8 | Meeting You

809 122 8
                                    

"Wae eomma panggil jihyo?"kata jihyo apabila menuruni tangga

"Duduk sini. Ada benda yang eomma nak cakap"pn erin menepuk nepuk tempat kosong di sebelahnya

Jihyo pun duduk di sebelah eommanya

"Keluarga jungkook akan sponsor segala persiapan untuk perkahwinan jihyo. Jihyo hanya ---"

Belum sempat pn erin menghabiskan ayatnya. Tn minho sudah memotong ayat isterinya

"Appa tak setuju walaupun kami rakan baik. Nampak macam kita nak mengikis duit diorang pulak"

"Tapi diorang yang nak. Apa salahnya kita terima je"pn erin terus membantah kata suaminya

"Jihyo setuju dengan appa. Jihyo tahu yang keluarga dia kaya tapi kita tak patut bergantung kat dia"

"Kalau awak dengan jihyo kata macam tu. Saya kena terima jelah. Esok jihyo pergi jumpa jungkook ye nak"

"Berdua je ke?"sejujurnya dia masih tidak mahu berjumpa bakal suaminya itu entah kenapa

"Sebenarnya ya tapi disebabkan appa kamu ni risaukan kamu terpaksalah kami semua pergi sekali"pn erin masih pelik akan perangai suaminya. Seolah olah tidak mempercayai jungkook

Budak zaman sekarang ni bukannya betul sangat. Saya tak sanggup nak perjudikan masa depan anak bongsu saya ni"

"Ni yang buat jihyo sayang sangat dekat appa. Sayang appa ketat ketat"

"Dua beranak ni macam macam. Waktu macam ni lah eomma rindu hye kyo"

Kalau jihyo lebih rapat dengan appanya. Hye kyo pulak lebih rapat dengan eommanya

"Unnie bukannya pergi lama. Seminggu je nanti minggu depan dia balik lah tu dengan suami tersayang dia tu"

×××××

Pada suatu pagi yang indah kelihatan seorang namja yang nyenyak tidur sambil tersenyum. Entah apa yang dimimpikannya sehingga menampakkan gigi depan miliknya tetapi keindahan pagi itu sudah hilang apabila berlaku sesuatu yang tidak diingini

Splash!

"Omma kau hijau"

"Berani kamu mengutuk halmeoni kamu sendiri. Jungkook pergi bersiap sekarang"marah pn yuyu. Dalam banyak perkara yang boleh jungkook melatah dia boleh pulak memilih untuk mengutuk halmeoninya hijau

"Pergi mana omma"kata jungkook sambil memisat misat matanya. Sungguh dia sangat mengantuk kerana perlu melayan Cherrie semalam

"Eh budak ni. Boleh lupa pulak. Harini kita akan pergi jumpa jihyo. Cepat sikit omma dengan appa tunggu dekat bawah"

"Omma dan appa pergi sekali ke? Kata jungkook je yang pergi"

"Tak jadi. Kamu berdua darah manis tak elok keluar berdua"

Jungkook mengerutkan dahinya. Tak dapatlah dia untuk berbuat jahat dekat jihyo sehingga jihyo membatalkan perkahwinan ini.

Jungkook bangun dari katilnya dan merasakan perbezaan pada pakaiannya

"Omma simbah kookie ke? Sampai hati omma 😭😭😭"

"Apasal lembab sangat otak anak aku pagi ni. Punyalah dari awal omma simbah baru sekarang kookie sedar. Tak payah buat drama. Sedrama omma pun, omma tak pernah berdrama pagi pagi ni. Dah cepat bersiap"

pn yuyu keluar dari bilik dan menghentak pintu dengan kuat

×××××

Jihyo pov

Aku memandang hotel di depan ku sekarang. Memang orang kaya betullah diorang ni. Nak jumpa pun kena dekat tempat grand macam ni

"Jihyo apa yang pandang-pandang tu. Jom masuk"

Aku dan keluarga ku masuk ke dalam hotel itu dan menuju ke restaurant di tingkat 3

Apabila sampai di restaurant itu terlihat seorang ahjumma melambai tangannya

"Erin, kat sini"

Kami terus pergi ke sana dan duduk di kerusi yang disediakan. Tempat duduk aku bertentangan dengan seorang namja. Jeling jeling kang aku cucuk mata tu baru tahu

"Wah ni first time aunty jumpa jihyo face-to-face. Nampak lagi lawa dari dari gambar"

"Gomawo aunty. Tapi saya ni takde lah lawa sangat pun. Biasa biasa je"

"Humble sungguh jihyo. Untung kita dapat bakal menantu macam ni. Jihyo nilah anak aunty. Jungkook"

Ah budak depan aku ni ke. Nampak sangat baru bangun tidur

"Awak, taik mata awak melekat"

Dia terus gelabah dan menarik taik mata tu. Eomma dan appa memberikan renungan kepada ku. Well aku tak buat salah okey. Aku cuma nak tolong je

"Sorry pasal perangai anak i ni. Dia bukan jenis yang pandai pendam"

Jihyo bukannya buat salah. Tak perlulah eomma nak rasa bersalah sampai nak minta maaf  ̄︿ ̄  ̄︿ ̄

"Takpe. Lagi bagus macam tu daripada mengutuk belakang-belakang"kata ahjumma yuyu sambil tersenyum

Beberapa jenis makanan dihidangkan kepada kami dengan hiasan yang sangat cantik. Tapi ni yang buat aku marah ni. Apasal saiz makanan ni kecik sangat. Makan sepuluh kali pun tak tentu kenyang

"Jihyo makanlah. Tak perlu malu-malu"kata ahjushi il woo membuatkan aku tersengih

Makan jelah. Balik nanti carilah lagi makanan

"Aunty dah cari butik untuk korang try baju. Kebetulan butik tu milik kawan aunty punya. Nanti jihyo pergilah dengan jungkook"

"Er aunty sebenarnya jihyo agak sibuk sejak kebelakangan ni. Aunty tahu kan kerja jihyo ni macam mana"

"Jungkook pun busy jugak omma. Nampaknya tak dapatlah kiteorang pergi sama sama"

"Apa yang buat jungkook busy? Setahu appa takde pulak"

"Ala pasal tender syarikat tu lah appa"

Ahjushi il woo hanya mengangguk sahaja

"Takpelah kalau pergi asing-asing yang penting pergi tau"

"Baik aunty"

SKIP

"Terima kasih atas jemputan ni il woo"

"Apa salahnya. Sekali sekala kita jumpa apatah lagi sekarang ni hampir nak berbesan"

"Betul jugak tu. Kami balik dulu"

Yeay tak sabar nak balik. Bolehlah makan lagi

Aku pun dengan lajunya berjalan sehinggalah ada jembalang yang memegang tangan aku. Aku terus menoleh

"Boleh bagi nombor telefon?"soal jungkook

"Sure. 0123456787"sengaja aku bercakap laju supaya dia tak dapat menangkapnya

"Okay? Bye" aku terus meninggalkannya sebelum dia sempat berkata-kata

End pov

Jungkook dengan cepatnya menulis

"012345678. Arggh lepas 8 ni apa ye" gayanya seperti orang meroyan

"Wait. Nombor dia kan 012345678 yang last tu mesti nombor 9. Akhirnya aku dapat nombor kau. Kau tunggulah aku akan menghantui hidup kau 👿"

TBC

Saya masih baru dalam membuat cerita. Segala vote dan comment amat dihargai 😄😄😄 and sorry sbb kalini agak panjang

Miserable LoveМесто, где живут истории. Откройте их для себя