KPVST 7

115K 6.2K 169
                                    

Gedangg!! Gedangg!!

"Kak Mai, turun makan! Jangan dok membuta je! Cepat!!" jerit Achik sambil mengetuk pintu bilik aku.

'Ni bukan ketuk. Ni nak bagi roboh aku punya pintu bilik!' rungutku sendiri.

"Yelah! Akak turun..." jawabku sambil menggeliatkan badan.

Aku melangkah lambat-lambat menuju ke bilik air untuk mencuci muka. Tadi sampai kat rumah pukul 5 sebab kami keluar agak lambat sedikit. Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kluang memakan masa yang agak lama. Kematu buntut aku dalam kereta tu. Lepas tu terus makan. Then , aku terus tidur. Laju juga mama bawa! Kepala kudongak ke atas melihat jam dinding yang tersedia. Mata yang tadi mengecil kian membulat.
8.40 malam??

Subhanallah! Aku tak solat asar?! Aduh.. lalu cepat-cepat aku mengambil air sembahyang. Waktu maghrib pun dah terlepas. Ya Allah, kenapa kat rumah aku jadi macam ni? Kalau kat aspuri ni kompem kena ceramah baik punya la! Macam mana boleh terlajak tidur ni.

Selepas aku qada' solat asar, solat maghrib dan menunaikan solat isyak, terus aku keluar dari bilik.

Kriukkk ! Kriukkk!

Ahh sudah! Cacing pun nak makan.

'Tunggu kejap ek cacing, aku pun lapar jugak. Sabar tau.' kataku sambil menggosok perut.

"Hah! Turun pun. Ingat nak tidur lama-lama dalam bilik tu. Kalau tak nak, cakap awal-awal! Tak menyusahkan orang nak pergi panggil.' terus Achik berkata dalam nada sinisnya.

Berdesing telinga aku dengar dia cakap macam tu. Pantas mata mencerun ke arah Achik yang sedang duduk bersantai di kerusi.

"Kau kenapa Achik? Apa salah aku kat kau sampai kau biadap sangat dengan aku? Huh? Apa yang tak puas hati?" suaraku dah mula meninggi. Baran gila dengan budak sekor ni! Kurang ajar! Apa yang dia tak puas hati entah.

"Hah.. dah-dah tak payah nak gaduh-gaduh lagi. Achik, makan! Jangan nak cari pasal. Heh! Ada aje yang tak kena bila berjumpa." Puan Husna mula membebel.

Aku lihat Achik mencebikkan bibir. Tak puas hati dengan mama la tu. Mama sebelahkan akak tau!

"Huish sedapnya, ma! My favourite tu! Sweet sour salty bitter walaahhhh la, mama! Marvellous !!" pujiku melambung sambil membuat gaya bangga dengan masakan Puan Husna.
Puan Husna menggelengkan kepala.

"Dah pergi panggil abah turun makan." ujar mama berlalu ke dapur. Ada sebab kenapa dia masak makanan kegemaran anaknya.

"Ai ai mom !" dan aku terus berlari naik ke atas untuk memanggil abah.

*

Ruang tamu kini senyap dan sunyi. Hanya bunyi kipas berpusing dan aircond yang terpasang. Masing-masing terdiam. Kata putus masih belum diberikan. Macam mana nak bagi kalau minta pun seperti memaksa. Achik dah hilang entah kemana. Main PSP la tu. Budak kecil tak dibenarkan masuk campur hal orang dewasa! Kalau budak tu ada, lagi menambah bahang yang memang dah sedia bahang.

"Mai dengarlah dulu. Jangan buat andaian yang bukan-bukan." pujuk mama.

"Apanya, ma? Mama nak suruh Mai bertunang masa Mai umur macam ni? Gila ke?" jeritku melepaskan amarah. Ya Allah berdosanya aku. Tapi aku tak tahan. Ingatkan cuti nak berehat.

"Mai, cuba bawak bertenang. Selawat banyak-banyak. Jangan jerit-jerit sayang." sambung Puan Husna lagi.

"Macam mana Mai tak bertenang, ma? Mama dengan abah buat keputusan tanpa fikirkan perasaan Mai. Entah sape-sape entah dia orang tu. Bukan Mai kenal. Lagipun Mai tengah sekolah mama, abah. Jangan buat Mai macam ni. Ma, please ma! Batalkan ma. Mai merayu ma.." rayu ku seikhlas hati. Boleh gila aku kalau macam ni. Bertunang time sekolah? No way! I don't want !!

"Mai, dia orang cuma datang untuk merisik aje. Belum buat apa-apa pun. Belum bagi kata putus lagi. Lagipun dia orang kawan baik abah masa kat kampung dulu. Uncle Umar la yang banyak tolong abah masa abah susah. Uncle Umar banyak berjasa pada keluarga kita." abah sepakat dengan mama nak memujuk aku. Dia masih belum punya kekuatan untuk memberitahu mengenai 'perkara' itu. Dia amat yakin jikalau perkara itu timbul, Humairah akan bertambah marah.

'Maafkan abah, Mai. Abah tipu Mai.' rintih sang ayah dalam atma.

