JAGA DIRIMU, SAYANGKU - Teaser 2

39 1 0
                                    

"CANTIK Risya hari ni..."

Tegur Aniq saat aku menutup pintu kereta.

"Cantik ye?" Aku bertanya semula. Entah kenapa mukaku terasa merah dan hangat. Malu!

"Iya, cantik! Tapi lebih cantik kalau Risya pakai pakaian yang lebih sopan dan tertutup." Bersahaja Aniq menegur dalam kelembutan.

Muka merah aku kerana malu bila dikatakan cantik tadi, makin merah. Namun kali ini kerana 'tersentap'. Tidak cukup cantikkah baju aku hari ini? Tidak sopan lagikah?

Aku mula berpusing-pusing menilik diri sendiri. Skirt labuh kembang payung yang aku pakai berkibar-kibar. Cantik! Dan tetap ada kesopanan tersendiri. Aniq ingat senang agaknya untuk seorang aku memakai skrit labuh dan kembang payung semacam ini? Dan blause tanpa lengan yang menampakkan lengan mulus aku?

Aniq tergelak. "Masih lagi cantik walau sudah semacam bendera Malaysia yang pakai baju nampak ketiak dan berkibar-kibar dengan megahnya."

Aku? Nak menangis atau meraung sekarang? Atau menghamburkan kemarahan terhadap dia? Namun akhirnya aku hanya berikan jelingan marah kepada Aniq. Tak sampai hati melihat senyuman lebarnya yang nampak terlalu kacak. Kacak? Puhhh... janganlah dia boleh dengar suara hatiku ini.

#dia... memang lelaki tak berguna rupanya..

NAMA YANG DISIMPAN DALAM HATIDonde viven las historias. Descúbrelo ahora