Pahit by Anonymous

3 0 0
                                    

This submission is in Malay.

Pahit. Pahit. Pahit. Kepahitan adalah satu perkataan yang saya sering ulang kebelakangan hari ini. Pengasingan diri yang diisytiharkan oleh kerajaan berikut pandemik Covid-19 telah membatalkan semua rancangan harian saya. Rancangan untuk jumpa kawan-kawan buat kali terakhir kini tidak menjadi kenyataan. Acara-acara besar yang dinanti-nantikan kini adalah hanya sebuah mimpi. Zaman muda saya terbuang, malangnya. Detik kehidupan yang seperti emas ini mungkin tidak akan dapat diputar kembali. Pahit. Pahit. Pahit. Tetapi harus diakur juga, demi kebaikan semua.

Mata saya melirik ke kaca televisyen yang terpampang dengan berita terkini. Di seberang dunia, sepasang mata juga sedang menonton berita yang sama di kaca televisyen masing-masing. Keadaan huru-hara disebabkan oleh kematian, kecemasan dan pembelian secara besar-besaran.

Dia melihat ke luar tingkap, di mana seorang polis sedang melarang seseorang dari keluar daripada rumahnya. Kebebasan untuk keluar rumah telah disekat secara ketat. Kedai-kedai perniagaan dan pejabat-pejabat juga sudah ditutup, mencari pekerjaan pun semakin susah. Dia melihat adik-beradiknya dengan muka yang sayu. Mengeluh, dia berfikir bagaimana dia akan menjaga dan menanggung kehidupan mereka setelah kematian ibubapanya baru-baru ini. Mudahan wabak ini akan menemui penghujungnya di masa yang terdekat. Kerana perintah berkurung kini telah tiba.

Rujukan

Information on COVID-19. (2020, March 24). Dipetik daripada https://www.cityofpasadena.net/public-health/news-announcements/information-on-covid-19/

HopeWhere stories live. Discover now