Bab 8

15.7K 681 7
                                    

Fun fact tentang Farhan Ryan

• 27 Julai 2000
• Mix American-Melayu
• Anak tunggal
• Judge semua perempuan yang suka/minat akan dia dengan tidak baik, perangai santai je selepas mengenalinya dengan lebih lama, Protective, Mendengar kata orang yang dia percayai, Jujur

♡•♡•♡

"Helloooooo! Assalamualaikuuuuuummm!" Jerit seseorang sebalik pintu bilik Lynn dan Ana. "Korang dah siap ke belum?"

"Hish apa?!?" Marah Ana sambil memusingkan badannya ke kanan.

"Jawab salam aku dulu lah!"

Ana bangun terduduk, mukanya berkerut. "Waalaikumussalam. Dah kau nak apa? Sibuk kacau orang tidur."

"Hah, tidur?" Dentuman pintu mula menguat. "Woi, harini Isnin la!"

Terus Ana terjaga. Dia mencapai telefon. 6.42 pagi.

"Weyh Lynn!" Ana menggoncang badan Lynn.

"Mmm?"

"Bangun weyh! Dah lambat!"

Lynn terus terduduk. "Lambat?" Dia mencapai telefon dan melihat masa. 6.43 pagi.

Terus Lynn bangun, capai tuala dan bergegas ke bilik air. "Aku mandi dulu, kau make sure yang lain dah bangun!"

Ana cepat-cepat bangun lalu buka pintu bilik. Adam berada di pintu mereka, segak dalam uniform sekolah.

"Baru bangun?"

"Kau diam, jangan cakap dengan aku."

"Aik, apa salah aku?"

Ana meninggalkan Adam yang terpinga-pinga untuk ke bilik Eve, Fa Ra dan Zahra. Dia mengetuk pintu berkali-kali. "Bukak pintu cepat woi!"

"Aaaaah kejap!" Jerit seseorang disebalik pintu.

Apabila pintu dibuka, Zahra sedang memakai tudung sekolah. "Weyh kitaorang bangun lambat, asal tak kejut?!?"

"Aku ngan Lynn baru bangun gila! Kau orang la asal tak kejut? Adam pulak tu yang pergi kejutkan hwaaaaaaaaa!"

"Fa Ra dah siap, Eve tengah mandi." Zahra melihat ke belakang pada jam di dinding. 6.47 pagi. "Baik kau check Ezact dengan Lili. Entah-entah diaorang pun belum bangun."

Ana mengeluh tapi dibuatnya juga. Dia turun ke bawah untuk ke bilik Ezact dan Lili namun terhenti apabila nampak lampu dapur terbuka. Dia menjenguk kepalanya ke ruang dapur.

Jejaka sedang makan, samada roti, bijirin ataupun buah.

"Korang dah siap?!?"

"Uh yeah. Kau tak nampak ke kitaorang dah siap pakai baju lagi untuk pergi sekolah?" Kata Adam yang baru sahaja turun dari tingkat atas.

"Aku pelik jugak sebab patutnya kau, Eve dan aku siapkan breakfast tapi bila aku sampai dapur, ada aku seorang je." Kata Lucas lalu dia mengunyah roti kaya buatanya itu.

"KENAPA TAK KEJUT ATAU CALL AKU?!?" Marah Ana dengan kuat sebelum dia berlari ke arah bilik Ezact dan Lili. Sampai di bilik mereka, Ana mengetuk pintu sambil memulas tombol.

Pintu terbuka. Lili sudah siap dengan uniform pengawas sekolah... Cuma Ezact di mana?

"Ha bagus kau ada!" Lili mengheret Ana masuk ke dalam bilik dia dan Ezact. Dia menunjuk ke arah katil Ezact.

Di atasnya, terdapat Ezact yang sedang dibuai mimpi, badannya berselimutkan selimut tebal yang panas dan gebu.

"Kejutkan dia sementara aku makan please."

7 Girls, 7 Boys (Completed)Where stories live. Discover now