❄ BAB_3 ❄

271 17 0
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


"EVANS!"

Suara garau bagaikan halilintar itu hampir membuatkan Evans terjatuh dari kerusi yang diduduki. Fatini si secretary membulat biji mata walau bukan dia yang kena hadap sekaligus jadi mangsa.

"Kau ada buat apa, Evans? Kenapa Tuan Zach mengamuk?" Tapi bermuka cuak.

"Aku buat apa?" Cuak Evans berkali ganda.

Terketar lututnya mahu bangun dari kerusi. Daun pintu pejabat Pengarah Urusan dipandang dari kejauhan.

"Kau ada silap set meeting?"

"Tak!" Evans menggeleng. Wajah merona.

"Kau terlebih set meeting?"

"Ish!" Temannya di meja sebelah dijeling tajam.

"Aku harap satu hari nanti Tuan Zach akan bertemu seseorang yang boleh lawan dia punya singa. Boleh jinakkan dia terus bertukar jadi Hello Kitty."

"Hell kitty?" Evans buat-buat terkejut. Ipad dicapai.

Fatini terjuling biji mata.

"Whatever. Tapi doa banyak-banyak, Fetty. Harap doa kau cepat makbul. Aku pun dah tak larat nak hadap puting beliung dia hari-hari," ujar Evans sebelum kaki berlari ke pintu sana atau muka singa Tuan Zach yang sesedap gigi mereka mengata akan muncul.

Daun pintu maghony bersifat pegun itu diketuk perlahan. Sempat Evans mencebik pada tanda nama yang tertera. Zachery Marcus Nikolai. Nak mencebik pada tuan, fikir dua kali.

"Coming!"

Tombol pintu dipulas sambil hatinya memohon doa. Dear god...

"Tuan?" Evans tersenyum semanis mungkin. Dasar hipokrit!

"Go and fetch Audrena."

"Huh?" Lopong sesaat. Jam di pergelangan tangan terus Evans telek. Dahinya semakin berkerut.

"Dia buat perangai. Mengamuk, tak nak makan tak nak tidur. Aku pun dah tak tahu nak buat apa, Evans!" Zachery menarik nafas panjang demi melegakan perasaan di dalam. Tercabar. Benar-benar menguji kesabaran.

Ternyata bukan senang nak membesarkan seorang anak.

"Dia perlukan mummy dia, Zach. Kau tahu semua tu, kan?" Sudah tiada tuan. Kini mereka bercakap sebagai kawan.

"So mana aku nak cari mummy dia? Kau sendiri pun tak tahu kakak kau ada dekat mana sekarang? Bagitahu aku, Evans. Aku kadang hilang sabar dengan Audrena. She make me insane!" luah Zachery. Namun kesakitan di dalam dadanya tak mampu nak dipulihkan dalam sekelip mata.

"Not that crazy mummy, Zach," sangkal Evans. Dia tak maksudkan Seo Yeon Jun.

"So mummy mana lagi?" PA dia yang tegak berdiri di depan pintu Zach pandang.

LOVE, BE MINE || rejected (kita cuba lagi)Where stories live. Discover now