"Dina Arissa Binti Kamarul , bangun la woii!" Jerit Hana nyaring. Jam di dinding dikerling . Aduhai lagi berapa minit kelas akan dimulakan . Si Dina ni pula tidur mati . Selimut yang membaluti tubuh Dina ditarik .
"Kau ni dah kenapa tarik selimut aku ! Bagi balik !" Jerkah Dina . Dia pantang kalau ada orang mengganggu tidurnya . Biarpun sahabat baiknya .
Hana hanya memekakkan telinga . Jari runcingnya menunjukkan ke arah jam dinding .
"Kau tengok dah pukul berapa ! Tahu tak kita dah lewat . Tak pasal - pasal kena denda nanti . Dah bangun !" Hana mencapai tangan Dina lalu menariknya supaya bangun .
Dina menepis kasar . "Kacau la kau ni . Tepi aku nak mandi !" Dina menolak badan Hana ke tepi .
Nasib Hana sempat mengimbangi badannya . ' Tak guna punya kawan ! '
Maki Hana dalam hati .Hana keluar dari bilik Dina . Malas berlama - lama di dalam bilik tersebut . Hana memandang ke arah rakannya yang lagi satu .
"Sya , awak dah siap ke belum?" Hana menyapa rakannya . Syareena yang asyik membetulkan cermin mata bulatnya memandang Hana dengan senyuman nipis .
"Saya dah lama siap . Ermm Dina tak siap lagi ke ?" Soal Syareena lembut .
Hana ketawa kecil . "Minah tu mana reti nak siap awal - awal" Kutuk Hana . Dina yang baru keluar dari biliknya pantas mencelah .
"Sedap je kau kutuk aku ye !" Marah Dina . Dia menjeling tajam ke arah Hana yang tengah tersengih bak kerang busuk .
"Hehe .. jangan la marah" Pujuk Hana lembut .
Dina tidak menghiraukan Hana . Dia mencapai cap nya lalu memakai di kepalanya. Dia melihat gaya pemakaiannya . Simple !
Dia bukannya seperti Hana dengan Syareena . Memakai dress paras lutut , baju kebaya , baju kurung and
macam - macam lagi . Dia jenis suka pakai baju yang simple . Macam t-shirt , jeans or lain - lain .Dia dengan dua rakan baiknya itu jauh bezanya . Hana dan Syareena perwatakannya baik , lembut , sporting . Jauh beza berbanding dirinya yang perwatakan kasar , macam tomboy gitu .
**********
Mereka bertiga pun berjalan masuk ke dalam bilik kuliah yang agak besar.
Mereka pun duduk di tempat
masing - masing iaitu Hana di tengah ,
manakala Syareena kiri dan Dina kanan Hana .Hana memandang Dina yang sedang tidur itu lalu beralih memandang Syareena yang sedang sibuk dengan telefonnya .
Hana menongkat dagu . ' Huarghhh bosan ' . Jerit Hana dalam hati . Nak main telefon , tak da apa yang menarik .
Hana memandang tiga orang jejaka yang kacak masuk ke dalam bilik kuliah . Sorang sengih memanjang , sorang lagi ketat je muka
dan sorang lagi asyik menguap .
YOU ARE READING
HUTAN BERPUAKA ‼️
HorrorSekumpulan pelajar UM telah masuk ke dalam hutan untuk menyelesaikan tugasan yang diberi oleh Professor mereka. Namun jalan keluar tidak ditemui. Adakah mereka akan menemui jalan keluar atau selama-lamanya terperangkap? Nak tahu? Sila baca , vote a...