Bab 12

14K 694 40
                                    

Fun facts tentang Lucas Amsyar:

• 11 Februari 2000
• Mix British-Melayu
• Anak tunggal
• Pandai mencuri hati orang, Pembersih, Sweet, Tidak pandai mengurus masa, Banyak makan

♡•♡•♡

Teeeeeeeeeeeet! Teeeeeeeeeeeet! Teeeeeeeeeeeet!

Fa Ra mematikan alarm telefonnya lalu melihat jam yang tertera di skrin. 6.20 pagi.

Dia duduk di atas katil King itu lalu memandang ke kanan, kemudian kiri. Dia menggoncang badan Eve dan Zahra. "Baaaaaaaanguuuuuuuuun Subuh!"

"BMW." Kata Zahra dengan perlahan.

"BMW? Aku bukan tanya kereta idaman kau. Aku kejutkan kau subuh la."

"Bukan tu. BMW, Belum Mandi Wajib." Ujar Zahra sebelum dia menarik selimut dan menyambung tidurnya itu.

"Aku bendera merah." Kata Eve dengan perlahan.

"Ish yelah, yelah." Fa Ra bangun dari katil lalu keluar ke bilik tidur girls yang lain untuk mengejutkan mereka Subuh. Selepas itu, dia menunaikan solat fardhu.

Dia menunggu Lili di ruang tamu sambil main fon. Selepas Lili sudah siap, mereka berdua keluar dan berjumpa dengan Lucas dan Aidan.

"Takleh awal lagi ke?" Sindir Lucas sebaik sahaja dia nampak Fa Ra dan Lili.

Fa Ra memuncungkan mulutnya. "Lambat sikit je. Lili yang lambat, bukan aku."

Aidan memandang Lili dengan muka tidak percaya. "Kau lambat? Biar betul..."

"Duduk sebilik dengan Ezact akan membuatkan kau bangun lambat. Aku rasa aura 'suka tidur' Ezact tu merebak ke aku."

"Ceh, alasan. Eve suka bangun lambat, takde pun aku terpengaruh."

"Apa ni Lili salahkan orang, ayok." Kata Lucas.

"Eh korang ni. Kita nak jogging, bukan nak kacau aku." Lili acah-acah merajuk.

Aidan tersenyum. "Yelah, yelah. Stretching dulu, baru jogging."

Selepas selesai memanaskan badan, mereka mula berjogging dari depan bilik mereka hingga ke pantai. Agak jauh juga kerana untuk ke pantai, mereka perlu melalui lobi yang tersangatlah jauh dari bilik mereka.

Apabila tiba di pantai, mereka mengambil keputusan untuk berehat selama 15 minit.

"Wah kalau boleh nampak sunrise, mesti cantik gila." Kata Lucas.

"Sunrise boleh tengok kat belah pantai timur je. Sini dapat tengok sunset je." Kata Fa Ra sambil menghulurkan botol mineral kepada Lili.

Lili mengangguk kepalanya lalu berkata, "Apa kata kita buat picnic dinner awal?" sebelum meneguk air.

"Nice idea tapi makanan bukan homemade la." Kata Aidan.

"Aww, baru nak rasa masakan kau, Fa Ra." Kata Lucas sambil memandang Fa Ra.

"Eeee dah kenapa kau? Boleh dikatan banyak kali kau rasa masakan aku, still nak jugak?"

"Of course la! Selain mak aku, makanan yang kau masak bapak sedap! Dah la aku jenis kuat makan, kalau makanan sedap memang bertambah tiga empat kali tau."

"Makan banyak tapi mana pergi makanan tu? Kau tetap nampak fit." Tanya Lili.

"Aku kan pelakon, nak tak nak kena jaga badan." Jelas Lucas.

"Eh tapi kau kan tolak tawaran kerja tahun ni untuk fokus SPM." Ujar Aidan.

"Tak bermakna aku tak perlu jaga badan. Aku kan senang tambah berat badan. Waktu kecik kan kau pernah nampak aku badan berisi."

7 Girls, 7 Boys (Completed)Where stories live. Discover now