❄ BAB_8 ❄

212 18 1
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


ZACHERY termanggu di bangku kayu yang tersedia. Pandangan matanya tertumpu pada suatu arah walau fikiran tiada di situ. Hanya jasad yang terlihat di mata namun roh entah ke mana? Kembali dia ke dunia nyata setelah sesuatu tiba-tiba bergolek ke hujung kaki.

Zach bangun dari bangku yang diduduki terus mencapai bola itu. Sempat dia timang-timang dengan lagaknya sebelum dikembalikan kepada tuan punya yang tersengih-sengih memerhati.

"Terima kasih," ucap kanak-kanak lelaki itu sebelum berlalu menghampiri teman-teman.

Zachery tersenyum seadanya. Kemudian melingaskan mata pandang sekeliling. Seketika singgah pada Audrena yang masih duduk di bangku tadi langsung tak bergerak.

Zachery spontan tergeleng sebelum punggungnya kembali dilabuhkan.

"Audrey, hand me your phone." Tangan dihulurkan meminta. Namun tak dipeduli.

"Audrena! Are you listen to me?" suara Zach berubah nada. Sedikit ditekan walau bukan berniat untuk marah.

Audrena dongakkan kepala memandang daddy di sisi. Wajah jelas bertukar riak. Mencuka. Zachery masih dengan tangan terhulur walaup dia boleh ambil telefon itu secara paksaaan. Cuma enggan. Mahu Audrey sendiri yang menyerahkan.

"I want to play this game, daddy," beritahu Audrena.

"Daddy nak Audrey pergi bermain dekat sana. Tadi beriya sangat nak main, kan?" suruh Zachery. Tangan kembali dibentangkan selagi Audrey tak menghulur telefon.

"But daddy..."

"Audrena!"

"Okay." Audrey akur jua.

Telefon miliknya diserahkan pada daddy. Kepala kemudian merunduk ke bawah sembunyikan wajah. Nafasnya terhela panjang demi melegakan dada yang terasa sebak.

Tiba-tiba.

"Pergi main dekat sana. Go! You have 30 minutes," suruh Zachery sambil membelek jam di pergelangan tangan. Telefon Audrena dimasukkan ke dalam beg galas milik anaknya di sisi.

Salah satu keburukan telefon, anak-anak akan kurang aktif melakukan aktiviti luar yang lebih sihat. Asyik main game dalam telefon yang langsung tak bawa faedah.

"Audrena." Nama itu diseru lagi setelah menyedari tiada reaksi dari anak kecil di sisi. Tetap Audrena dengan ulah tertunduk memandang kaki yang dihayunkan.

"Sweetheart." Tangan Zachery singgah ke kepala anaknya. Rambut perang beralun lembut itu diusap perlahan. "Pandang daddy."

Audrena angkat kepala lalu palingkan wajah. Jelas kelihatan mata kelabu miliknya yang punya riak berkaca.

Zachery tersentak.

"Kenapa Audrey menangis? Sebab daddy marah?" tanya Zach namun tiada jawapan.

LOVE, BE MINE || rejected (kita cuba lagi)Where stories live. Discover now