❄ PROLOG ❄

517 25 0
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


JAKUN. Itulah perkataan yang selayaknya. Mata bulat mulut melopong. Hati rasa tak menyangka kaki tak seberapa miliknya dapat tinggalkan jejak dekat tempat sebegitu. Cantik, mewah dan mengagumkan. Serasa tak layak pulak untuk dia berdiri di situ.

"Betul ke kita nak interview kerja kat hotel ni?" Farya masih tak sudah memandang.

Kawasan kolam renang berkonsep terbuka itu bukan sekadar santai tapi macam berada di alam lain. Umpama sebuah persinggahan di puncak kayangan. Memang tak ingat dunia bagi dia manusia nerd kelahiran business management.

Tak pernah jejakkan kaki ke tempat macam tu punya pasal.

Tapi bukanlah tahap kayangan sangat. Cuma memang cantik kawasan mewah itu sampai susah dia nak ungkapkan dengan kata-kata. Dia yang terlahir bukan dari jiwa seni. Kadang tak pernah terfikir dalam kesibukan kotaraya ada terwujud tempat macam tu. Damai dan menenangkan.

Kalau dapat berbaring sekejap atas kerusi sana... pergh... heaven!

"Aku tak rasa soalan itu yang kau patut tanya," suara tegang dari orang sebelah.

Farya berkalih memandang. Dahi menarik kerut.

"Sepatutnya kau tanya boleh ke kita datang sini? Tak menyalahi undang-undang, polisi hotel ke? Kita ni siapa? Baru nak interview kerja kut. Area sini untuk guest yang menginap." Akhma tak sempat nak merasa kagum. Lebih kepada risau!

"Kan?" Saat itu baru Farya menyedarinya.

"Kenapa kau datang sini?" tanya Akhma lagi. Cuak dia pandang sekeliling. Kerana Farya juga, menonong dia ikut.

"Tadi... masa kita keluar toilet, aku ada nampak budak. Merayau sorang-sorang. Kutlah dia tersesat sebab tu aku ikut dia. Nak tanya."

"Budak? Mana dia?" tanya Akhma sambil mata kembali mencari.

Apa yang terlihat pada pandangannya hanyalah kawasan kolam renang dengan air membiru yang cukup sunyi. Termasuk hijau dedaun dari pepohon. Langsung tak ada kelibat manusia.

Farya jongketkan bahu sekali. Kelibat budak tadi memang tak kelihatan.

"Eh! Jomlah. Aku tak rasa kita patut datang ke sini. Kena tangkap nanti, naya aje. Hilang peluang nak interview kerja, silap-silap kena marah." Akhma kembali mengajak. Fail kuning di tangannya erat didakap.

"Ha'ah. Jomlah. Kalau lam..." Bunyi ceburan air membantutkan ayat Farya. Terpicing telinganya nak memastikan betul atau tak apa yang dia dengar.

"Kau dah kenapa?" Akhma berkerut dahi memandang sepupunya.

"Kau dengar tak?" Bergerak-gerak cuping telinga Farya di sebalik tudung.

"Rya!" Akhma tiba-tiba bertempik kuat dengan jari tertunding. Di tengah-tengah kolam renang yang membiru airnya ada riak deburan yang kuat.

"Rya! Orang lemas!"

"Huh?" Farya lopong.

Bergegas mereka berlari ke sana. Benar seperti yang Akhma kata, ada seseorang sedang terkapai-kapai di tengah air yang membiru.

"Jah! Budak tadi!" Giliran Farya bertempik nyaring. Panik tahap gaban!

"Ya ALLAH! Kita nak buat apa?" Akhma turut cemas. Tak tahu apa yang patut dibuat. Lalu dia menjerit kuat meminta pertolongan.

"Rya! Kau pandai berenang, kan?" Sepupunya dipandang.

"Aku?" Tangan Farya menunding ke muka sendiri. Kedua kakinya dah menggigil.

Kanak-kanak yang terkapar kelemasan itu kelihatan semakin lemah.

"Rya?"

"Arggh!" Farya tahu dia tak punya pilihan.

Sling bag dan fail yang mengandungi pelbagai sijil diserahkan kepada Akhma. Blazer kelabu juga heels di kaki segera ditanggalkan.

"Rya..." Akhma tak tahu nak berkata apa. Tapi dia juga tak punya pilihan.

Farya terus terjun tanpa mahu berfikir panjang. Paling penting kanak-kanak itu perlu diselamatkan.


(495 words)


Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


*VOTE & COMMENT ARE VERY APPRECIATED*

_F R O M_M E_W I T H_L O V E_

_F R O M_M E_W I T H_L O V E_

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
LOVE, BE MINE || rejected (kita cuba lagi)Where stories live. Discover now