❄ BAB_2 ❄

320 18 0
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


"DIA okey, Rya. Hensem walau tak tinggi mana. Tapi okeylah. Janji tak rendah dari kau."

Tak ada respon.

"Aku tahulah taste kau pakwe tinggi melangit. Tapi standardlah orang melayu macam tu. Azim pun sama. Lagipun dia budak baik. Kerja rajin, tak ada nak mengulor curi tulang sem..."

"Kau nak kertas?"

"Huh?"

"Listing."

Terkekeh Akhma ketawa setelah faham maksud sepupunya. Sejak kecil lagi mereka tak pernah berenggang. Belajar di kolej yang sama, pilih course yang sama, tinggal di rumah sewa pun sama walau berlainan tempat kerja. Farya bekerja di sebuah butik pakaian berjenama manakala dia jadi waitress di V&N Hotel.

Farya terbeliak biji mata mendengar tawa sepupunya yang macam tak ada masalah. Tudung dicapai sebelum kakinya terjengket masuk ke ruang surau. Nak solat zohor terlebih dahulu sebelum main bowling ke apa. Mujur plan nak tengok wayang tadi sekadar prank Azim. Kalau tak, memang dia akan mogok tiga hari tiga malam tak nak bertegur. Huh!

Ikutkan rasa selepas ni Farya nak terus balik. Tapi bila difikir-fikirkan, tak sampai hati pulak.

Betul kata Akhma, Zafie memang okey. Cuma dia yang tak mampu menerima lebih. Hanya boleh berkawan. Hati atau jantung tak pernah nak rushing bila bertemu Zafie atau saat mata memandang wajah lelaki itu. Maknanya dia memang tak ada perasaan yang lebih dari kawan.

Okey. Kawan. Buka peluang dan terima Zafie sebagai kawan. Sekurang-kurangnya boleh jadi peneman dia nak tengok wayang hari off.

Tapi ada ke kisah lelaki dengan perempuan yang hanya berkawan tak harap lebih?

"Kenapa susah sangat kau nak terima Zafie, Rya? Kan aku dah kata dia budak baik," tanya Akhma yang sudah ada di sisi. Farya sedang memilih telekung sembahyang.

"Bukan jodoh aku kut." Mulut menyahut sengal.

"Jodoh?" Akhma berkerut dahi.

"Iyelah. Jodoh. Hati aku tak rasa apa-apa. Heartbeat tak pernah nak rushing bila aku jumpa dia, tengok muka dia. Maknanya dia tak ditakdirkan untuk aku."

"Rushing? Macam yang aku rasa masa first time Azim tegur aku?" Akhma terkebil-kebil biji mata.

"Huh? Ha'ah! Mujur kau sebut contoh sekali. So, kau dah tahu macam mana rasa dia, kan?"

"Iyelah. Aku tahu." Tercebik Akhma membalas.

"So maaflah, Jah. Aku dan Zafie takkan jadi lebih dari kawan. Macam yang kau dan Azim harapkan," tempelak Farya.

Akhma terhela nafas dalam.

"Okeylah. Aku faham. Tapi Rya..."

"Apa?" Farya menuju ke bahagian tepi nak mengambil tempat. Akhma mengekori dari belakang sambil terkial-kial menyarung kain sembahyang.

LOVE, BE MINE || rejected (kita cuba lagi)Where stories live. Discover now