2

389 25 12
                                    

" macam mana kes yang jadi kat china boleh sampai kat sini pulak ? " minyoung berkerut memandang bangchan yang berada di hadapannya .

" kau rasa penculik yang sama ke ? Tapi kes yang dekat china tu pun diaorang tak dapat selesaikan , kau cer imagine kalau penculik tu orang yang sama . Ui , mati kita nak mencarinya " bangchan mengurut urut kepalanya .

" ish bangchan , kau ni kenapa mengalah awal sangat ? Kita kena yakin yang kita boleh tangkap penculik tu " minyoung memberi semangat kepada rakan sekerjanya itu .

" tapi minyoung , kalau penculik tu penculik yang sama dengan negara china tu . Macam mana kita nak cari ? Sedang china negara yang lebih maju tu pun tak dapat tangkap " rungut bangchan lagi . Polis jenis apa ni merungut je kerja .

" takpa bangchan , penculik tu dekat negara kita sekarang so kita boleh " sekali lagi minyoung memberikan semangat kepada bangchan lalu bangchan hanya menganggukkan kepalanya.

" eh minyoung , jom pergi beli air kejap , haus pulak aku " bangchan bangun dari duduknya lalu berjalan keluar dari balai diikuti minyoung dari belakang .

****

Minha membuka matanya perlahan lahan , terasa sengal sengal bersisa di kepalanya . Minha terkejut apabila melihat dia sedang duduk di atas kerusi dan dirinya diikat . Minha memandang sekeliling , gelap .

" WOI ! AKU KAT MANA NI WOI ! " jerit minha sekuat hatinya . Hatinya sungguh berdebar ketika itu . Yela , siapa je yang tak berdebar tiba tiba dalam bilik gelap .

" AAAAA ! AKU DAH MATI KE ! AAAAA ! " jerit minha sekuat hatinya sambil meraung raung untuk melepaskan diri namun dirinya terikat ketat dan dia tidak mempunyai tenaga yang kuat untuk melepaskan diri dari ikatan tersebut .

Sedang sedang minha menjerit , tiba tiba seorang lelaki masuk ke dalam bilik itu . Lampu suluh dihalakan ke wajah minha . Ha , terkelip kelip mata minha , silau woi . Minha tu dahla rabun orangnya .

" kau pahal menjerit ? " soal lelaki itu memandang tepat ke arah wajah minha yang sedang terkelip kelip itu .

" eh eh kau ni siapa ? " soal minha yang masih terkelip kelip .

" tak perlu tahu aku siapa , diam , jangan buat bising kalau tak aku saletip mulut kau tu nanti " ujar lelaki itu dengan wajah yang amat serius .

" hak alah , aku tanya je . Ey , jangan la hala lampu suluh tu kat muka aku ! Silau tahu tak ? Aku ni dahla rabun , tambah rabun aku nanti " minha masih terkelip kelip lalu terus lelaki itu mengalihkan lampu suluh tersebut ke arah lain .

" ha baru la okay " minha terus memandang wajah lelaki di hadapannya itu . Terkejut beruk minha apabila mendapati lelaki itu ialah lelaki yang ingin membantu dirinya mengambil telefon di dalam longkang tadi .

" kenapa ? terkejut ? " soal lelaki itu sambil tersenyum sinis memandang wajah minha yang sudah terkejut itu .

" kau ? KAU LAH PENCULIK BERSIRI TU ? aku- " kata kata minha terhenti apabila dia menyedari bahawa dia salah seorang mangsa penculikan .

" ye , kenapa ? takut ke sayang ? " soal lelaki tersebut yang sudah mula menyentuh lembut anak rambut minha .

" eh eh jangan sentuh aku la " cepat cepat minha mengalihkan kepalanya dari disentuh lelaki tersebut . Tersengih lelaki tersebut melihat perbuatan berani minha itu . Ye , selama ini , semua gadis yang dia culik akan akur apabila dia mengusap kepala tetapi lain pulak si minha ni .

" sayang kenapa ni ? kenapa tak bagi saya sentuh awak ? " soal lelaki itu berubah riak serius memandang minha .

" aku tak suka lelaki sentuh aku , kau tu dahla aku tak kenal . Suka suki je nak sentuh aku . Ew , dah la panggil aku sayang . Ee jijik la " minha melemparkan wajah jijiknya kepada lelaki tersebut .

Lelaki tersebut terdiam memandang minha . Ye , selama ini tiada perempuan yang seberani begitu pada dia .

" pahal pandang aku macam tu ? Ey panas la bilik ni , takda kipas ke ? " soal minha lagi sambil memandang sekeliling .

" nama aku xiaojun " ujar lelaki itu dengan tiba tiba membuatkan minha terus memandangnya .

" xiaojun ? xiaojun nama cina . OHHH , kau penculik bersiri dari china ke ? wah macam mana kau boleh terlepas ? banyaknya duit kau datang korea " ujar minha lagi .

" kau tak perlu tahu semua itu " tiada lagi senyuman yang terukir di bibir xiaojun . Muka xiaojun dari tadi serius sahaja . Ya , dia marah kenapa si minha ni tak macam gadis lain yang dia culik .

" aku tanya je , eh macam mana kau boleh fasih berbahasa korea ? Kau memang ada niat nak menculik kat korea ke ? Ish ish , teruk la kau ni . Muka dah hensem , cuba cari kerja elok sikit . Menculik pulak pekerjaan yang kau buat . Berapa duit kau dapat sebulan " perli minha dengan selambanya .

PANG !

Pipi minha dilempang tepat oleh xiaojun . Nafas xiaojun turun naik tahan marah . Yela , siapa je tak marah kalau dah kena perli macam tu .

" mulut kau , sekali lagi kau cakap macam tu , aku takkan teragak agak nak pukul kau " ugut xiaojun sambil menundingkan jarinya tepat di hadapan muka minha .

" aku cakap benda betul , kau ni memang takda kerja , BODOH ! " mata minha tepat memandang xiaojun yang sedang tahan marah itu . Sungguh berani minha membalas renungan maut milik xiaojun itu .

" kau ni memang cari maut la dengan aku perempuan " xiaojun terus merentap rambut milik minha . Terdongak minha dibuatnya .

" what ? kau yang culik aku ? kenapa pulak aku yang cari maut . Ey lepas la gila ! " minha meronta ronta minta dilepaskan . Mata xiaojun tepat memandang ke dalam anak mata minha .

" takpa , kali ni aku lepaskan kau . Tengok la apa akan jadi pada diri kau nanti " ujar xiaojun lalu dia melepaskan cengkaman pada rambut minha . Minha merenung xiaojun dengan pandangan menyampah .

Xiaojun mengeluarkan sehelai kain dari poketnya lalu terus dia mengikat mulut minha . Ye , dia tidak mahu mendengar gadis itu menjerit . Meronta juga minha ketika xiaojun mengikat mulutnya .

Selesai mengikat mulut minha , xiaojun terus berlalu keluar dari bilik tersebut meninggalkan minha sendirian .

" gelapnya " bisik hati minha sambil melihat sekelilingnya . Tiba tiba minha berasa takut . Dia tidak tahu apa nasib yang akan menimpa dirinya selepas ini . Sudahla , dia kurang ajar dengan si xiaojun tu . Memang teruk la dia kena .

tbc .

kat multimedia muka minha

[C] 𝐈𝐦 𝐧𝐨𝐭 𝐩𝐬𝐲𝐜𝐡𝐨 Where stories live. Discover now