29 | Something Will Happen

596 92 22
                                    

Jungkook menggeleng kepalanya

"Haih apa yang merasuk aku semalam?"

[Flashback]

"Song jihyo"

"Bwo?"

"Apa hubungan kau dengan namja tu

"Hal tu lagi? Aku dah kata takde apa-apa. Kiteorang hanya rakan sekerja"

Kedua-dua tangan tangan jihyo dipegang erat

"Jujur jelah. Susah sangat ke nak jujur?"

"Yah!  Kau ingatkan aku macam kau. Kuat menipu. Kaki melekat dengan girlfriends yang gedik tu"

Pegangan tangan dilepaskan. Ha sah sentap

"Eh jangan cuba nak babitkan aku pulak. Aku tak bersalah"

"Lantak kaulah"

"Yeoja, aku belum habis cakap"

Jungkook mengejar jihyo yang cuba masuk ke bilik tanpa dia sedar dia terlanggar pintu bilik jihyo. Hidungnya berdarah

"Hidung aku"ucapnya sebelum dia pengsan sebab terkejut dengan darah

[End flashback]

"Yo boss"

"Emmm... "

"Siapa namja yang boss nak saya siasat latar belakang tu?"

"Bila masa aku suruh?"soal jungkook

"Semalam. Boss siap berdrama call saya"

"Sah kau yang berhalusinasi dahlah kau amik duit ni. Pergi sembuhkan penyakit kau"

Sejumlah wang diletakkan di meja lalu dia pergi dari situ

"Aku pulak dia kata halusinasi. Nasib kau boss kalau tak ada yang kena tetak dengan aku"

×××

"Kau dah okay dengan husband kau? Dia macam marah sangat" soal jongsuk yang kebetulan terserempak dengan jihyo

"Biasalah dia memang macam tu tapi bila aku explain dia dapat terima dengan hati terbuka"balas jihyo

Sebenarnya jihyo juga tidak faham dengan perangai jungkook yang berubah secara tiba-tiba. Selama ni dia tak pernah marah atau menunjukkan ketidakpuasan hatinya apabila jihyo dengan namja. Baru semalam dia berubah. Perangai tak betul mengalah yeoja yang datang bulan

"Lega aku. Kalau tak aku rasa serba salah. Tak cukup dengan salah faham tu boleh pulak kita diumumkan queen and king untuk annual dinner tu"

Jika jongsuk imbas kembali waktu itu dia hanya nampak muka cemberut jungkook sepanjang annual dinner itu. Langsung tiada senyuman diwajahnya

"Takde apapun. Mr husband dah sejuk hati"

×××

Blood Tear Club

Dua namja hanya memerhati keadaan sekeliling. Langsung tiada niat dihati untuk buat sesuatu yang selalunya dilakukan oleh mereka

"Kenapa kau senyap je harini jungkook? Selalunya mata tu merayap"

"Aku takde mood. Aku rasa dicurangi"

Beer di tangan jungkook diteguk

"Kau hyung? Kata orang kau pun sama"

"Sakit hati.. Bila dah perkosa aku, tinggalkan aku terkontang-kanting"

Jimin terus meminum coke selepas pengakuan itu manakala jungkook sudah menyemburkan segala air yang diminumnya

"Hyung, siapa yang buat kau macam ni? Hyung 😭😭😭"

Jungkook sudah mula dengan dramanya. Dia terus memeluk jimin kononnya untuk mengurangkan kesedihan jimin

"Jangan risau hyung kalau kau mengandung aku akan jaga kau 😭😭" Air mata palsunya keluar seperti sungai

Pang!

"Nak berdrama tu agak-agaklah. Menyampah tau. Bukan perkosa macam yang kau fikir tu tapi hati akulah"

"La hati ke? Hyung tu yang cakap tak betul. Bomi reject hyung ke?"soal jungkook

"Dia tak reject aku cuma tulah. Macam mana kau tahu aku syok bomi? Rasanya aku tak pernah bagitahu kau"

"Well aku ni pro. Dari mata dan perangai gedik hyung pun aku boleh detect. Sini aku bagi nasihat macam mana supaya bomi berada dalam pelukan hyung"

"Tak payahlah jungkook. Aku nak jadikan dia isteri aku bukan untuk dijadikan tempat bila aku bosan macam kau tu"

"Aik jimin hyung pun perli aku 😞😞"bisik dirinya

×××

Ting! Tong!

"Jungkook tolong bukakan pintu. Aku tengah sibuk ni"jerit jihyo dari dapur

Namun kelibat jungkook langsung tidak kelihatan

"Tak boleh diharap punya buaya"

Terpaksa jihyo menangguhkan kerjanya. Dia membuka apron lalu membuka pintu

"Omma?"

"Hai menantu kesayangan omma"

"Yeoja, siapa datang?"soal jungkook. Mulutnya yang menguap tanda baru bangun dari tidur

"Jeon jungkook"

Mata jungkook terus terbeliak. Hanya seorang manusia je yang mempunyai suara ganas seperti itu

"Buat apa datang sini omma?"

"Saja. Tak boleh ke?"

"Bukan tak boleh tapi bagitahulah dulu"

"Omma terima aduan tentang kamu. Wahai anak yang degil"

"Ah sudah"

TBC

Miserable LoveWhere stories live. Discover now