Prolog

38.8K 1K 104
                                    

"Aaaagh! Benci sekolah." Rungut seorang perempuan dengan muka monyok.

Di sebelahnya adalah seorang perempuan yang memakai blazer. Perempuan tersebut bersuara, "Benci-benci, siapa suruh datang lambat Ezact." Dia mencatat sesuatu di buku notanya yang kecil.

"Lynn, kita kan bestfriend. Jangan la catat nama aku." Pujuk Ezact.

"Sorry but it's my job sebagai pengawas. Peraturan tetap peraturan." Lynn menyimpan notanya dalam poket. Dia mendepakan tangannya ke arah tapak perhimpunan sekolah mereka. "Silakan ke tapak perhimpunan ye, baris depan sekali tau."

"Ala Lynn! Nanti cikgu cam muka aku huhuuuuuuuuuu."

"Tahu pun malu. Next time, bangun awal." Kata Lynn sambil mencubit lengan kawannya tu.

Sementara itu di tapak perhimpunan...

"Lambatnya Ezact ni." Ngomel seorang perempuan yang sedang menconteng buku notanya.

"Bukan Ezact kalau tak datang lambat, Zahra." Balas kawan Zahra sambil mengecat kukunya dengan pengilat kuku.

"Ana, yang kau awal-awal dah langar peraturan sekolah tu kenapa?" Tanya kawannya yang berkulit coklat manis itu.

Ana, perempuan yang memakai pengilat kuku balas, "Takpe Eve, boleh peel off." Dia menunjukkan kukunya lalu mengupas lapisan pengilat kukunya.

Tiba-tiba seseorang memukul kepalanya dengan buku nota.

"Ouch!" Ana mengusap kepalanya lalu memandang ke atas dari posisi duduknya. "Lili! Sakit tau tak."

Pengawas bernama Lili meletakkan tangannya di pinggul. "Ni la sebab kenapa aku takleh biar kau liar." Dia menuding buku notanya ke kuku Ana. "Basuh sekarang!"

Ana memuncung mulutnya. "Kau ni tak fun la..." Ana menyiku kawannya yang berada di kirinya. "Fa Ra teman gi tandas."

Fa Ra atau nama penuhnya Kim Fa Ra yang dari tadi sibuk bermain fon, mengangkat mukanya. "Tandas? Jom!"

"Ni lagi satu." Marah Lili dengan muka penuh berkerut. "First day sekolah dah buat hal."

"Alah bukan aku sorang je. Orang lain pun bawak jugak." Jawab Fa Ra.

"Masalahnya, kau berkawan dengan Bendahari pengawas. Lagipun kita senior, tunjuklah perangai baik-baik kat junior."

"Okaaaaaay okaayyyy." Fa Ra dan Ana bangun. "Kau better pergi kat Puan Shartini. Perhimpunan nak start dah tu." Fa Ra menunjuk ke arah seorang wanita India. Di kelilingnya ada tujuh lapan orang pengawas lain.

Sementara Ana dan Fa Ra ke tandas, perhimpunan pun bermula.

Apabila Lynn tiba di tapak perhimpunan bersama Ezact dan pelajar-pelajar yang datang lambat, kawannya yang lain melambai tangan.

Perhimpunan untuk hari pertama sesi persekolahan berlangsung seperti biasa. Ucapan selamat datang dari pengetua, kata-kata semangat dari cikgu yang bertugas dan lain-lain. Selesai perhimpunan, 'spot check' dilakukan sebelum mereka dibenarkan ke kelas masing-masing.

Lynn ke kelas 5PS1, Zahra ke kelas 5PS2, Ezact dan Ana ke kelas 5SS3, Eve ke kelas 5SA4, Lili ke kelas 5SKK5 dan Fa Ra ke kelas 5SL7.

PS bermaksud pure science, SS bermaksud sains sukan, SA bermaksud sains akaun, SKK bermaksud sains kejuruteraan komputer dan SL bermaksud seni lukis. Untuk kelas SKK, pelajar boleh pilih mahu sambung lukisan kejuruteraan atau komputer.

Kelas ke-enam dalam senarai ialah 5AP6, iaitu kelas akaun perniagaan.

