JAGA DIRIMU, SAYANGKU - Bab 1

73 2 0
                                    

A

KU baru balik dari asrama dan langsung ke bilik. Bilik yang dikongsi dengan alongku, Nur Batrisya dan namaku pula ialah Nur Balqis. Setelah meletakkan beg sandang, aku berpaling memandang along yang seperti tidak sedarkan kewujudanku. Dia duduk termenung di meja belajar. Di hadapannya terbuka computer riba dan skrin yang terpapar adalah halaman mukabuku ataupun lebih dikenali sebagai Facebook.

Birai matanya sedikit basah tanda dia baru sahaja lepas menangis. 'Kenapa ya?' persoalan itu tercetus di mindaku. Along yang biasanya kelihatan tabah dan ceria, menitiskan air mata? Siapa yang tega menumpahkan airmatanya itu? Aku menghampiri along dan menepuk perlahan bahunya.

"Eh, adik? Baru sampai?" Along tersedar dan terus menyapaku.

"Kau kenapa, long?" Aku tidak sabar-sabar terus sahaja bertanya.

"Tak ada apa-apalah, dik!" Along berdolah-dalih.

"Aku tahulah... kau nangis, kan? Kenapa? Ada orang buli kau ke? Beritahu aku... biar aku pangkah dia dengan tangan aku ni." Aku mengepal-ngepalkan penumbukku.

Along ketawa kecil sambil mengesat air matanya.

"Along tahu la adik belajar taekwondo, tapi takkanlah sampai nak memangkah orang. Tak baik tau. Tak ada yang membuli, along. Along ni saja yang mudah berkecil hati." Itu yang keluar dari mulut Along.

"Kau kan memang macam tu yek? Along kecil hati dengan siapa? Dia lagi?" Aku menyoal. Memang tak puas hati dengan jawap yang along beri tadi.

Along mengangguk

Huh, dia lagi! Budak itu memang hendak kena dengan aku. Dia tidak tahu ke, along ini budak baik? Aku ni barulah budak yang nakal dan bermasalah. Sentiasa mengikut kata hati. Hati pula sentiasa mengikut kepala batuku. Akulah Balqis si kepala batu. Kenapa budak itu tidak mengecilkan hatiku saja? Tak berani? Kalau dia betul-betul berani, marilah ke sini. Berdepan dengan aku. Nescaya penampar buaya akan aku berikan. Tendangan harimau akan aku terjahkan. Hentakan burung unta akan aku sikukan. Mulutku bergerak-gerak tanpa suara mengomel kecil.

"Kau tulis status di FB lagi ke, along?"

Along menganggukkan kepalanya.

"Bacalah." Along menghulurkankomputer ribanya.

Sememangnya dari dulu lagi along tidak pernah berahsia denganku. Perlahan-lahan aku mengambil gajet di tangan along. Halaman mukabukunya aku tatap dan membaca status yang baru ditulisnya tadi.

'Bicara ini bicara sedih. Luahan ini luahan duka. Helaian yang kuselak dan intai lagi menambah sedih dan dukaku. Ya Allah, kenapa aku begitu? Tidak redakah aku? Hakikat yang bertahun berlalu adakalanya mengetuk, menghentak hati dan jiwaku. Sebenarnya aku hanya inginkan kepastian. Kepastian tentang sesuatu. Jangan biarkan rasa ingin tahuku ini ku bawa ke Sana. Setidaknya ceritakan tentang hakikat sebenarnya walaupun kebenarannya tidak memihak kepadaku. Ya Allah, bukakanlah pintu hatinya untuk berbicara walaupun sedikit. Walau hanya cerita duka. Aku terima seadanya hakikat itu. Aku hanya mahu kepastian! Susahkah menyatakan kepastian itu?'

Aku berpaling dan memandang along. Dia hanya menunduk. Kesian along. Menyukai seseorang tetapi dalam diam. Menyintai seseorang tetapi dalam kelam. Sampai bilakah perkara ini akan berlaku? Aku mahu menolongnya tetapi aku tidak tahu apa-apa pasal cinta. Bukan sahaja cinta betul-betul atau cinta monyet sekali pun. Cinta kura-kura atau kupu-kupu puna aku tidak pernah. Tidak pernah dan tidak ada lagi seorang lelaki pun yang mampu membuatkan hatiku bergetaran. Bukan sahaja getaran seperti gitar dipetik, getaran seperti gong dipalu pun aku tidak pernah merasakannya.

"Kau tengok lagi gambar dia, long?"

"Ya..."

"Jangan tengoklah."

"Tapi Along teringin melihat wajahnya."

Aku menarik nafas panjang-panjang dan menghembuskannya kasar. Hatiku sakit. Teramat sakit! Agaknya begitulah sakitnya hati along. Jiwaku kacau. Agaknya begitulah jiwa Along, Kacau dan punah. Apalah dayaku untuk menolong Along. Adakah perlu aku mencari budak itu. Membawanya dengan cara baik-baik atau mengheretnya dengan kasar? Temukan dia dengan along dan sekaligus bertanyakan tentang perasaannya terhadap along?

Along merenungku dan tersenyum dengan senyuman paling manis.

"Adik along ni fikirkan apa?" Along mula bertanya.

Aku menggeleng. Takkanlah aku nak ceritakan apa yang ada dalam fikiran jahat aku ini? Tentu along tidak akan benarkan tindakan aku.

"Kenapa along rasa along tahu apa yang adik fikirkan? Adik nak heret dia ke sini?"

Aku mula menggaru kepala dan akhirnya tersengih sahaja. Ah, along ni! Dia pandai saja meneka hati dan fikiranku.

"Long... kau kan... memang pembaca fikiran ye? Psikik ye?" Aku mula mengarut dengan soalan sebegitu bagi menutup kesalahan fikiran jahat aku sebentar tadi.

Along ketawa sahaja mendengar karutan aku dan seperti biasa aku turut ketawa . malahan bunyi tawaku lebih kuat lagi daripada along sendiri. Itu tidak penting sebenarnya. Yang paling penting, aku telah berjaya membuatkan along ketawa walau kutahu dalam hatinya, ia bersulam duka.

#pemula - sebuah luahan rasa

NAMA YANG DISIMPAN DALAM HATIWhere stories live. Discover now