JAGA DIRIMU, SAYANGKU - Bab 2

36 2 0
                                    

H

UH, lega! Hari ini hari terakhir peperiksaan SPM. Aku betul-betul lega. Kakiku atur melangkah ke luar dewan. Kebisingan rakan-rakan meraikan habisnya peperiksaan yang menyeksakan tidak aku perduli. Dan wajah pertama yang aku nampak sebaik berada di luar ialah abah.

Abah? Kenapa awal sangat abah ke sini? Bukankah aku sudah pesan awal-awal lagi kepadanya bahawa aku hanya mahu pulang ke rumah keesokan harinya sahaja? Aku mahu menghabiskan sehari sahaja lagi untuk bersama kawan-kawan seperjuangan. Tapi... aaa... Abah? Along? Kerana alongkah? Along?

Hatiku mulai sebak sebaik aku menyalami dan mencium tangan kasar dan sejuk abah. Air muka keruhnya cuba disembunyikan dengan senyuman. Ya, abah memang seorang yang mudah senyum. Senyuman abah manis seperti senyuman along dan mama. Aku? Aku memang kedekut dengan senyuman. Mama selalu cakap, aku ni budak paling kedekut dengan senyuman.

"Kita balik terus ye hari ini?" Suara abah kedengaran bergetar.

Aku hanya mengangguk. Mujur juga aku sudah mengemas pakaian dan barang-barangku di bilik asrama semalam. Sebenarnya perasaanku memang terasa tidak sedap dari semalam lagi.

"Along, abah?" Aku bertanya ringkas.

"Adik... along di hospital." Abah memberitahu tentang perkara yang sudah terduga olehku. Lemah sahaja suara abah.

Sepanjang perjalanan ke hospital aku senyap sahaja. Hilang suaraku yang selalu riuh seperti murai. Hilang semangatku yang selalunya besar seperti gajah. Hilang semuanya seperti hilangnya jiwaku. Hilang semua seperti hilangnya jasadku. Aku bagaikan semut hitam ketika ini. Semut hitam di batuan hitam. Tidak nampak oleh mata kasar walaupun aku ada.

Long... tunggu aku, adikmu. Satu-satunya adik kamu, long... aku berbicara sendiri dalam tangisan di hati. Aku lemah kini. Aku tidak kuat. aku... aku...

Air mataku mulai turun. Tidak lebat kerana aku telah kucuba sekat dengan hati yang cuba dikuatkan seteguh karang dilaut.

#along, tunggu aku...

NAMA YANG DISIMPAN DALAM HATIWhere stories live. Discover now