"Abah, apa kena mengena uncle apa tadi? Uncle Umar? Haa... Uncle Umar dengan Mai? Abah yang berkawan dengan dia. Abah yang terhutang budi dengan dia. Apa kena mengena dengan Mai?" soalku tegas.

"Humairah, dia datang cuma..." kata-kata mama cepat aku pintas.

"Merisik. Ya. Mai faham perkataan tu. Tapi masalahnya Mai tak nak. Faham tak?!" kini suaraku yang paling kuat dalam rumah ini.
Bahang! Haih! Tanganku mula mengipas-ngipas! Huih, sekarang meja makan ni dah jadi zon merah! Zon panas!

"Mai, bertenang dulu sayang..."

"Tapi ma..." belum sempat aku menghabiskan ayat, abah dah potong.

"Tak apalah Mai. Kalau tu yang Mai nak, Mai buatlah apa yang Mai rasa bagus dan baik. Abah dengan mama dah tak larang lagi dah. Mai buatlah apa yang Mai suka. Kami nak yang terbaik buat Mai. Tapi kalau ni yang Mai balas, kami terimalah dengan redha. Nanti abah telefon supaya dia orang batalkan saja niat mereka tu." kata-kata abah menimbulkan suatu perasaan yang............sedih!

Ya sedih! Sejak belakangan ini, abah tampak gembira kerana aku memasuki sekolah berasrama. Aku mahu kegembiraan ini berterusan tapi aku tak nak masa remajaku habis dengan bertunang!

'Ya Allah, aku dah lukakan hati ibu bapaku ya Allah. Ampunilah dosa ku ya Allah. Tapi aku tak sanggup untuk korbankan dunia remajaku ini.' rintihku didalam hati.

15 minit telah berlalu namun masih tiada kata putus. Akhirnya aku mengalah demi mama dan abah.

Andai ini yang terbaik untuk diriku, aku terima walaupun berat bagiku untuk memikulnya. Otak pun dah tak larat nak fikir apa-apa. Jammed teruk! Sesak.

"Baiklah mama, abah. Mai setuju. Asalkan baik untuk mama dengan abah, baiklah untuk Mai. Mai minta diri. Assalamualaikum." lalu aku berlalu ke bilik dengan fikiran yang bercelaru.

'Betul ke apa yang aku buat ni?' tertanya-tanya ku sendirian.
Terdengar keluhan yang keluar dari mulutku. Nafas aku turun naik turun naik. Haih...ingat cuti ni boleh la relax kan kepala. Rupa-rupanya lagi menambahkan masalah! Keluhku lagi.

Aku terus berlalu masuk ke dalam bilik. Yang aku inginkan sekarang adalah ketenangan. Aku bergerak ke balkoni bilik. Bulan kelihatan di langit yang gelap. Cantik! Terasa angin menyapa tubuhku saat ini. Alangkah indahnya jikalau angin ini boleh menolak perkara tadi sejauh yang mungkin. Aku termenung sendirian menghadap keindahan malam ciptaan Ilahi.

"Macam mana, bang?" tanya mama kepada abah setelah kelibat anak mereka tiada di pandangan mata.
Encik Syakir mengeluh. "Sekurang-kurangnya dia terima." Tapi dengan terpaksa. Sambungnya dalam hati.
'Maafkan abah, Mai. Maafkan abah...' kesal hati kerana menipu anak sendiri.

"Tapi kita tak beritahu hal sebenar. Na risau kalau dia dapat tahu dari orang lain." Puan Husna cuba menyabarkan hatinya yang gundah.

"Nanti abang beritahu dia. Kita sama-sama beritahu dia hal ni. Tapi buat masa sekarang janganlah. Kalau dia tau, sure 'meletup' punyalah rumah ni..." keluh abah. Jari ligat memicit dahi. Memikirkan hal ini membuatkan kepalanya pening dan tak lama lagi botak terus kepalanya.

"Perjanjian ni tak sepatutnya ada, bang." Puan Husna mula berkata. Nada menyesal ditonjolkan.

"Waktu tu kita macam mana, Na? Na ingatkan? Abang terdesak. Dengan tuntuan kerja sebagai seorang anggota polis dan keluarga. Umar yang banyak bantu abang, bantu keluarga kita masa kat kampung dulu. Masa abang kekurangan duit, dia yang hulurkan bantuan. Dia dah banyak berjasa pada kita tapi abang tak sangka yang dia akan buat perjanjian ini semata-mata tak mahu budinya dibalas." Encik Syakir mengeluh sambil meraup mukanya. Menyesal! Takut apa dimahukan tak tercapai dan akhirnya persahabatan mereka terputus begitu saja.

Kerana tidak mahu jasanya dibalas, mereka sanggup memperjudikan nasib anak-anak yang masih kecil dan tak tahu apa-apa.
Puan Husna mendekatkan diri dengan suaminya. Lengan sang suami dielus lembut bagu menghilangkan kegusaran. Dia tahu suaminya dibayangi masa lalu.

"Kita sama-sama hadapinya, bang. Susah senang kita bersama." Itu janji dua pasangan ini.

Ketua Pengawas Vs TunangWhere stories live. Discover now