14 | Marriage Like Drama

741 114 22
                                    

"Jeon jungkook buka pintu. Jangan sampai aku hancurkan pintu ni"

Bunyi 'krek' menunjukkan jungkook membuka pintu miliknya setelah beberapa kali mendengar ugutan jihyo

"Huwaaa. Bisinglah kau ni"kata jungkook dan sempat menguap

"Kalau kau tak kunci takdelah aku memekak kat pintu. Phone pun kau matikan. Sengaja nak cari pasal"

"Aku nak lindungi diri aku. Mana tahu kau menyelinap tengah malam. Kang hilang keterunaan aku"

Jihyo malas melayan jungkook. Ada saja benda merepek keluar dari mulut puaka jungkook. Kalau dilayan tak pasal-pasal anak orang terluka

"Apa benda ni?"

"Ni peraturan rumah. Kalau tak puas hati boleh angkat kaki dari sini. Lagipun ni benda-benda biasa yang kau kena buat bila kat rumah orang"kata jihyo selamba.

Kalau jungkook tak sudi nak layan dia baik-baik dia seribu kali taknak buat baik kat jungkook
______________________________________   Peraturan Bersama                                 

1. Kebersihan bilik adalah tanggungjawab masing-masing
2. Cuci pinggan selepas digunakan
3. Barang sendiri handle sendiri
_____________________________________

"Kalau macam tu apa function kau jadi isteri aku kalau semua aku kena buat sendiri" kata jungkook selamba

"Habistu omma kau kahwin dengan appa kau untuk buat semua benda ni je?  Takkan"

"Okay aku terima tapi aku pun nak kau terima syarat aku"

"Hello ni rumah aku sedap hati kau je nak letak syarat"

Sehelai kertas diletakkan di depan jihyo

"Memang kuat drama betul kau ni. Aku malas nak layan orang macam kau"

Surat perjanjian itu dibiarkan begitu. Jungkook menghentikan jihyo dari pergi

"That not fair. Aku terima semua peraturan tapi kau tak setuju aku punya sendiri

"Kau cintakan aku?"

Jihyo ketawa dengan soalan jungkook

"No"

"That great. Pastikan kau sematkan dalam otak kau yang aku takkan pernah cintakan kau. Kau akan sangat terseksa sebab aku takkan cintakan kau sampai bila-bila"

"Aku bukannya yeoja yang cepat cair. Aku harap kau berpegang dengan janji kau. Jangan jilat balik benda yang kau dah ludah"

Jihyo masuk ke bilik lalu menutup pintu dengan kuat

"Seramnya yeoja ni cakap pasal jilat ludah bagai. Apa-apa pun step pertama dalam menjadi suami yang kejam dah berjalan. Good job jungkook"kata jungkook memberi pujian kepada diri sendiri

×××××

"Sekarang dah pukul 10.20 pagi. Kita akan rehat selama 20 minit sebelum sambung berlatih"

Semua bersebaran untuk makan dan ada sebahagian bermain

Bomi duduk dihadapan jimin. Entah apa yang difikirkan oleh jimin sampai dia minta bomi untuk mengajarnya taekwando padahal kelas yang dibuat oleh bomi hanyalah untuk budak yang berumur 12 tahun kebawah

"Senior jimin saya dah terangkan yang saya tak boleh mengajar senior. Harap senior boleh faham"

"Kan saya dah kata haritu jangan panggil saya senior. Kalau nak sopan panggil je oppa lagipun saya lagi tua dari awak. Saya tahu tapi tak boleh ke saya perhatikan awak mengajar budak-budak tu"

"Kalau oppa dah kata macam tu saya okay je"

Jimin pov

Bahagianya aku bila bomi panggil aku oppa. Rasa diawang-awangan

Belum sempat aku berkata-kata datang seorang budak comel yang menarik tangan bomi. Tapi aku lagi comel sebenarnya ↖(^▽^)↗

"Wae jihoon?"

"Noona, seowo pengsan. Cepatlah noona"

"Apa? Okay noona pergi sekarang" kata bomi lalu mengikut jihoon

Bomi berlari sepenuh tenaga ke arah Seowo yang terdampar di lantai

"Macam mana boleh jadi macam ni?" soal bomi lalu mengangkat seowo

"Kami tak tahu unnie. Tiba-tiba je dia jatuh kiteorang ingatkan dia main main rupanya dia pengsan"jawab seorang budak lain

"Oppa bawak kereta kan? Boleh pinjamkan kereta? Kecemasan sangat ni"soal bomi kepada aku

"Biar oppa yang bawakkan. Bomi duduk je kat seat belakang"kata aku memberi usul. Atleast bolehlah aku berdua-duaan dengan bomi. Okay budak yang pengsan tu tak dikira ye

"Takkan nak tinggalkan diorang semua kat sini tanpa pengawasan orang dewasa. Oppa tolong tengokkan diorang lagi sejam parents diorang akan amik"

Belum sempat aku nak cakap apa-apa bomi dah bersuara

"Korang semua duduk sini dengan jimin oppa sampai parent datang ye"

"Baik unnie/nuna"serentak mereka berkata. Wau macam coir

"Oppa, nak kunci kereta"kata bomi mendukung seowo lalu tangannya dihulurkan

"Nah. Hati-hati di jalan raya"

"Jangan risau bomi akan jaga kereta oppa dengan sebaiknya"kata bomi lalu hilang dari pandangan aku

Oppa bukan risaukan kereta tapi bomi

"Hyung jom kita main"kata budak itu lalu menarik-narik tangan aku

Budak ni suka betul tarik tangan orang. Tadi bukan main sedih lagi sekarang boleh pulak nak ajak aku main

"Jihoon tak sedih ke kawan jihoon tu pengsan?"

"Memanglah sedih tapi hidup kena diteruskan. Cepatlah jimin hyung"

Cool betul budak ni

"Jihoon main jelah dengan kawan jihoon yang lain. Hyung penatlah"

"Mana boleh, hyung kena main dengan kiteorang jugak. Semua serang jimin hyung"semua budak mendengar cakap jihoon dan melompat keatas badan aku secara beramai-ramai

Sesiapa tolong selamatkan aku

End pov

TBC

Sorry for another part yang hambar (ಥ_ಥ)

Miserable LoveWhere stories live. Discover now