DI SETIAP JANJI SI DIA - Bab 5:1

17 0 0
                                    

"KUNCI pintu ni selepas kami pergi, Iman." Pesan Makcik Suraya lagi untuk kali yang ketiga. Dia nampak kerisauan untuk meninggalkan aku keseorangan.

Aku menganggukkan kepala. Faham dengan kerisauan Makcik Suraya. Hatiku terasa begitu sayu. Ahhh, Makcik Suraya ni... kenapa sengaja mendatangkan rasa sedih di hati ini? Terasa bayangan arwah ibu bagaikan menggamitku untuk merasa sedih. Alfatihah untuknya. Bayangan Zarul juga bermain di tubir mataku. Sedih bertimpa-timpa.

Malam itu di masjid telah mengadakan sesi ceramah. Aku tidak pasti siapa yang telah dijemput kali ini. Sebab itulah Makcik Suraya menyiapkan tempahan karipap siang tadi. Hanya abah dan Makcik Suraya sahaja yang pergi. Mereka berdua memang kerap ke masjid bagi mengisi ruang di waktu malam.

Aku tidak pergi. Memang tidak dapat pergi kerana menunggukan Zarul yang masih belum sampai-sampai lagi. Katanya tadi sudah menghampiri Bandar Kuala Terengganu tetapi kenapa dia masih belum sampai?

Aku makin tidak faham dengan adikku itu. Sengaja melambatkan. Sengaja tidak mahu lama dengan aku dalam satu bumbung. Ya, aku faham tu. Amat faham...

Malas memikirkannya. Aku mencapai tuala. Mahu mandi. Maghrib sudah menghampiri waktu tamatnya. Aku kelewatan kerana menyiapkan karipap tadi. Kesian juga jika aku tinggalkan Makcik Suraya siapkan seorang diri tempahan karipap itu.

Selesai sembahyang dan berdoa. Aku terus keluar dari bilik. Mahu ke dapur. Menyiapkan meja untuk Zarul jika bila-bila masa sahaja dia akan sampai nanti. Melalui ruang tamu. Eh! Aku terperasan sesuatu. Kelihatan pintu depan renggang sedikit. Zarul sudah sampaikah?

Mataku melilau mencari Zarul. Tiada. Agaknya dia ada di dalam bilik. Aku segera menuju ke bilik Zarul. Tombol pintu dipulas. Masih berkunci. Emm... nampaknya Zarul masih belum sampai. Pada kebiasaannya dia tidak akan mengunci pintu biliknya. Itu sudah menjadi tabiat Zarul sedari kecil lagi.

Aku kebingungan. Habis tu siapa yang membuka pintu depan? Dada sudah berdegup kencang. Peluh pula mengalir di pelipis kukesat dengan hujung jariku.

Dengan langkah perlahan-lahan aku menurui tangga ke dapur. Terjengket-jengket kaki. Sekilas ada kelibat seseorang yang kelihatan. Siapa?

"Siapa tu?" Aku memberanikan diri bertanya. Namun rasa gentar tu usah dikata.

NAMA YANG DISIMPAN DALAM HATIWhere stories live. Discover now