❄ BAB_6 ❄

213 20 0
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


NAFAS Zachery terhembus kencang. Marah. Memang dia nak marah. Tapi sikit pun tak pernah terlintas niat di hati nak menyakiti anaknya. Walau macam mana tingkah Audrena akan dia layan dengan sabar. Sumpah. Terkadang memang menyeksakan jiwa. Tapi semua itu Zachery hadap dengan tenang.

"Daddy nak bawa Audrey pergi klinik."

"I don't want, daddy. I hate clinic!" Audrena tak henti menggeleng, berterusan mengamuk. Kaki panjangnya menendang-nendang ruang dashboard.

Seketika tali pinggang yang membelit tubuh dibuka. Terus Audrena menerkam mendapatkan daddy di kerusi sebelah. Mujur Zachery dah bersedia nak menerima.

"Audrey kan tak sihat. Ikut daddy jumpa doktor sekejap."

"No, daddy!" Audrena menjerit nyaring. Dada Zachery dipukul bertalu-talu.

"Please, sweetheart. Behave! Okeylah. Audrey nak apa?" Terpaksa juga Zach mengalihkan perhatian anaknya. Tak mahu kesabaran miliknya yang semakin genting menghilang gara-gara tingkah berterusan Audrena.

Tantrum yang tak berkesudahan.

Tapi Zach sedar semunya asbab Audrena tandus kasih dan perhatian seorang ibu. Ibu yang langsung tak pedulikan anak kecil itu. Hanya tahu melahirkan kemudian ditinggal sendirian terkontang-kanting tanpa belaian. Samentelah kasih sayang.

Mendengar soalan yang ditanya, serta-merta Audrena berhenti dari memberontak. Wajah daddy dipandang sebelum telunjuknya mengetuk dagu lagak berfikir.

Zachery tersenyum nipis melihat ulah anaknya. Sekelip mata berubah. Tak salah kalau Evans kata dia terlalu manjakan Audrena.

"I want ice-cream," sebut Audrey riang.

"Okay. Deal. Tapi ada satu syarat."

Kembali berubah riak di wajah Audrena. Dah tahu apa yang daddy akan syaratkan.

"Hey! Sweetheart. Ingat tak apa yang daddy pernah kata? Kalau Audrey nak daddy ikut kemahuan Audrey, Audrey pun kena ikut kehendak daddy. Give and take situation."

"But daddy. I don't want." Audrena terus menggeleng. Wajahnya merunduk ke bawah sebelum Zachery menolak hujung dagu ke atas.

"Okay. Promise no injection. Cuma pemeriksaan biasa," pujuk Zachery berterusan. Tahu juga asbab kenapa Audrena tak nak ke klinik.

"Really, daddy?"

"I am!"

"Promise?" Kelingking dihulurkan.

"I'll promise you," sahut Zachery sambil mengait jari kecil anaknya. Pinky promise.

"Okay!" Terus Audrena melompat ke kerusi sebelah.

LOVE, BE MINE || rejected (kita cuba lagi)Where stories live. Discover now