11 | Trouble Come

722 107 7
                                    

Jam loceng membuatkan jihyo terbangun dari lenanya. Sesekali terdengar keluhan dari mulutnya

"Haish nampaknya tak lama lagi menjanda lah aku"

Selepas memberikan kata negatif kepada dirinya. Jihyo mula mandi dan bersiap ke tempat kerja. Hye kyo yang melihat jihyo turun dari tangga terus menariknya ke dapur

"Unnie wae?"

"Suami jihyo datang tapi eomma macam marah jadi dia tengah pujuk eomma"

"Oh. Unnie, jihyo lapar"

"Makanan ada tu kat luar"hye kyo menunjukkan ruang dimana semua orang berkumpul

"Jihyo nak pergi mana?"soal hye kyo apabila melihat jihyo berpakaian kemas

"Kerja. Dah nak dekat final exam jadi jihyo tak sampai hati nak tinggalkan student hyo. Lagipun tak ada apa yang hyo boleh buat kat sini. Jihyo makan kat kampus jelah"

Hye kyo tersenyum"Bukan sebab merajuk dengan jungkook?"

"Takde sebab jihyo nak merajuk dengan dia. Takpe lah jihyo pergi dulu"

Tingkah laku jihyo membuatkan hye kyo pelik.

"Jihyo taknak jumpa jungkook sebelum pergi kerja?"

"Balik nanti pun boleh jumpa. Biarlah dia hadap eomma dan appa dulu"

"Jihyo nak jongki oppa hantarkan? Unnie boleh panggilkan sebab kereta jihyo kan tersekat dengan kereta lain"

"Eh tak payah. Jihyo naik teksi je"kata jihyo lalu keluar rumah melalui pintu belakang

Selepas sahaja jihyo pergi, dia pergi ke depan untuk melihat situasi sekarang

"Eomma sudahlah tu. Jungkook kan dah minta maaf"pujuk jongki

"Erin, apa lagi yang awak tak puas hati tu. Kesian jungkook"pujuk tn minho pula

Manakala jungkook masih berlutut dengan kepalanya ditundukkan

"Baiklah. Tapi eomma nak jungkook janji yang jungkook takkan buat perkara tu lagi kat jihyo. Sayang dia macam kami semua sayangkan dia"

Jungkook terus memandang pn erin "Jungkook janji eomma. Isteri jungkook mana?"

"Jihyo dah pergi kerja"balas hye kyo selaku satu-satunya tahu tentang hal itu

"Haih. Bukan patutnya dia cuti?"tn minho sudah menggeleng kepala dengan perangai anak bongsunya itu

"Dia kata dia tak sampai hati tinggalkan student dia. Biasalah jihyo memang macam tu sikit"

"Eh kenapa dengan muka jungkook?" soal tn minho apabila melihat muka jungkook yang lebam sedikit

"Terkena bucu tangga masa turun tangga"

"Oh. Jungkook berehat dulu kat bilik jihyo. Bilik jihyo yang paling hujung tu"

"Baik"jungkook terus menuju ke bilik jihyo dan terus menghempaskan badannya di katil jihyo

Jungkook pov

Penat badan aku berlatih apa nak cakap dengan dia. Sekali dia boleh sedap je pergi kerja

Aduh sakit belakang aku. Macam manalah orang boleh kahwin lebih dari satu. Penat betul handle mak mertua

End pov

Akhirnya jungkook tertidur 😴😴😴 selepas membebel

××××××

"Gomawo ahjjushi"kata jihyo sebelum keluar dari teksi dan masuk ke rumah

"Jihyo dah balik"

"Balik pun anak bertuah. Baru kahwin semalam dah pergi kerja"soal eommanya secara tiba membuatkan jihyo terkejut

"Ala eomma harini je. Esok lusa jihyo kat rumah"

"Ada saja yang dijawabnya. Tu jungkook ada kat atas. Eomma tak tahulah dia tak turun sebab tidur atau malu. Pergi tengok dia"

"Okay eomma"

Jihyo meletakkan beg kerja dan handbag miliknya di meja. Wajah jungkook dipandang secara sekilas pandang

"Jangan harap nak aku bangunkan 😛😛😛"kata jihyo lalu keluar dari biliknya

°°°°°

Cahaya terik membuatkan jungkook terbangun. Nampaknya cahaya kalini menyilau . Mata jungkook perlahan lahan terbuka sehinggalah dia nampak sumber cahaya yang membuatkan mata jungkook silau

"Kau dah gila ke halakan torchlight dekat mata aku"kata jungkook lalu terus duduk

"Kau yang buat aku gila kat sini. Dah 30 minit aku bangunkan kau tapi masih nak tunjuk degil. Kau ni tidur macam orang mati. Selamat aku tak kebumikan kau terus"

"Dah malam ke?"tanya jungkook apabila melihat suasana seperti malam hari

"Dah pukul 7 malam. Kenapa dengan muka kau ni? Ada orang tumbuk kau ke?"soal jihyo apabila melihat wajah suaminya

Wajah jungkook yang mengantuk terus berubah menjadi garang. Jungkook menolak jihyo sehingga terkena dinding dan memegang kuat kedua-dua tangan jihyo

"Kau pasti nak tahu?"soal yang dijawab dengan soalan

"Mestilah"

"Semua sebab kau"kata jungkook dengan muka geram

"😮😮"

TBC

Segala typo harap dimaafkan. Thanks kepada semua yang sudi read, vote or comment 😘😘

Miserable LoveWhere stories live. Discover now