Bab 4

16.2K 712 4
                                    

Fun fact tentang Evelyn Julia:

• 23 Mac 2000
• Mix Syria-Melayu (Ayah Eve orang Syria)
• Anak sulung daripada 5 adik beradik
Tinggi, Pendiam, Cool, Nampak seperti malas mahu tahu tentang sesuatu hal namun dalam diam caring

"Ibu, serious la kena pergi?" Tanya Lynn untuk kali ke berapa entah. Kalau boleh, dia mahu rileks di rumah. Malas hendak keluar untuk makan malam. Katanya, membazir masanya untuk menonton anime.

"Muka ibu ni serious ke atau main-main?" Tanya ibu Lynn, Puan Yati sambil menunjukkan mukanya.

"...serious."

"Ha dahtu tunggu apa lagi? Gi bersiap."

"Oookaaaaaaay." Ngomel Lynn sebelum dia memasuki biliknya untuk bersiap-siap.

°■°■°

"Ibu!" Panggil Ana. Dia menunjukkan dua dress yang digantung pada hanger. "Mana satu ibu rasa sesuai untuk malam ni?"

Sejak balik sekolah, Ana sibuk menggeledah almarinya untuk mencari baju yang sesuai untuk dipakai malam nanti. Dan dia masih lagi belum tahu baju apa yang hendak dipakai.

Ameena menoleh ke arah Ana. "Dress kanan awak. Nampak sopan and sophisticated sikit."

"Beg pulak?"

"Ibu rasa beg kecik yang awak jarang pakai tu sesuai. Nampak elegant sikit.

"Okay thanks ibu!" Ana mencium pipi ibunya sebelum ke bilik untuk bersiap.

°■°■°

"Fasha tak boleh ikut!" Jerit Ezact.

"Nape tak boleh?! Bagitau mama! Mamaaaaaaa!" Jerit adik Ezact, Fasha yang berumur 12 tahun.

Mereka berdua berada di ruang tamu rumah, bergaduh tentang makan malam, malam ini.

"Mama! Jangan kasi Fasha ikut!"

"Tak boleh Ezact. Siapa nak jaga dia?" Tanya mama Ezact. "Kakak dengan abang awak dah balik kampus. Tinggal kita berempat je. Fasha pulak kecik lagi."

"Kecik apanya?!? Dia UPSR tahun ni ma!"

Mama Ezact tidak mengendahkan Ezact, menyebabkan dia mengadu ke papanya pulak.

"Pa, kita tinggal Fasha sorang-sorang kat rumah eh?"

"Papa pun nak je tinggal dia tapi... dah mama suruh dia ikut, ikut je la."

"Papa!"

"Nak tinggalkan dia kat rumah atok nenek awak, jauh pulak." Dia menepuk-nepuk bahu Ezact. "Kali ni jelah kasi dia ikut ye?"

"Argh, buat mood orang lagi down betul la!" Ezact nenaiki tangga lalu menghempas pintu biliknya.

°■°■°

"Nanti kat dinner tu ada Kak Ana tak?" Tanya adik Fa Ra, A Fik.

"Of course ada." Fa Ra menoleh ke arah adiknya. "Dah boleh keluar tak? Noona (누나) (kakak) nak bersiap ni."

Tinggal mahu pakai tudung sahaja, lepastu Fa Ra dah siap!

"Ala noona ni pun. Nak tanya soalan je."

"Adik pun ikut kan? Gi lah siap-siap tu. Kang omma (엄마) marah awak, noona tak tahu."

"Adik dah siap la, tengok!" A Fik memutarkan dirinya untuk menunjuk baju kemeja dan seluar jeans yang dipakainya.

"Amboi adik!" Fa Ra tersenyum. "Kau nak ngorat sape? Adik Ezact eh?"

Adik beradik Fa Ra, Ezact dan Eve satu sekolah. Hanya berlainan darjah je.

"Ma-mane ade!" Kate A Fik dengan tergagap-gagap lalu dia meninggalkan kakaknya yang sedang mencari pin tudung.

Fa Ra menggeleng kepalanya. "Cinta budak-budak."

°■°■°

"Ala maaaaaaaa, mana boleh tinggal Mad sorang-sorang je." Ngomel Lili.

"Ahmad tu dah besar, 15 tahun." Kata Puan Zana.

"Tapi ma! Waktu saya 15 tahun, mama tak pernah tinggalkan saya sorang-sorang. WA-JIB ade peneman." Lili menekan perkataan 'wajib'.

"Awok tu anak dara. Masa kakak-kakak awok umur awak, mama pon buat macam tu."

"Tapi ma-"

"Takde tapi-tapi." Sampuk Puan Zana. "Cepat siap-siap, rumah kita jauh dari hotel Zenith tu. Keluarga Zahra tumpang kita, jadi awok jangan buat-buat lambat."

Lili membuat muka 'duck face'. "Okay ma."

Takkan nak lawan cakap mamanya? Nanti dosa. Jadi Lili pun masuklah ke dalam biliknya untuk bersiap.

°■°■°

"Kak Ngaaaaah!" Zahra mengetuk pintu bilik air dengan kuat berkali-kali. "Orang nak mandi, dia sibuk nak mandi jugak."

Pintu bilik air terbuka, kak ngah Zahra keluar dari bilik air. "Sabar boleh tak? Orang pun ada hal."

"Jumpe boyfriend la tu..." Bisik Zahra. Dia baru sahaja nak masuk bilik air, apabila maknya menjerit.

"Zahra dah siap ke belum? Kita dah janji dengan cikgu Zana nak tumpang sekali!"

"Kejaaaap ma! Kak Ngah tu lama sangat dalam bilik air!" Jerit Zahra sebelum dia masuk lalu mengunci pintu bilik air.

°■°■°

"Haiqal! Meh sini." Panggil Eve. Dia menghulurkan segulung kertas. "Nah, senarai do's and don't."

Apabila Haiqal, adiknya yang akan menduduki PT3 tahun ini membuka gulungan kertas tersebut, ia jatuh berguling atas lantai.

"Banyaknya Evelyn!" Kata Haiqal dengan tidak percaya.

"Memangla, kau bukan boleh diharapkan. Hana baru 3 tahun, Hazeem dengan kak chik belum sekolah menengah lagi." Eve menunjuk ke arah Haiqal. "Jadi, kau kena bertanggungjawab."

Haiqal mula membaca beberapa do's and don't. "Jangan tinggalkan Hana... Ikut Hana ke mana saje dia pergi... Evelyn! Banyak sangat la!"

"Kau ni banyak merungut la, baca sampai habis dulu."

"Haduh..." Dia sambung membaca sehinggalah matanya berhenti di ayat yang terakhir sekali. "Kalau kau tak buat semua ni, aku bagitahu crush kau tentang perkara memalukan yang kau pernah buat." Muka Haiqal berkerut. "Kau mana tahu crush aku siapa.

Eve tersenyum sinis. "Nama dia Khairina kan?" Apabila dia nampak muka Haiqal mula memucat, dia sambung. "Aku ada nombor telefon dia. So kau better buat semua yang disuruh dan jangan buat benda yang dilarang."

"M-macam mana-"

"Kakak, jom!" Panggil ibu Eve.

"Kay bu!" Eve menepuk-nepuk bahu Haiqal. "Jaga adik elok-elok ye." Eve keluardari rumah, meninggalkan adiknya yang mulut terlopong luas.

7 Girls, 7 Boys (Completed)Where stories live. Discover now