KPVST 5

120K 5.8K 306
                                    

Phewiitt! Phewiittt!"

"Hai cik adik manis. Cun seh malam ni!"

"Fulamak! Tergoda siut aku! Memang malam ni ikan emas banyak! Meh la duduk sini dengan abang.."

Kedengaran suara-suara sumbang macam katak bila aku dan kawan-kawan melangkah masuk ke dalam Dewan Putera. Ikan emas? Kurang asam betul!

'Aisey , apesal la buat ceramah kat Dewan Putera? Kenapa tak kat asrama. Kan senang? Lepas tu sibuk panggil bebudak yang tak ada kena mengena dengan program.' gerutu hatiku.

"Huish! Sombongnya! Meh la sini duduk dengan abang yang gagah lagi hensem ala-ala Lee Min Ho ni wahai cik adik Humairah ku sayang..." kata seorang mamat.

Aku yang sedang berjalan terhenti langkah. Mata toleh ke kiri ke kanan mencari gerangan yang memanggil nama sedapku tadi. Saat itu, aku terlihat akan sekumpulan mamat perasan sedang tersenyum sumbing sambil mengisyaratkan aku duduk bersebelahan dengan dia.

"Erk? Duduk dengan kau? Kirim salam awal-awal la weh! Lagi satu, rupa kau tak macam Lee Min Ho pun. Muka macam mat gian pecah rumah je aku tengok." kutukku selamba membuahkan tawa teman-temanku.

Terkedu lelaki tu. Kawan-kawan mereka seakan mahu tertawa tapi dipertahan. Takut kena marah! Memang berani gila perempuan ni!

"Alaa..meh la. Jangan malu-malu." kata mamat tu lagi tak puas hati sambil menarik tanganku.

Aku tergamam bila dia tarik tangan aku. 'Ini dah melampau!!' geram hatiku.

"Woit lepas la! Kau apehal? Bukan mahram la weh! Lagipun aku tak suka nak ber'abang-abang' dengan kau! Lepaskan tangan aku! Lepas!" jeritku tinggi.

"Lepaskan dia la, Eriq!" Wana memegang tanganku. Cuba untuk memutuskan aksi tarik menarik antara kami.

Semua mata kini fokus pada kami dibelakang. Aksi tarik menarik telah melenyapkan suara yang ada dalam dewan. Aisyah, D dan Iman tidak membantu sebaliknya mengeluarkan anak tekak sahaja.

"Alaa sayang... tak payah la malu-malu. Kau bertuah tau dapat duduk dengan aku. Bukan calang-calang orang boleh duduk dengan aku. Kau tau tak, aku dah lama suka dekat kau sejak kau masuk ke sekolah ni. Marilah sayang... boleh kita bergurau senda, beramah mesra." ujarnya lagi sambil cuba menarik aku supaya duduk dengan dia. Muka miang jelas terpamer! Takde sivik punya orang!

Aku cuba bertahan semahunya. Wana tetap memegang tangan kananku namun dia tidak berjaya menarikku dari budak perasan itu.

"Euww! Bertuah la sangat duduk dengan kau! Lagi dapat bala adalah! Sekarang aku cakap lepaskan tangan aku sebelum aku tumbuk muka kau sampai takde gigi langsung! Atau kau nak aku tendang ' ehem-ehem ' kau? Hah?!' jeritku lagi tapi macam biasalah! Budak yang tak makan saman! Agak-agak polis pun fed-up dengan orang yang macam ni. Silap-silap boleh masuk hospital sakit jiwa!

"Apa yang 'ehem-ehem ' tu? Bagi tahu la abang.." ujar mamat tu lagi sambil tersenyum nakal. Makin gatal! Kawan-kawan lelaki itu juga menyeringai nakal siap bersiul.

"Kurang ajar! Kau lepaskan tangan aku Wana! Biar aku ajar mamat ni!" tangan sudah dikepal dan bila-bila masa saja boleh melayang ke muka senget campur perasan dia itu.

Jangan ingat aku tak berani! Aku ada tali pinggang buaya! Err... boleh guna ke? Lantaklah! Yang penting memang aku nak muka mamat ni senget. Kali ini nasihat abah dan mama sudah tidak kuendahkan. Wana sudah tercengang di belakang.

