❄ BAB_4 ❄

245 18 0
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


"ASSALAMUALAIKUM, mama?" ceria suara Farya mengucapkan salam. Sempat dia buat isyarat pada Zafie mahu ke depan sana menjauhi kawasan yang hingar itu.

Zafie angguk saja. Dompet kembali disumbat ke dalam poket jeans sambil langkah dibuka mengekori. Sempat dia mengutuk diri sendiri sebab mengata Farya tadi.

Tak patut langsung!

"Mama ada dekat KL? Bila balik? Papa ada sekali, eh? Betul ke?" Sungguh Farya rasa teruja. Dah hampir dua tahun mereka tak bertemu.

"Rya kerja tak hari ni?" tanya Tengku Sofia sambil memandang suaminya di sisi. Mereka baru sahaja melangkah masuk ke dalam bangunan kompleks membeli belah itu.

"Hari ni Rya off. Tapi Rya ada kat sini. Err... datang nak tengok wayang." Farya alihkan kedudukan terus berpusing membelakangi.

Patutlah dia rasa semacam. Rupanya ada manusia sedang merenung tajam. Dengan kedua tangan yang masih berpeluk tubuh macam sengaja nak bertingkah macam tu. Nak tunjukkan biceps triceps yang menimbul dekat lengan itu.

Huh!

"Tengok wayang? Dengan Akhma?"

"Hah? Aa... err... tak, mama. Dengan... kawan. Akhma kerja." Hampir tergaru kepala Farya nak menjawab. Takut akan timbul salah faham walaupun dia sedia tahu itu juga yang mama dan papa harapkan.

Tapi rasa di hatinya masih belum terhapus.

Payah!

"Oh! Maknanya mama mengganggulah ni?"

"Eh! Taklah, mama. Nak tengok wayang pukul lima nanti. Emm... mama ada kat mana sekarang? Rya nak jumpa mama jumpa papa. I miss both of you so much!" Berkaca mata Farya yang tiba-tiba.

Sungguh dia merindui mama dan papa. Rindukan Ariff Heyqal.

Tapi mama tak boleh tahu nanti kena marah!

"Mama nak jumpa Puan Jess sekejap. Ada hal," beritahu Tengku Sofia sambil langkah dihentikan di depan sebuah butik. Wajah terdongak memandang suaminya.

Tuan Danial segera mengeratkan genggaman tangan mereka. Tahu apa yang isterinya sedang rasakan. Terzahir dari pandangan yang berubah riak dan menampung cecair jernih.

"Betul ke? Okey, mama tunggu Rya, ya? Nanti Rya datang," Farya benar teruja. Macam terlupa pada Zafie yang masih memandang.

Tak kisahlah. Pandanglah. Bukan luak pun.

"Okey, sayang. Mama tunggu."

"Okey, mama. Bye."

Tengku Sofia memandang suaminya. Tak semena-mena air mata mengalir ke pipi. Lantas diusap tangan Tuan Danial sebelum tubuh isterinya ditarik ke dakapan.

"Abang tak fahamlah dengan orang perempuan ni. Sedih menangis, happy pun menangis." Mulutnya berkata-kata mahu memujuk walang hati si isteri.

LOVE, BE MINE || rejected (kita cuba lagi)Where stories live. Discover now