senyuman.

"Kau tahu jawapannya Wana." jawabku lalu bangun untuk melangkah pulang ke dorm kami. Belum sempat aku melangkah, Wana menarik lenganku membuatkan aku terduduk kembali pada bangku kayu tadi. Pergh ! Sakitnya! Boleh sengal pinggul aku!

"Sakitlah Wana!" hamburku sambil mengusap pinggul. Mama!!!

"Baik kau cakap betul-betul Mai. Kau terima ke?!" tanya Wana tak puas hati.

Aku sekadar menjawab pertanyaannya dengan memberikan senyuman manis. Mendalam maksudnya.

"Oh no ! You accepted ! I can't believed it ! Mai, kau....??" Wana menggeleng-gelengkan kepala. Mungkin tak dapat terima kenyataan yang aku bakal bertunang. Bertunang diusia muda!

"Dah tak payah la kau main angguk-angguk geleng-geleng. Penat aku nak menengoknya! Nanti teleng baru tau. Aku belum bagi kata putus la. Lagipun, kau tahu kan yang aku terpaksa. Dah jom masuk!" putusku lalu menggamit tangannya yang masih terkejut dengan berita ni.

Wana sekadar mengikut saja langkah kakiku. Fikirannya masih diawang-awangan.

Aisey .. dah macam pimpin orang buta pula!

*

Pelajar asrama yang lain sudah ke padang untuk bermain bola sepak. Ashraf turut sama bermain bagi menghilangkan stress belajar, katanya. Aizat, Hakim, Putera, Khairul dan Syafiq bersemangat untuk bermain hari ini. Siap bet lagi siapa kalah kena belanja makan! Apa-apa je. Nanti makan kat dewan makan juga. Sama je! Lainlah kalau outing.

Izuan mengemas pakaiannya di dalam almari. Dia berpaling untuk mengambil seluar yang baru sahaja dilipatnya. Semasa mahu mengambil seluar, matanya terlihat akan Farhan yang sedang bersandar di kepala katil sambil memeluk bantal kepalanya. Wajah ketua pengawas itu lesu tak bermaya. Dah tu tenung macam nak tembus!

Izuan kehairanan. Lalu dengan cepat dia memasukkan seluarnya dan melangkah segera ke katil Farhan.

Bahu Farhan dicuitnya tapi Farhan buat derk je! Lagi la Izuan pelik. Selalu tak macam ni. Dia mencubanya sekali lagi. Bahu Farhan dicuit. Pun tak jalan juga! Selang 3 minit berlalu, keadaan masih sama.

'Eh budak ni. Melampau!' getus hati Izuan. Lalu Izuan mendekatkan mulutnya ke telinga Farhan dan....

"Farhannnn!!!" jeritnya sekuat hati.
Farhan yang terkejut terus menutup telinga. Berdesing telinganya.

'Pergh ! Berdengung telinga aku! Kurang ajar punya member a.k.a sepupu! gerutu hatinya.

Farhan lihat Izuan dah ketawa berdekah-berdekah. 'Tak guna kau, Wan! Nanti kau!'

Lalu Farhan pun ambil bantal yang dipeluknya tadi dan melibas-libas si Izuan ni sampai puas hati. Izuan mengelak pada mulanya dan akhirnya Izuan mengangkat tangan tanda 'surrender '. Farhan punya la terkinja-kinja sebab dia menang dalam pertandingan melibas Izuan!

"Aku menang! Yeah! Aku juara!" terlompat-lompat Farhan macam beruk dapat bunga ros! Kalau budak-budak ni tengok perangai headprefect macam ni habislah! Mau dicanang satu sekolah. Mana pernah ketua pengawasnya melakukan aksi sebegitu melainkan dengan Izuan saja dan dirumahnya. Hanya mereka berdua yang tahu. Sebelum tunjuk perangai begitu, memang dia dah sahkan line clear!

Izuan hanya menggeleng. Kelakar pun ada tengok sepupunya itu.

"Sewel dah sepupu aku yang sorang ni. Macam mana nak bagitau Aunty Hanani ni? Takut dia sakit jantung pula kalau dapat tau." sindiran yang pedas diberikan kepada Farhan membuatkan Farhan berang. Dia segera berdiri tegak. Tangan dicekak pada pinggang.