"Kau lepaskan dia sekarang!"
Kedengaran satu suara yang datang dari arah belakang. Hero datang menyelamatkan heroin! Semua orang pusing belakang. Aku yang mahu menumbuk muka mamat itu tadi terus terbantut. Aku ditarik Wana kembali kepada kawan-kawan di belakang. Pergelangan tangan aku usap deras. Dasar jantan tak guna! Kena cuci clorox tangan aku sebab kuman! Eeee geli! Tak suka!!! Mama, abah, Mai kena kacau!!!!

Sekumpulan mamat perasan tadi turut memanjangkan leher mencari gerangan yang memanggil.


Aku juga tercari-cari suara itu. Apabila aku pusing belakang dan..... erk? Dia? Aku melihat dia and the geng melangkah masuk ke dalam Dewan Putera. Gaya jalan macam dewan ni mak bapa dia punya. Selamba habis. Tenang. Khairul dan Syafiq pun ada sama? Putera? Hakim? Senang cerita bebudak kelas yang aku kenali turut bersama Farhan.

"Kau apehal sibuk? Buah hati dia? Suami? Huh?" bengang 'mamat pecah rumah' tu lalu berdiri bersama renungan tak puas hati.

"Kenapa kalau aku laki dia atau buah hati pengarang jantung dia? Kau ada masalah? Tak puas hati dengan aku, Hadzriq?" ucap mamat berlagak a.k.a ketua pengawas yang konon-konon hero. Farhan yang memakai baju Melayu berwarna hijau muda itu berpeluk tubuh. Pada itu, semua gadis terpesona dengan gayanya. Aku pun sedikit sebanyak tangkap lentok!

' Hesy! Lupakan Mai! Time ni la kau nak lentok-lentok!' desis hatiku. Tapi aku suka tengok baju dia. Maklumlah warna kegemaran aku. Heee....

"Kau tak payah nak bajet hero, Farhan! Kau ingat dengan pangkat yang kau pegang tu, kau boleh challenge aku? Boleh blah la weh! Kau jangan ingat bapa kau berpengaruh kat sekolah ni, kau boleh arah orang sana sini? Kau ingat kau boleh beli semua cikgu kat sini?" Lelaki yang dipanggil Tengku Hadrziq atau Eriq tetap tidak puas hati.

Aku kerut dahi. Rasa macam ada yang tak kena. Permusuhan kawan atau lawan? Pantas bibir didekatkan ke telinga Wana.

"Dorang merepek apa ni? Isu apa sekarang ni?" bisikku bingung. Wana mengisyaratkan supaya diam. Aku mencebik. Tangan masih kuurut perlahan. Saat itu mataku tertunak akan Khairul dan Syafiq, pengikut setia Farhan. Khairul yang terperasan dirinya direnung pantas berkalih pandang.

Aku mengangkat kening ala-ala Ziana Zain kepadanya. Khairul tersengih sambil membuat peace . Syafiq melambaikan tangan, gaya macam tak pernah jumpa! Putera dan Hakim bajet hensem dengan muka serius. Ingat hot la? Chait!

"Kalau bapa aku berpengaruh sekalipun apa masalahnya? Dan kenapa kau tak puas hati sangat dengan aku? Oh...aku tahu kau tak puas hati sebab apa. Pasal perebutan kuasa? Kau cemburu dengan jawatan yang aku miliki sebab tu kau buat perangai. Kau ingatkan? Kau sendiri yang cari pasal, kau huru harakan sekolah tahun lepas, kau hampir-hampir nak bakar makmal lama tu. Memang patut pun Cikgu Badri tak pilih kau. Agak-agak boleh terbakar kalau sekolah ni kau yang pegang. Cikgu pilih aku kerana dia yakin dengan kebolehan aku. Bukan dengan niat membakar makmal sekolah. Cikgu Badri kesian kat kau sebab tu kau terlepas. Kalau tak, memang kau akan dibuang jauh dari sekolah ni."
sinis Farhan lagi sambil tersenyum.

Mata aku terbeliak. Ba.. bakar makmal?? Biar betul?? Bahayanya mamat ni! Aku menelan liur. Rahang jatuh ke bawah.

Tengku Hadzriq sudah tidak terkata apa-apa. Bibirnya diketap kuat. Tangan dikepal erat. Menunggu masa untuk melayang kepada sesiapa saja. Wana bingkas menyuruhku agar menjauhkan diri. Rasa macam dia penyelamat dunia pulak! Huhu!

