9 | It's A Beautiful Day?

800 115 12
                                    

Seorang yeoja yang berada di tepi tingkap memakai baju kahwin dan terserlah kecantikannya tapi sayang tiada senyuman di mukanya

"Cantik kau harini cuma kena senyum sikit baru nampak macam pengantin"

Satu keluhan keluar dari mulut jihyo.
Bomi yang risau pergi ke arah jihyo

"Kau risau pasal suami kau ke?"

"Belum kahwin lagi jangan panggil dia suami aku"jihyo masih memandang kearah tingkap

"Okay. Bakal suami kau buat hal ke?" soal bomi

"Aniya. Tapi pasal dia. Wedding unnie dia tak datang. Dia asik pindah rumah je sebab nak larikan dari kiteorang. Perlu ke dia marah pasal benda tu lagi. Aku rindukan dia" tangisan mula keluar dari matanya

"Aku tak tahu nak kata apa pasal hal ni tapi aku nak kau tahu yang dia mesti rindukan kau jugak cuma dia kecewa. Kau kena faham dia jugak" kata bomi memujuk jihyo

"Betul cakap kau. Aku patut fahami dia dan bukannya pentingkan diri aku" jihyo mengelap air mata di mukanya

"Macam nilah chingu aku"bomi tersenyum kerana dapat memujuk jihyo

Seorang yeoja masuk ke dalam bilik jihyo menyebabkan jihyo terkejut dan bomi sehingga mengangakan mulutnya tanda terkejut yang amat

"Yunha"jerit bomi dan jihyo

Mereka berpelukan dengan gembira. Sudah lama rasanya tidak bertemu dengan kawannya itu

"Aku tak sangka kau akan datang. Ingatkan dah lupakan kiteorang sejak dah kahwin"kata jihyo

"Taklah. Chingu aku kahwin mestilah aku datang"

"Wei lainlah kau sekarang nampak lagi kurus"kata bomi yang pelik melihat perubahan yunha. Nampak kurus dan pucat

"Aku diet sikit sebab nak jaga badan. Biasalah takut suami lari"

"Yeke"

Bomi sepertinya tak percaya dengan jawapan yunha. Yunha bukannya jenis yang sanggup berdiet pasal lelaki

"Betullah. Kau ni tak percaya pulak. Kenapa make up jihyo berterabur. Are you okay jihyo? "tanya yunha

"Tak ada apa apa. Bomi tolong panggilkan aunty Jen untuk betulkan make up aku"

"Okay. Tunggu jap ye yunha aku pergi cari aunty Jen"bomi keluar dari bilik utk mencari aunty jen merangkap mak andam untuk wedding jihyo

×××××

"Bomi"

Bomi yang baru duduk melilau mencari pemilik suara itu

"Eh senior jimin . Kita jumpa lagi"

"Janganlah panggil senior kita kan dah tinggalkan zaman universiti. Panggil je apa apa yang penting bukan senior. Bomi sihat? "

"Sihat"

"Taknak kenal kan aku dekat yeoja ni ke"kata taehyung yang terasa dirinya dipalaukan

"Bomi ni kawan saya"

"Hai saya taehyung. Panggil je Tae" taehyung menghulurkan tangannya dan menyalam mesra bomi

"Yoon bomi. Panggil bomi"

Jimin yang melihat situasi itu terus merentap tangan taehyung yang memegang tangan bomi"tak baik pegang tangan anak dara orang. Kau ingatkan ni USA"

Taehyung menjeling kearah jimin. Takut sangat orang mengorat crush dia

"Jimin banyak cakap pasal awak"kata taehyung memulakan perbualan

"Pasal apa je?"soal bomi curious

"Bomi ni junior yang baik sangat sampai mencuri ---"

Belum sempat taehyung menghabiskan ayatnya. Kakinya sudah kesakitan dipijak jimin

"Ah"

"Kenapa awak jerit?"soal bomi pelik. Takde ribut hujan tetiba jerit

"Taehyung ni memang tak betul sikit. Jangan dilayan sangat"

"Oh. Jimin awak saudara pihak lelaki" soal bomi. Perkahwinan jihyo hanya dihadiri kaum keluarga dan sahabat handai je

"Tak. Kawan saya yang kahwin. Bomi pulak?"

"Samalah kawan saya yang kahwin. Kiranya kawan saya yang kahwin dengan kawan awak"

"Adakah ini jodoh"kata jimin perlahan

"Apa yang awak kata tadi?"soal bomi

"Tu pengantin dah masuk"

Semua mengalihkan perhatian kepada pengantin yang baru masuk termasuklah bomi yang curious tadi

Jihyo dipimpin appanya mula berjalan sehingga appanya menyerahkan jihyo kepada jungkook dan mereka menghadap paderi untuk memulakan acara

"Jeon jungkook adakah awak sangup menjadi suami kepada song jihyo tanpa mengira susah dan senang? "

Jungkook seperti teragak-agak untuk menjawabnya

"Ye"

"Song jihyo adakah awak sangup menjadi isteri kepada jeon jungkook tanpa mengira susah dan senang?"

"Ye"

"Saya isytiharkan awak berdua suami isteri dan awak boleh mencium pasangan awak"

Jihyo dan jungkook pun mula merapatkan bibir mereka dan bercium namun mengundang pelik kepada tetamu yang hadir. Ciuman itu terlihat agresif dan nampaknya jungkook yang terlalu agresif

"Lamanya diorang bercium. Kalau nak buat passion kiss kat bilik sudahlah"

Kata-kata taehyung membuatkan bomi dan jimin memandangnya

"Apa? Aku cakap betullah"

Akhirnya mereka berhenti cium tapi sesuatu yang pelik berlaku lagi. Sesuatu mula keluar dari bibir jihyo

"Darah?"

TBC

Miserable LoveWhere stories live. Discover now