Cahaya by Jellyfish

2 0 0
                                    

Aku terkenang tentang satu kisah dahulu. Pada masa dahulu, aku mempunyai sebuah cahaya di dalam hidupku. Sewaktu itu, aku mempunyai seorang wanita yang ku gelari 'cahaya ku' tetapi kerana diriku sendiri, dia telah pergi. Kerana, hakikatnya, dia bukan sebenar-benarnya cahaya untuk ku.

Gelarannya terdapat kerana anggapan ku kepadanya; bagi ku, dia adalah seorang yang akan membuat semua yang ku inginkan tercapai. Namun, aku telah buta dengan ilusi yang membuatkan aku pentingkan diri sendiri.

Dia bukan sekadar seorang yang hadir sebagai jelmaan di dalam harapan ku tetapi dia adalah individunya sendiri. Tapi aku telah gagal untuk melihat dia sebagai seorang individu sebaliknya, aku menganggap dia hanya sebagai harapan ku.

Aku memaksa segala harapanku kepadanya dan aku terhasut untuk bermimpi bahawa jika aku membawa dia ke jalan yang menuju ke arah cita-cita ku, aku akan pasti meraih apa sahaja yang aku mahu. Dengan minda begitu, aku fikir kami berdua akan sentiasa bahagia tetapi, realitinya, aku seorang sahaja yang bersenyum.

Aku terlupa bahawa dia bukan wujud semata-mata untuk menyalakan harapan di dalam hidupku sahaja. Dia juga adalah seorang manusia, namun aku tidak menyedari realiti itu. Dia adalah seorang manusia yang ada perasaan, bukan hanya sesuatu yang aku dapat mencampakkan segala cita-cita, keinginan, dan impian ku kepadanya.

Aku telah gagal untuk menyedari apa harapanku yang sangat berat telah melakukan terhadapnya. Dan akhirnya, dia menjadi lumpuh kerana betapa berat dan berapinya impian ku untuk dia. Seperti api aku membakarya sehingga dia menjadi debu, dan begitulah bagaimana 'cahaya ku' telah hilang dari hidupku.

Dan akhirnya, kepada harapan ku, aku telahpun memberikan seratus peratus keupayaan saya kepada mu hingga tiada apa lagi ada yang tinggal padaku. Yang tinggal hanyalah kegelapan; tiada lagi ada cahaya harapan yang menerangi hidupku, kerana ia telah terpadam.

Dia ibarat lilin,

Dan aku bagai api.

Ku berikan dia cahaya,

Namun dia cair.

Terhilang api ku,

Dan yang tinggal hanyalah aku.

Di tempat yang bergelapan,

Aku kesunyian.

Di masa silam, api itu adalah nyawaku,

Tetapi sekarang, aku sudah mati.

HopeWhere stories live. Discover now