"Kau....!!!"

Namun kata-katanya terhenti bila penceramah sudah sampai. Terkocoh-kocoh pelajar mula mengambil tempat masing-masing. Aku dan kawan-kawan cepat-cepat duduk di kerusi bersama pelajar perempuan yang lain. Diriku diapit kanan kiri oleh rakan-rakan. Menjaga benar gayanya! Manakala Farhan and the geng duduk kat kerusi hadapan ruangan lelaki. Kenapalah aku tak duduk aje tadi kan senang? Tak payah nak menyibuk kat situ! Buang karan aje! Beberapa pelajar perempuan yang lain mencuri pandang namun aku buat tak peduli.

Tengku Hadzriq pun sudah duduk dengan geng-geng dia semula. Muka tak payah cakap la. Memang merah gila. Macam cili boh! Tapi si Farhan tu aku tengok selamba je. Cool habis! Semua pelajar mula memberikan perhatian kepada penceramah itu tadi.

"Oh ya... tadi tang dekat belakang tu ada apa ya? Nampak macam tengah bincangkan sesuatu. Mungkin boleh dikongsikan bersama saya." kata penceramah itu lagi seperti telah melihat apa yang berlaku.

Semua pelajar mendiamkan diri. Penceramah ni nampak ke sesi gaduh tadi? Aku mulai gelisah, bimbang nama naik. Tiba-tiba Farhan bangun dan menyatakan bahawa tidak ada apa-apa yang berlaku. Hanya perselisihan faham saja.

'Nasib baik pandai cover si Farhan ni! Kalau tak, habislah! Perlu ke aku berterima kasih padanya?' getus hati.

"Okey kalau tiada apa-apa boleh kita teruskan dengan program kita. Bismillahirrahmanirrahim..."



"WANA, betul ke si mamat keparat tu buat kerja macam tu?" soalku ketika kami sedang melingkar di atas katil. Selesai saja majlis, aku terus pulang ke asrama. Malas nak makan. Aku siap suruh Wana tolong tapaukan untuk aku. Wana yang melihat aku berjalan pulang seorang diri terus menyuruh Iman mengambil makanan untuk mereka. Iman pulak yang jadi mangsa. Kesian minah Kedah tu!

"Mamat keparat? Siapa tu?" Tanya Wana blur . Buku latihan Add Math di tangan terkulai.

Aku menepuk dahi. Alamak! Aku lupa. Aku seorang aje yang gelar dia macam tu.

"Budak yang berani pegang aku tadi la,"

Wana mengangguk mengerti. "Buat kerja yang macam mana?"

"Bakar makmal lama."

"Memang ada ura-ura yang mengatakan Hadzriq cuba membakar makmal namun berjaya dikesan oleh guru. Pantas betul mereka bertindak!" kata-kata Wana amat menggelikan hati.

"Oh Wana! Tolonglah jangan guna bahasa baku! Naik berbulu telinga aku tau tak?" ujarku lagi dengan perasaan geli geleman. Tangan pantas menekup telinga.
Wana ketawa besar.

"Woit, story apa meh ?" muncul Iman, D dan Aisyah dari luar.

"Korang ni cubalah masuk bagi salam dulu. Apa dah tak ingat macam mana nak beri salam? Meh sini aku ajarkan!" perliku sengaja.

Iman dan D tersengih. " Sorry..." Aisyah berlalu ke katilnya.
Aku dan Wana menggelengkan kepala. Apa nak jadilah budak-budak zaman sekarang ni?

"Korang cerita apa?" tanya Iman kembali setelah soalannya dicantas dengan perlian Humairah.

Aku mengisyaratkan Wana supaya bercerita. Dan Wana pun bercerita daripada A sampai H aje kerana Cikgu Namisah sudah membunyikan siren menandakan waktu untuk tidur. Pukul 11.30 malam!

"Wana, esok sambung daripada I sampai Z tau. Tadi tak habis."
Mengekek kami ketawa di dalam dorm tersebut. Baru aku ketahui tinggal di asrama sebenarnya best. Bibir tersenyum lagi sebelum memejamkan mata.

Ketua Pengawas Vs TunangWhere stories live. Discover now