Kedudukan kelas bukanlah berdasarkan kepandaian tetapi berdasarkan aliran. Girls masing-masing mempunyai cita-cita tersendiri yang berbeza, jadi nak tak nak mereka terpaksa berpisah kelas.

Kecuali Ezact dan Ana. Rezeki mereka berdua untuk belajar di kelas yang sama.

"Best ah kelas kau Fa Ra." Rungut Ezact. "Tak yah naik blok bertingkat macam gunung Everest."

Mereka bertujuh sedang berjalan ke kelas bersama, 4 orang di depan dan 3 orang di belakang dari tapak perhimpunan. Selalunya, blok sekolah akan diasingkan mengikut tingkatan jadi tidaklah mereka berjauhan sangat.

"Kau ni dari pagi tadi merungut je kerja." Kata Lynn.

"Entah. Over pulak tu kata macam gunung Everest." Tambah Lili.

Fa Ra ketawa. "Hehe padan muka korang!"

"Eleh kau!" Ana menolak siku Fa Ra. "Kau tengok ah aku jadi fit nanti naik turun tangga."

"Ugh kau suka la." Kata Eve. "Aku tak suka, buku berat."

"Tinggal la buku kau bawah meja macam aku." Balas Lynn.

"Kau tak sayang buku. Aku sayang sebab tu aku bawak balik. Lagipun takut hilang la." Kata Ezact.

"HAAAAAAAAAAAAA!" Zahra yang tadi diam tiba-tiba menjerit.

"Kau dah kenapa jerit kat telinga aku." Marah Lynn sambil mengusap-ngusap telinga kirinya.

"Oops sorry hihi." Zahra memeluk Lynn. "But this mademoiselle just remembered something important! Tadi Anis cerita kat aku, ada budak baru masuk!"

"...Okay?"

"Tu je reaksi kau Eve?!?" Ezact berhenti berjalan lalu memegang kedua-dua lengan Eve. "Kalau diaorang lelaki hensem macam mana?" Dia menggoncang badan Eve.

"Kan kan kan! Boleh jadi eye candy aku!" Lynn ikut goncang badan Eve.

"Aaaaaaaaa okay okay okay! Lepaskanlah aku!"

Lynn dan Ezact berhenti lalu melepaskan Eve sambil ketawa malu.

"Kalau gitu, aku cop paling hensem!" Ana mengangkat tangan kanannya.

"Aaaa manaci!" Kata Fa Ra.

"Korang ni gatal betul."

"Lili! Kau tak excited ke?" Tanya Lynn.

"Diaorang nak masuk, masuk la. Aku kisah apa." Jawab Lili.

"You're so boring~." Kata Ana sambil melihat cermin kecil di tangannya untuk membaiki tudungnya.

"Anis ada bagitau tak berapa orang?" Tanya Lynn.

Zahra menggeleng kepalanya. "Kelas pun aku tak tau yang mana diaorang masuk."

"Hahahahaha last-last diaorang masuk 5AP6!" Gelak Eve.

"Eh mane boleh! 5AP6 dah ada ramai orang la! Bagi la kat kelas aku." Kata Ezact.

"Kan! Kan!" Setuju Ana.

Tengok-tengok, mereka sudah tiba di blok tingkatan lima.

Fa Ra berhenti di depan pintu kelas. "Aku masuk dulu, jumpa kat kantin!"

Selepas melambai tangan, mereka berenam mula menaiki tangga.

Tingkat satu menempatkan dua kelas iaitu kelas Lili dan kelas 5AP6.

Mereka mengucapkan selamat tinggal kepada Lili lalu sambung menaiki tangga.

Tingkat dua pula menempatkan kelas Ezact, Ana dan Eve.

Sekali lagi, mereka mengucapkan selamat tinggal.

Tinggallah Lynn dan Zahra untuk ke tingkat tiga, tingkat terakhir sekalidi blok tingkatan lima. Sampai sahaja di tingkat tersebut, mereka berduaberpecah untuk ke kelas masing-masing.

7 Girls, 7 Boys (Completed)Where stories live. Discover now