•1•

1.8K 143 46
                                    

Seorang lelaki berkaca mata sedang mengkaji satu bahan yang akan dimasukkan ke dalam ramuannya. Hatinya berasa ragu-ragu dan bolak-balik.

"Haih, aku nak masukkan ke tak ni?"

Akibat berasa tertekan, dia terus memasukkan bahan tersebut ke dalam cecair yang berwarna kuning gelap itu.

"Ah, lantaklah!"

"Solar! Mari turun makan!" teriak seseorang dari tingkat bawah.

Lelaki yang bernama Solar itu mengeluh. Dia terus menutup buku rujukannya dan mengatur kaki menuju ke tingkat bawah.

"Aku harap eksperimen aku kali ni akan berjaya. Dah bertahun-tahun aku teringin nak tengok hasilnya. Kalau gagal lagi, aku tak tau nak buat apa dah," katanya sendirian, lebih kepada sebuah keluhan.

*****

"Apa yang Solar buat kat atas tadi sampai tak keluar bilik?" soal seorang budak lelaki dengan polos. Kepala diteleng sedikit ke kiri.

Solar menghela nafas panjang. Persoalan lelaki itu, atau lebih tepat, abangnya tidak dijawab. Dia tidak sedap hati. Seperti sesuatu yang tidak diingini akan berlaku.

"Entahnya, Solar. Kenapa kau resah semacam je ni?" giliran lelaki beriris mata emas, abang sulungnya pula bertanya.

"Hurm... Takde apalah. Tapi, aku nak warning. Korang jangan sesekali masuk dalam makmal aku," kata-katanya memberi amaran menimbulkan rasa hairan di kalangan abang-abangnya.

"Kenapa, Solar?"

"Dalam bilik kau ada dinasour ke?"

"Kalau masuk, nanti rumah ni meletop ke?"

"Kat dalam bilik Solar ada raksasa ke?!"

Solar memandang mereka dengan wajah yang berkerut.

"Kalau korang masuk... Sedia menghadap kematian...," balas Solar dengan aura yang semacam.

Yang lain sudah menelan air liur sambil mengangguk laju.

"Dah, makan,"

Mereka pun sambung makan dengan pelbagai soalan bermain di benak fikiran.

'Macam ada benda nak disorokkan je, Solar ni. Kalau aku masuk makmal dia kejap takpe kut?' desis hati seseorang dengan senyuman yang disorokkan.

Best Ke Jadi Meow? 💀Où les histoires vivent. Découvrez maintenant