39 | You Make Me Changes

339 65 8
                                    

"Betul ke semua ni boss?"tanya secretary jungkook. Dia masih was-was dengan apa yang dia dengar

"Ye betul. Saya nak awak hantar  bunga kepada semua senarai yang saya bagi tu"katanya dengan penuh berkarisma

"Termasuk ucapan pada kad?"soal secretary itu lagi. Bukannya dia lembab sampai tak faham apa yang boss dia kata, cuma dia mahukan kepastian

"Nae. Uruskan secepatkan mungkin. Saya taknak ada yang kacau saya lagi"

Entah kenapa sekarang dia tak mahu yeoja-yeoja menggedik dengannya. Hatinya tak rasa bahagia seperti biasa

"Okay boss. Ada benda lain yang saya kena buat?"

"Takde. Awak boleh keluar sekarang yeji"

Yeji keluar dari bilik majikannya dan memandang kad ucapan ditangannya

"Hebatlah puan jeon boleh buat encik jeon berubah sampai macam ni"

××××

Jimin mengangakan mulutnya dan menghembuskan nafasnya di cermin. Dia membuat tanda love dan menulis J ♡ B

"Saranghaeyo"kata jimin

"Nado"bomi membalas. Walaupun jimin tak dengar tapi pergerakan mulutnya bomi menunjukkan segalanya

Dia terus masuk ke cafe itu. Tak sabar bertemu dengan jantung hatinya

"Eh jihyo pun ada. Saya tak perasan pulak"jimin menggaru-garu kepalanya

Macam mana nak nampak kalau mata tu hanya pandang seseorang saja

"Saya ada je kat sini. Teman bomi tunggu boyfriend dia"

Jimin tersengih-sengih. Jihyo pun dah tahu ke yang dia dah couple dengan bomi

"Saya pergi dulu. Boyfriend bomi kan dah sampai kan..."

Langkah diaturkan meninggalkan pasangan itu. Bomi pun dah bahagia dengan jimin

××××

"Boleh tak aku nak cakap something?"

"Cakap apa?"

"Berapa lama kau dan jungkook nak stay dengan hubungan ni? Hanya suami isteri depan family. Kau berhak dapat yang lebih baik"

"Kau nak aku bercerai dengan jungkook. Tu ke maksud kau?"

Potongan kecil kek di sudu di masukkan ke mulutnya sambil menunggu jawapan dari bomi

"Maksud aku..Kau kan dah jumpa yoongi oppa jadi----"

"Tu tak ubah apa-apa pun"

"Lambat kau pergi club ke harini?"soal jihyo. Dia duduk bersebelahan dengan jungkook

"Aku tak pergi pun club merepek tu. Aku nak duduk rumah. Dah lama tak tengok televisyen"

"Buaya...Berapa lama kau nak kekalkan perkahwinan ni?"

"Kenapa tiba-tiba tanya pasal tu?"
Soalan jihyo tidak dijawab sebaliknya dia menanyakan soalan kepada jihyo

"Aku nak tahu apa akan jadi pada masa depan aku"

Jungkook menutup perlahan matanya seketika.

"Nampaknya dia dah mula fikirkan hidup dia dengan suga hyung"kata hati jungkook

"Kita keluar makan malam dekat luar. Bersiap cepat jihyo.. Now"

Jihyo mula blur dengan kata-kata jungkook

"Jap.. Bagi aku sepuluh minit"jihyo terus masuk ke biliknya untuk bersiap

"Sejak bila aku jadi macam ni? Larikan diri dari soalan yeoja?"

××××

"Aku benci perempuan perampas tu. Aku datang dalam hidup jungkook sebelum dia datang"pekik caramel. Hatinya betul-betul sakit sekarang

"Jangan salahkan aku kalau apa-apa jadi kat kau tapi salahkan diri kau yang tak guna tu. Sekarang ni kau boleh miliki dia buat sementara and lepastu aku akan pastikan dia akan jadi milik aku selamanya"

Dia tersenyum jahat

"Jungkook"

Dimata caramel, dia nampak jungkook tersenyum didepannya. Dia cuba mengejar bayangan itu sehingga dia terjatuh dari tingkap

TBC

Miserable LoveWhere stories live. Discover now