JAGA DIRIMU, SAYANGKU - Teaser 3

22 0 0
                                    

"KAU kenapa ngah?"

Suara itu menyapa tatkala aku baru mahu melelapkan mata. Mata kubuka perlahan. Dan satu makhluk aneh tersenyum di depan mata.

"Ya, Allah!" jerit aku kuat sambil terus terbangun. Cepat pula aku mengesot ke belakang dan badan tersandar ke kepala katil.

Berdekah bunyi tawa keluar dari mulut Azim.

"Kau kenapa ni ngah? Macam nampak hantu je..." Dalam sisa tawa, Azim bertanya.

"Memang macam hantu pun. Yang kau pakai mask bagai tu kenapa? Dah nak jadi sotong dan kunyit ke ni?" Aku yang masih tersandar di kepala katil mencelungkan mata ke arah adik bongsu aku.

"Apa angah ni? Asal aku pakai mask je, jadi sotong... pakai mask je jadi kunyit... orang lelaki ni kena jaga juga ye kegebuan muka ni... kau tau apa, ngah!"

Seakan-akan membebel pula aku nampak si Azim ni. Memang dah macam spesis 'patah' tu. Moga dijauhi adik jantan aku ni menjadi salah seorang makhluk yang dilaknati Allah SWT, Aamiiin... dan cepat aku menyapu muka dengan tangan.

"Kau doa apa tu, ngah?" Mata Azim di sebalik mask bulat memandang.

"Angah doakan engkau mendapat hidayah." Cepat aku perli Azim. Padan muka!

"Mana kau tahu tu, ngah?"

Aku sudah pelik dengan pertanyaan Azim. "Yang kau tu kenapa pula tanya macam tu?"

"Hidayah tu lah... mana kau tahu aku baru couple dengan minah tu?"

Dan... aku pula yang ketawa menggantikan Azim tadi. Siap mengilai macam Cik Tie yang senang hati mendapat baju baru.

NAMA YANG DISIMPAN DALAM HATIМесто, где живут истории. Откройте их для себя