43 | Heartbreaking

346 57 4
                                    

Jungkook membuka pintu rumah dengan perlahan. Matanya sibuk scan di ruang tamu.. Nampaknya jihyo tiada di kawasan itu. Dia bergerak perlahan ke dapur dan melihat jihyo sedang membasuh mukanya dengan air bersih. Jungkook tersengih-sengih. Entah kenapa dia bersemangat selepas mendengar kata motivasi dari yunha

"Teka siapa ni?"soal jungkook sambil tangannya menutup mata jihyo

"Buaya tembaga"jihyo menarik tangan jungkook dari matanya

"Jangan nak buat benda pelik-pelik. Aku baru cuci muka"

Jungkook menarik lembut tangan jihyo

"Kalau aku cakap yang aku dah mula sayangkan kau.. Kau percaya tak?"

Jihyo tersenyum kecil

"Aku pun sama jungkook"

"Betul ke?"soal jungkook tak percaya. Maknanya dia dan jihyo sangat serasi

"Mestilah tak..Aku takkan terpedaya dengan buaya yang macam kau ni. Baru balik dah buat drama"perli jihyo. Dia terus masuk ke biliknya

"Kenapa kau tak percayakan aku jihyo?"keluh jungkook selepas jihyo masuk ke biliknya

"If her heart is not tired waiting for you"

"Atau kau dah bosan menunggu?"

××××

"Ryuji, saya tak percaya yeoja macam dia akan buat segalanya untuk jungkook. Dia nampak baik"jujur jihyo susah untuk percaya yang ryuji katakan itu. Dia sangkakan ryuji ingin berjumpa dengannya untuk bercakap benda penting rupanya dia datang hanya untuk memberi amaran tentang caramel, salah seorang girlfriend jungkook

"Don't judge book by it's cover jihyo. Eventhough awak tak percaya atleast ambil langkah berjaga-jaga"

Ryuji memandang jihyo

"Cinta boleh merubah orang...Ingat tu jihyo"katanya lagi memberi nasihat kepada jihyo. Dia nampak sendiri benda itu berlaku dihadapannya. Bila jungkook berubah 100% apabila dia meninggalkan jungkook. Berubah menjadi playboy

"Cinta dia tak pernah merubah saya dan saya yakin ianya sama untuk yeoja tu"yakin jihyo

"Ryuji...Buat apa kat sini?"soal jongsuk terkejut. Apa yang yeoja itu buat di cafeteria kolej tempat dia bekerja

"Kau kenal dengan ryuji?"soal jihyo kepada jongsuk

"Dia adik ipar aku"

"Dunia ni kecil betul"kata jihyo

Ex girlfriend jungkook menjadi kawannya dan merupakan adik ipar kepada rakan sekerjanya

"Ryuji singgah kejap je..Nak nasihatkan colleague oppa ni"

××××

Jungkook menyemburkan minyak wanginya ke baju yang dipakainya. Jungkook merancamg nak buat suprise dekat jihyo. Dia ingin melamarnya sekali lagi  untuk menjadi isterinya yang 'sebenar' dan bukannya hanya didepan keluarganya.

"Mesti jihyo terkejut"kata jungkook perlahan. Dia sudah membayangkan riaksi jihyo apabila dilamar didepan kawannya bomi

Kereta dihidupkan. Bunga dan cincin perkahwinan mereka diletakkan di tepi tempat duduk pemandu

Skip

Jungkook perlahan-lahan menaiki tangga di tempat jihyo dan bomi berjumpa. Namun tapak kakinya berhenti melangkah bila dia mendengar suara jihyo

"Aku dah ambil keputusan...Aku akan minta cerai lepas pergi honeymoon"

"Why so suddenly?"

"Jungkook janji nak bincang pasal masa depan kiteorang"

Jungkook terus pergi dari situ. Dia tak sanggup dengar apa lagi yang keluar dari mulut jihyo

"Bukan kau kata yang kau akan kekalkan perkahwinan ni?"

"Aku penat ada dalam hubungan yang penuh dengan ketidakpastian.. Mungkin dia bukan jodoh aku"balas jihyo sambil memandang bomi. Dia menghamburkan tawanya

"Kau percaya ke? Aku gurau je"

"😒😒"

TBC

Sorry for the late update and typo 😂😂

Miserable LoveWhere stories live. Discover now