Bab 14

12.6K 607 9
                                    

Fun fact tentang Aidan Shah

• 30 Jun 2000
• Keturunan Jerman belah ayah
• Anak sulung daripada 3 adik beradik
• Baik, Lemah lembut dengan perempuan, Rendah diri, Dependable, Matang

Selepas bersarapan, mereka mengemas beg mereka dan check-out dari hotel. Sebelum mereka bertolak ke Shah Alam, Lynn berjumpa dengan Uncle Lim dan kembarnya untuk mengucapkan terima kasih dan selamat tinggal.

Dalam pukul 1 lebih, mereka sampai di Shah Alam, di mana mereka akan tidur di rumah Lynn. Well, rumah lama Lynn sebelum dia pindah ke Kuantan.

"Assalamualaikum!" Kata Lynn semasa kakinya mencecah lantai rumahnya. Lynn membuka lampu. "Nasib baik ayah datang sini sekali-sekala. Takdelah berhabuk sangat rumah ni." Dia menoleh ke belakang untuk melihat kawan-kawannya. "Sori ah rumah kecik, ni je aku mampu offer."

Rumah Lynn bukanlah banglo tetapi sebuah rumah teres berdekatan dengan sebuah tasik.

"Hmm tak kisah pun." "Asalkan ada katil, I'm not complaining."

"Betul. Lagipun, rumah kecik tapi penuh dengan orang lagi fun!" Kata Ana.

"You're thinking about your mom, right?" Tanya Zahra, tangannya memegang lengan Ana.

Ana mengangguk kepalanya sambil menayangkan muka sayu. "Haah. Aku kena stay dengan korang, abang aku kat U. Ayah aku pulak kadang-kadang kena outstation lama. Tinggal dia dengan bibik je la kat rumah tu dengan kucing-kucing."

Adam yang terdengar perbualan mereka mencelah. "Gi lah visit dia tiap-tiap minggu. Bukannya jauh pun rumah kita dengan rumah mak kau kan?"

Ana tersenyum nakal. "Amboi kau, 'rumah kita' ek?"

"Eh! M-maksud aku rumah yang k-kau, aku dengan yang l-lain duduk la!" Kata Adam cepat-cepat, pipinya mula merah.

Zach yang berada di tepinya ketawa. "Uish Adam, kenapa nak malu sangat tu? Memang la rumah kita, kau fikir apa ha?"

Sementara mereka berempat sibuk berborak, Lynn sudah mula memberi 'tour' rumahnya.

Rumah tersebut mempunyai empat bilik tidur dan tiga bilik air. Ryan, Is, Aidan dan Adam akan tidur di bilik ruang tamu bawah. Jejaka yang selebihnya di bilik tidur atas. Lynn, Evelyn, Lili dan Ana sebilik, Ezact, Zahra dan Fa Ra sebilik.

Separuh dari mereka ke bilik, mahu berehat dan mengemas beg mereka. Yang selebih lepak di ruang tamu.

"Koraaaaang! Jom keluar makan." Ajak Lynn selepas dia turun tangga. Dia baru sahaja selesai mandi.

"Haa tu la kau. Tadi masa on the way ke sini, dah singgah kedai, tak nak lunch." Kata Lili.

"Kenyang la tadi. Aku minum milo ais je lah."

"Kitaorang kenyang la." Kata Eve.

"Ala temanlah. Kita naik Grab. Tak berani la aku nak naik sorang-sorang." Pujuk Lynn.

"Nak aku temankan?" Tawar Ryan. "Aku bukannya ada benda nak buat pun."

"Eh? Um uh..."

"Ha baguslah tu ada orang sudi teman." Kata Fa Ra.

"T-tapi Fa Ra, kau pun tadi tak makan. Kau lah teman aku."

Fa Ra menggeleng kepalanya sambil bangun dari sofa. Dia berjalan ke arah tangga. "I have somewhere to go so I'm gonna bersiap-siap dulu. Bye-bye chingu-ya!"

"Huh?" Lynn menoleh kea rah Eve dan Lili. "Dia nak pergi mana?"

"Date dengan Lucas." Jawab Eve dengan selamba, matanya tidak berganjak dari telefonnya.

7 Girls, 7 Boys (Completed)Where stories live. Discover now