JAGA DIRIMU, SAYANGKU - Bab 3

35 1 0
                                    

"A

LONG! Bangun, long!" Aku menggerakkan tubuh along.

Perlahan-lahan along membuka matanya. Dia tersenyum dalam kepayahan. Senyuman yang sentiasa manis pada pandangan mataku.

"Adik dah habis exam?"

Aku mengangguk bagi menjawab pertanyaan along. Aku seakan tidak kuat bersuara. Ah, suara! Kenapa kau begitu?

"Adik... along dah dapat penderma." Along memberitahu riang. Senyuman paling lebar dilemparkan.

Aku sudah tercengang. Berita ini terlalu tiba-tiba. Along dah ada penderma? Bila? Siapa? Sesuai ke? Hanya itu yang bermain di dalam kepalaku saat ini.

Tapi...

"Dulu... aku nak beri kau tak nak, long. Orang lain beri, kau nak pula." Aku meluahkan rasa tidak puas hatiku. Dan sebetulnya aku terasa hati. Mataku bergenang dengan air yang bakal tumpah bila-bila. Kenapa aku sangat terasa hati?

Along tersenyum dan langsung dia ketawa kecil. Aku sudah tidak jadi mahu menangis tetapi kutarik muncungku panjang-panjang. Biar aku jadi itik yang hodoh. Biarlah. Along makin kuat ketawa. Buruk sangatkah rupa aku ketika ini? Biarlah. Biarlah buruk asalkan along ketawa. Ketawalah puas-puas along, aku suka melihat keceriaan di wajah along. Aku suka memandang keriangan yang terpancar dari along. Along, aku sangat sayangkan along.

Sebenarnya bertahun dulu...

Empat tahun yang lalu...

Tiga tahun kemudiannya...

Dua tahun pun turut berlalu dan terbaru beberapa bulan terkini...

Aku telah bersedia sepenuh hati dan kasih, memberikan sebahagian hatiku kepada along. Ya, along sebenarnya penghidap hepititis semenjak berumur 13 tahun lagi. Mama dan abah sudah setuju aku menjadi pendermanya. Darah sudah diambil, diperiksa dan diuji. Ujian makmal menyatakan aku betul-betul sesuai sebagai penderma. Sebenarnya mama dan abah juga bersedia memberikan hati mereka kepada along. Tetapi darah mereka tidak sesuai untuk along.

Namun along menolak. Dia tidak mahu aku turut sakit kemudian nanti. Baginya biarlah dia seorang sahaja yang sakit. Itulah along. Itulah sifatnya dari kecil lagi. Along, bagiku bukan sahaja seorang anak dan kakak yang baik tetapi adalah seorang insan yang paling istimewa. Semenjak dia sakit, abah terpaksa menukarkan along dari sekolah berasrama penuh ke sekolah yang berdekatan dengan rumah. Sekolah berasrama itu jugalah sekolah di mana seseorang yang along sukai, belajar.

"Along betul-betul ke nak buat prosedur transplan itu? Dengan hati orang lain? Bukan dengan hati aku? Kau memang tak sayangkan aku, long. Hati aku, kau tolak mentah-mentah." Aku menghamburkan rasa tidak puas hatiku lagi. Rasa sebak mula menyelubungi diriku.

"Adik! Adik tahukan kenapa?" Lembut along menegurku seperti biasa.

Aku menunduk. Aku tidak sanggup melihat wajah along yang menguning. Wajah yang sentiasa lembut. Pandangan mata yang sentiasa jujur. Perlahan-lahan aku memeluk along yang terbaring di katil. Aku mahu sentiasa di sisi along kini.

"Long, kau tahukan aku sayangkan kau. Sayang sangat-sangat. Lepas dah sembuh nanti, kita cari budak lelaki tu. Kita sama-sama pangkah dia yek!"

Along ketawa perlahan. "Adik... adik... asyik nak memangkah je. Jangan, along mahu adik menjadi muslimah yang mulia. Ingat tu!"

Dan aku makin mengeratkan pelukanku. Aku tidak mahu lepas dengan moment-moment sebegini dengan along. Ya Allah, dia... kakak kesayanganku. Ya Rahman, dia... kawan terbaik aku. Ya Rahim, dia... adalah sebahagian hati dan jasad aku.

Along... nama itu tetap bergema dalam hatiku walau kini kami saling berpelukan penuh rasa sayang antara adik beradik.

#jika sedih, jangan ditahan.. luahkan ia nescaya kamu akan lega.. jika sayang, lepaskan dia untuk kebahagiaannya.. nescaya kamu akan senyum gembira..

NAMA YANG DISIMPAN DALAM HATIWhere stories live. Discover now