Bab 26

10.2K 548 9
                                    

~Edited on 18/2/2018~

"Aidan, kamu tak yah la datang sini dah. Sekolah tu lagi penting. Lagipun, cikgu boleh jaga Lili." Kata cikgu Zalikha.

Aidan sebenarnya sudah tidak datang sekolah hampir seminggu sebab nak jaga Lili. Dari pagi sampai lewat malam, dia jaga Lili.

Kenapa? Sebab rasa bersalah.

"Tak nak cikgu. Semua ni berlaku sebab saya. Kalau say-"

"Tak. Ni bukan salah awak. Ni dah takdir." Pujuk cikgu Zalikha.

"Tapi cikgu, kawan-kawan Lili gaduh besar haritu sebab Lili. Memang betul la cakap diaorang. Semua ni salah saya." Kata Aidan.

Cikgu Zalikha mengeluh sebelum dia tersenyum. "Macam ni lah. Kamu jaga dia sepuas-puasnya sebab cikgu nak pergi sekolah harini. Banyak kerja tertunda."

"Eh? Bukan dah lambat ke?" Tanya Aidan. Yelah. Sekarang pukul 9 lebih dah.

"Boleh je datang pukul brape asalkan sebelum kelas start. Cikgu ada kelas pukul 11 jadi still ada masa untuk pergi. Kene datang tepat waktu ada perhimpunan je." Selamba cikgu Zalikha cakap lalu dia bangun mencium pipi anaknya yang masih tidur.

"Jaga Lili elok-elok. Jangan buat apa-apa sudah." Aidan punya muka kemerahan apabila cikgu Zalikha kata begitu.

"T-tak! S-saya takkan amik kesempatan atas anak cikgu!" Kata Aidan sambil tergagap-gagap. Cikgu Zalikha hanya ketawa kecil melihat gelagat Aidan.

"Em yelah. Cikgu pergi dulu ye. Assalamualaikum." Cikgu Zalikha keluar dari bilik Lili.

Aidan membalas salam cikgu lalu memandang Lili. "Awak. Saya mintak maaf. Dah banyak kali saya mintak maaf. Plis tolong maafkan saya. Kalau saya tak lintas jalan mesti takkan jadi macam ni. Kalau saya tak bawak awak pergi kedai tu, mesti awak tak jumpa Syamil. Kalau saya tak luahkan perasaan saya mesti semua ni takkan jadi."

"Luahkan perasaan apa?"

Aidan bangun secara tiba-tiba. "Lili awak dengar apa yang saya cakap tadi?"

Lili yang Aidan ingatkan tidur, mengangguk. "Semua saya dengar. Saya rasa kan, awak tak bersalah pun. Sebab macam mama cakap, nie dah ketentuan Allah."

"Kalau awak dah cakap macam tu... mkay lah." Kata Aidan lalu dia duduk di sebelah katil Lili di mana sebuah kerusi disediakan.

"So... apa yang awak cakap pasal luahkan perasaan?" Tanya Lili.

"Tu... rahsia?" Kata Aidan tapi keluar sebagai soalan.

Lili memuncungkan mulutnya. "Herm. Tak payah la nak berahsia-rahsia."

Aidan mengeluh tapi senyum semula. "Sebelum awak accident, saya sebenarnya suka awak."

Lili terdiam mendengar explanation Aidan. "Sekarang ni awak suka saya lagi?"

'Soalan maut betul la' Fikir Aidan. "Suka?" Kata Aidan tapi keluar sebagai soalan.

"Mesti awak suka saya yang dulu. Kalau la saya boleh ingat." Kata Lili dengan sedih. Setitis air mata keluar daripada matanya.

Aidan mengelap air mata Lili menggunakan ibu jarinya. "Tak tak tak. Saya suka awak yang sekarang."

Lili pandang dengan muka pelik. "Awak suka saya yang dah hilang ingatan ni?"

"What I mean is, awak yang sekarang ni dah lupa semua salah silap saya. And now, I can make it up to you." Terang Aidan.

Lili meng'ooo'kan sahaja. "Kalau camtu... nak dukung! Nak gi dapur amik makanan tapi malas nak gerak."

"Biar saya yang amik. Satu hal plak la nak dukung awak sana sini." Baru sahaja Aidan hendak bangun, Lili menarik lengan bajunya.

"Tak boleh. Kalau tak, saya bagitau mama awak ambik kesem-" Tak sempat Lili nak habis cakap, Aidan menekup mulutnya.

"Yelah yelah. Kang tak pasal-pasal saya kene terajang ngan mama awak." Aidan mengalah.

"Yeay!"

Aidan mendukung Lili ke sana sini, mengikut arahan Lili. Naik turun tangga, lari sana sini.

'Kalau tiap-tiap hari macam ni pun tak de lah bosan mana.' Fikir Aidan sambil tersenyum.

♡•♡•♡

7 Girls, 7 Boys (Completed)Where stories live. Discover now