❄ BAB_9 ❄

253 19 0
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


HOSPITAL. Tempat yang paling dibenci. Di tempat seperti itu pernah terlahir sebuah cinta. Pernah tersemai cita-cita tapi bukan bercambah menjadi warisan. Bahkan kecundang.

"Awak okey tak?" Zafie memandang dengan riak penuh kerisauan.

Farya segera mengukir senyuman sambil kepala diangguk sekali.

Dia okey, dah kenapa tak okey pulak? Kalau K.O sekalipun dia akan pastikan diri O.K. Jangan nak cipta scene yang bukan-bukan, Rya! Fikir jauuuh ke depan kesan dan akibatnya nanti.

It's okay! Dia gadis yang kental. Semua itu sekadar kat celah gigi.

Kaki melangkah ke dalam memasuki ruang yang agak sibuk. Bau ubatan melonjakkan adrenalin. Perlahan nafasnya dihela demi menenangkan jiwa sambil kaunter jururawat dihampiri.

"Assalamualaikum." Farya menyapa seorang jururawat yang tekun menulis sesuatu di sebalik kaunter.

"Waalaikumussam. Ya, cik. Boleh saya bantu?" Jururawat itu bertanya ramah. Tersenyum mesra.

"Err... saya nak tanya pasal patient yang baru masuk tadi. Emm... despatch. Excident dekat..."Berkerut wajah Farya.

Macam mana dia boleh tak ingat? Gugup punya pasal? Trauma? Fobia? Jangan sampai pengsan, sudah!

"Oh. Izham?"

"Ha'ah!" sahut Farya laju. Lupa pulak dia nak sebut nama padahal cara itu lebih mudah.

Jururawat tadi menunjuk dengan ibu jari terus ke depan sana. Farya dan Zafie serentak berkalih memandang. Di katil yang terletak bertentangan dengan kaunter, lelaki yang dicari dilihat terbaring.

"Oh. Terima kasih," ucap Farya sedia nak berlalu.

"Macam mana keadaan pesakit, nurse? Teruk ke? Ada apa-apa masalah?" Zafie bertanya. Terbantut langkah Farya mahu ke sana.

Betul tu. Macam mana keadaan Abang Am?

"Err... cik berdua ni siapa?"

"Oh. Lupa pulak. Kami kawan satu tempat kerja dengan Izham," beritahu Farya sambil memandang lelaki di sisinya. Zafie iyakan saja.

"Bos kami tak dapat datang sebab ada hal penting yang nak diuruskan. Jadi dia suruh kami datang tengok dan uruskan Izham." Senyum.

Jururawat muda itu terangguk-angguk.

"Emm... dari laporan doktor yang saya dapat, Encik Izham tak alami apa-apa masalah. Tapi tetap jalani x-ray and CT-Scan takut ada kesan lain. Sekarang tengah tunggu keputusan," beritahu jururawat itu sesuai dengan tugasnya.

"Alhamdulillah." Farya dan Zafie serentak mengucapkan kesyukuran. Seketika keduanya mendekati katil yang menempatkan Abang Am.

Mata Farya memandang lelaki yang terbaring itu. Tidur pulas dengan bunyi dengkuran. Tak tahu tidur asbab sakit atau keletihan? Atau mungkin keduanya. Hujung dahi kiri dilihat tertampal kain putih dengan kesan tompokan darah. Mungkin terluka. Lengan kiri berbalut dari siku sehingga ke pergelangan. Patah?

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Sep 13, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

LOVE, BE MINE || rejected (kita cuba lagi)Where stories live. Discover now