Bab 9

14.9K 657 15
                                    

Fun fact tentang Adam Romano:

• 1 Januari 2001
• Mix Italian-Melayu
• Anak terakhir daripada 2 adik beradik
• Ketawa paling kuat, Pendek, Perangai liar, Melulu apabila membuat sesuatu perkara/keputusan, Suka menyanyi

♡•♡•♡

"Mon dieu, lenguh badan aku!" Kata Zahra sambil mengurut-ngurut bahunya. "Zach tolong urut lengan aku!" Dia menghulurkan lengannya pada Zach.

Mereka baru siap melaksanakan denda mereka dan sedang ke kelas bersama-sama.

"Eleh baru sikit je. Dah penat... lembik." Bisik Zach namun dapat didengari oleh Zahra.

"What did you say?" Tanya Zahra sambil mengepal-negepal penumbuk.

"Okay, aku cau dulu!" Zach berlari menaiki tangga sambil menjerit, "Kalau aku tak kembali, tau-taulah ye siapa bunuh aku!"

"Hei, Zach!" Jerit Zahra sambil berlari mengikuti Zach dari belakang.

Selepas mereka semua ketawa melihat telatah Zahra dan Zach, mereka berborak sesama mereka.

"Macam mana korang boleh rapat? Perangai korang lain sangat." Tanya Ryan.

"Some of us kenal dari sekolah rendah." Lynn memandang ke arah Fa Ra dan Ana. "Diaorang berdua along with Zahra satu sekolah." Dia menunjuk ke arah Lili. "Lili and Zahra tiga pupu."

"Aku and Lynn kenal sebab ayah aku pernah kerja bawah atuk dia." Sampuk Ezact. "Evelyn dengan aku pulak kenal sebab tuisyen kat tempat yang sama."

"Pastu kitaorang jadi classmate sampai form 3. Dari situ kitaorang start rapat lah."

"Complicatednya." Sampuk Daniel. "Kitaorang kenal dari kecik. Parents kitaorang BFF, best friend forever ha gitu! So anak pun kena jadi BFF."

"Macam kena paksa kawan je." Kata Ezact.

"Kalau fikir gitu memang la. Tapi kitaorang tak rasa gitu sebab dari baby kitaorang kenal." Terang Ryan.

"Uwah, memang BFF since lahir." Lynn mengerutkan dahinya. "Aku langsung tak bercakap dah dengan kawan tadika and sekolah rendah."

"Sama. Aku tak suka diaorang."

"Aik? Dah tu kawan dengan kitaorang ni sukalah?" Tanya Daniel kepada Ezact.

"Dengan girls aku, yes. Dengan kau orang jantan, no."

"Eh perempuan ni... Aku pun tak nak la kawan dengan kau!"

"Nobody ask."

Kata-kata Ezact membuatkan Lynn dan Ryan ketawa manakala Daniel memuncungkan mulutnya.

Apabila sampai di kelas masing-masing, mereka mengucap selamat tinggal dan belajar.

°■°■°

Kring kring! Kring kring!

Loceng berbunyi menandakan waktu rehat.

Girls duduk bersama semasa rehat. Sedang mereka sibuk berborak, jejaka datang ke arah meja mereka.

"Nak duduk sekali boleh?" Tak sempat mendengar jawapan Girls, Adam sudah duduk di sebelah Ana.

"...oookay aku akan um duduk meja sebelah." Kata Lynn dengan penuh janggal. Tiba-tiba je Adam dan jejaka yang lain mahu berehat bersama. Lynn tidak biasa. Begitu juga dengan beberapa Girls yang lain.

"Aku pun!"

"Aku sekali!"

Ezact dan Lili mengikuti Lynn. Baru sahaja Lynn hendak sambung makan, Ryan duduk berhadapan dengannya. Daniel dan Aidan duduk di tepinya, di tempat kosong.

7 Girls, 7 Boys (Completed)Where stories live. Discover now