"Weh kau ni dah kenapa? Nak sangat aku sewel ke?" bengang Farhan bila dikata sebegitu. Kaki Izuan ditolak ke tepi supaya dia dapat duduk di katilnya.

"Yelah tadi dok mengelamun sorang-sorang lepas tu tenung bantal macam nak tembus then ketawa kuat-kuat macam orang meroyan." perli Izuan lagi.

Farhan menayangkan penumbuk. Berani beritahu mama aku? Makan penumbuklah jawabnya.

"Kau ada masalah ke, Han? Dari tadi aku tengok kau senyap je. Amirul Farhan yang aku kenal bukan seorang yang suka termenung." Izuan cuba menyelami hati sepupunya itu dalam pada itu dia sempat menyelitkan ayat sastera. Mendalam maksudnya.

"Kau budak sains ke sastera?" perli Farhan.

Izuan tersengih. " Part time !"
Farhan menjeling.

"Apa cer, bro ? Ada masalah ke? Wanna share with your hot stuff buddy?" tekan Izuan lagi. Sempat lagi masuk bakul golek sendiri.

"Nope. Aku okey. Cuma..." ayat Farhan tergantung di situ.

"Cuma apa?" tanya Izuan tidak sabar.
Farhan menghela nafas panjang.

"Wan, kau tahu kan yang aku bakal bertunang?" soalan Farhan disambut anggukan Izuan.

"So , kau mesti tahu kan masa cuti minggu depan ni family aku nak hantar rombongan merisik." kata-kata Farhan membuatkan Izuan terkejut besar.

"Time cuti? Gila cepat!" jawapan Izuan membuatkan Farhan mengerutkan dahi.

"Aik, takkan kau tak tahu?" soal Farhan hanya disambut dengan gelengan muka terkejut beruk Izuan.

Farhan mengeluh panjang. Baru dia sedar hanya Izuan saja tahu masalah ini. Beratnya masalah dia kena tanggung. Ini baru Izuan. Belum lagi saudara mereka yang lain.

"Yup! Next week , Wan. Dada aku berdebar kau tau tak? Kau fikir apa perasaan aku? Dalam umur 17 tahun dah kena tunang. Aku tak boleh terima semua ni sebab bukan aku yang nak. Bukan aku yang pilih. Tapi aku takde pilihan. Mama dengan papa aku dah tentukan. Aku tak dapat buat apa-apa sebab aku masih lagi di bawah tanggungan mereka. Aku ada terbaca info daripada ustaz dan ustazah yang mengatakan bahawa pilihan orang tua adalah yang terbaik untuk kita sebagai anak. Pilihan orang tua selalunya bahagia, tepat dan terbaik untuk diri aku. Jadi nak tak nak aku kena terima juga. Aku tak nak jadi macam Along. Aku nak gembirakan hati orang tua aku walaupun aku terpaksa berkorban." ucapan Farhan membuatkan Izuan terkedu.

Mereka berdua mendiamkan diri. Farhan menjenguk di tingkap di tepi katilnya untuk melihat pemandangan padang yang menghijau dan menyenangkan disamping fikirannya teringat akan apa yang berlaku pada Along serta keluarga. Izuan pula masih lagi memikirkan soal pertunangan Farhan.

"Han, sebelum aku tanya ni aku nak kau jawab dengan jujur." ungkapan Izuan membuatkan dahinya berkerut.

"Kau sebenarnya dah ada pilihan hati ke?" soalan yang diutarakan oleh Izuan membuatkan dirinya terperangkap.

Farhan membisu. Pandangan dilontar ke luar jendela.

"Atau kau masih teringatkan Nazatul?" pertanyaan Izuan membangkitkan rasa marah dalam hati Farhan. Bergelora rasa amarah itu menghimpit dada.

"Berapa kali aku nak cakap jangan sebut nama perempuan tu depan aku lagi? Aku dah tak nak dengar apa-apa pasal dia lagi. Pleaselah, Wan! Dia adalah masa silam aku. Orang yang aku tak nak ingat. Orang yang dah perbodohkan aku." tegas Farhan lalu bergerak pantas meninggalkan Izuan yang terpinga-pinga di dalam dorm ini.

"Kau takkan melenting macam ni kalau kau dah redha, Han..." keluh Izuan sendiri.

Ketua Pengawas Vs TunangWhere stories live. Discover now