DI SETIAP JANJI SI DIA - Bab 5:2

25 0 0
                                    

"Siapa tu?" Aku memberanikan diri bertanya. Namun rasa gentar tu usah dikata.

Kaki seakan bergoyah namun tetap kutahan. Aku harus kuat untuk hadapi 'musuh' yang entah siapa sekarang.

"Putri?" Dia membalas pertanyaan dengan pertanyaan.

Aku yang sudah cemas tadinya sedikit lega. Dada kuurut perlahan. Dia rupanya.

"Abang Izam?" Aku pula menyoal.

"Laa... abang pun putri tak kenal ke?" Abang Izam tersengih menampakkan giginya yang tersusun rapi. Wajah kacaknya jelas kelihatan ceria. Putri memang panggilan aku daripada Abang Izam sejak dahulu lagi.

Perlahan aku menuruni anak tangga yang menghubungkan ruang atas rumah dengan dapur. Meja makan kuhampiri. Abang Izam kelihatan tercongok di situ sambil memandang aku. Senyumannya nampak leret hingga ke telinga. Aku membalas senyuman dengan senyuman seikhlasnya serta terus duduk berhadapan Abang Izam.

Dan nampaknya Abang Izam sudah meletakkan pinggan makan di atas meja. Tanpa disuruh, aku tolong menyedukkan nasi ke pinggan Abang Izam. Seketul ayam goreng berempah turut aku letakkan di dalam pinggan Abang Izam. Lauk-lauk yang ada Abang Izam sendiri yang mengambilnya. Itu memang biasa dia sendiri yang lakukan.

Aku diam dan hanya memerhatikan Abang Izam makan. Kelihatan dia sungguh berselera sekali. Sesekali ada senyuman dari rekahan bibirnya. Matanya juga kelihatan tersenyum seperti tuannya.

"Putri tak makan sekali?" Abang Izam bertanya. Dia memandang tepat ke mataku.

"Iman dah makan tadi dengan Makcik Suraya dan abah." Jujur aku memberitahu.

Wajah aku tundukkan. Segan menyapa diri. Abang Izam suka sangat merenungku begitu. Aku kurang selesa sebenarnya. Terasa seakan Abang Izam sedang menelanku hidup-hidup.

"Makanlah sekali lagi. Temankan abang. Dah lama abang tak makan sama-sama dengan Putri." Abang Izam bagaikan memujukku. Masih mempamerkan semyuman bergulanya.

Emm... Abang Izam memang punyai senyuman yang cantik. Bak kata satu novel yang pernah aku baca, 'Mr. Killer Smile, Kau Membunuhku Perlahan.' Senyuman Abang Izam memang boleh membunuh mana-mana gadis sekali pun. Harap bukan aku yang terbunuh kerananya. Tidak sanggup rasanya terbunuh kerana seorang Izam.

"Tapi Putri dah makan tadi." Aku memberitahu kebenaran.

Sebetulnya aku sedikit berat hati dengan permintaan Abang Izam. Aku tidak mahu dia berterusan merenungku apabila aku sedang makan.

"Please Putri. Temankan abang makan..."

"Nanti gemuklah Putri, makan banyak. Putri dahlah tak cantik." Aku berdalih lagi.

"Tapi Putri cantik seadanya dan tak apa kalau Putri gemuk pun. Abang tetap sayangkan Putri macam biasa. Sayang sampai bila-bila. Sayang sampai syurga"

Abang Izam mula menaburkan kata-kata manis. Sebetulnya Abang Izam memang pakar dalam membentuk ayat.

Aku akur. Tidak mahu berlama mendengar kata-kata manis daripada Abang Izam. Sebetulnya aku lebih tidak selesa bila Abang Izam mula bermulut manis. Walau aku tahu kata-katanya ikhlas dari hati.

Aku bangun dan menuju ke rak pinggan lalu mengambil sebiji lagi pinggan dan menyeduk nasi setelah duduk. Hanya setengah senduk sahaja nasi yang dapat aku letakkan ke dalam pinggan. Hanya sebagai syarat. Mana larat aku hendak makan banyak-banyak.

Terlupa, aku kenalkan... Abang Izam. Dia anak kepada Makcik Suraya. Tua cuma 2-3 tahun sahaja dari aku. Baik orangnya. Kerjayanya juga elok. Jarang balik ke kampung dan kalau dia balik pun, kebiasaannya dia akan tidur di rumah sebelah. Rumah peninggalan arwah ayahnya dengan Makcik Suraya. Tetapi sering datang ke rumah abah apabila makan ataupun jika dia mahu bertemu dengan ibunya.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Apr 21, 2019 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

NAMA YANG DISIMPAN DALAM HATIWhere stories live. Discover now