6

331 17 1
                                    

Minha terbaring terkulai sambil menitiskan air mata . Ya , dia penat bergelut dengan xiaojun .

" aku suka " xiaojun tersenyum memandang minha sambil membutang baju kemejanya manakala minha sudah tidak mampu untuk melawan ketika itu .

" lain kali dengar cakap aku . Jangan meronta , ikut je apa yang aku buat . Terima kasih sayang " xiaojun mengusap anak rambut minha lalu dia mengambil pisau lipat yang berada di lantai lalu terus dia keluar dari bilik itu .

" hiks hiks " teresak esak minha menangis . Kini dirinya sudah tidak suci lagi . Mahkota yang selama ini dia jaga , dirampas begitahu sahaja oleh lelaki tak guna itu .

****

" flightnya pukul berapa ? " soal yifei sambil melabuhkan punggung di sebelah winwin . Yifei menghulurkan secawan kopi panas kepada winwin .

" lagi 30 minit " winwin mengambil kopi tersebut dari tangan yifei lalu dihirupnya dengan perlahan kerana kopi itu masih panas . Mestilah panas , dah si yifei baru beli .

" kalau kali ni penculik tu terlepas jugak macam mana ? " soal yifei sambil memandang winwin .

" tak tak , aku akan pastikan benda tu takkan terjadi lagi . Kali ni kita perlu lagi alert sebab bangchan kata kes kat penculikan kat korea makin bertambah . " balas winwin lalu yifei menganggukkan kepalanya .

" haih kenapa la penculik tu culik perempuan ? aku rasa mesti dia ada dendam dengan perempuan sebab tula dia buat macam tu " ujar yifei lagi .

" tapi apa hak dia untuk membunuh ? dia takda hak untuk membunuh . Sedih la aku tengok muka mak bapak yang anak perempuan diaorang kena bunuh dengan penculik tu " winwin teringat ibu bapa yang menangis teresak esak di hadapannya meminta tolong untuk mencari anak mereka . Apabila sudah jumpa anak mereka , sudah menjadi mayat pula gadis muda itu .

" aku pun sedih " balas yifei yang turut mula melayan perasaannya .

*****

" diaorang dah gerak ke ? " soal minyoung sambil memandang bangchan yang sedang fokus menaip sesuatu pada laptop miliknya .

" diaorang dalam flight sekarang " beritahu bangchan tanpa memandang ke arah wajah minyoung .

" bangchan , kau rasa kenapa penculik tu culik perempuan ? " soal minyoung sambil bertongkat dagu memandang bangchan lalu terus bangchan memandang minyoung .

" aku rasa sebab dia ada salah faham dengan perempuan pada masa silam dia . Thats why dia buat macam tu kot . " bangchan meneka lalu perlahan lahan minyoung menganggukkan kepalanya .

" tadi ada orang buat laporan anak perempuan diaorang hilang . Dah 8 orang buat laporan yang sama . Nasib baik si hyunjin tu ada " ujar minyoung lagi .

" haih aku kesian la , harini je dah ada 10 laporan kes yang sama . Semua pasal kehilangan anak perempuan . Ha ada sorang budak lelaki ni , dia laporkan kakak dia hilang . Bila aku baca balik tentang kakak dia , rupanya diaorang anak yatim . Budak lelaki tu belajar lagi , harapkan kakak dia je ahli keluarga yang dia ada " cerita bangchan kepada minyoung .

" ish kesiannya . Dahla anak yatim , kakak dia hilang pulak . Haih , aku geram la dengan penculik tu . Aku dapat penculik tu , aku potong kemaluan dia " minyoung mengetap bibir akibat terlalu geram .

" ish kau ni , jangan la sampai begitu . Kau yang masuk penjara nanti . Takpa , bila dah dapat , kita bagi je winwin ngn yifei selesaikan . Yela , penculik tu kan dari china " bangchan sudah serius dengan minyoung .

" kau serius ke penculik tu dari china ? Tah tah dari jepun " minyoung memandang bangchan atas bawah .

" mana la aku tahu , dahla sembang dengan engko ni sampai ke esok laporan aku takkan siap " bangchan terus memandang skrin laptopnya semula .

" eh haah la , aku lupa nak bagi hyunjin fail info peribadi mangsa penculikan " gelabah minyoung mencari fail di atas mejanya untuk diberikan kepada hyunjin .

*****

" apa rancangan kau untuk cari kakak kau ? " soal samuel memandang tepat ke arah minhee yang dari tadi berjalan ke hulur ke hilir .

" aku nak cari orang tu . Aku nak ikut dia " minhee berhenti berjalan lalu dia memandang ke arah rakan rakannya .

" huh , macam mana kau nak cari ? Korea ni dahla besar " ujar eunsang pula .

" aku yakin penculik tu ada dekat dekat sini juga " balas minhee 100% yakin .

" wahai seketul minhee , penculik ni dia akan merantau untuk mencari mangsa . Tidak mungkin dia akan berada di satu tempat sahaja kerana penculik mempunyai otak yang sangat bijak . Penculik perlu menyusun strategi yang bagus supaya tidak dapat disyaki oleh polis " ujar jisung panjang lebar .

" wah jisung , macam pro la kau bercakap . Cita cita kau nak jadi penculik ke ? " soal eunsang teruja memandang jisung .

" haah , cita cita aku untuk menculik hati seorang gadis yang bernama moon taerin . chiaaa " jisung tersenyum gedik setelah menghabiskan ayatnya lalu eunsang  terus gelak terbahak bahak .

" korang boleh tak serius ? Ada nampak daddy happy ? " samuel bercekak pinggang memandang jisung dan eunsang . Ha terdiam budak dua orang tu .

" ha kalau centu , kita kena cari la . Kalau nampak sesiapa yang mencurigakan , kita ikut je dia " ujar minhee lagi .

" tapi kita kena berpecah . Senang sikit " samuel memberi idea .

" ha aku pergi ngn jisung nanti . Korang pergi la berdua . Hehe " ujar eunsang sambil tersenyum kambing .

" takpayah mengada . Korang berdua tu dahla suka ambik kesempatan . Kejap lagi , korang bukan cari , korang pergi sedap makan . Ha aku ngan eunsang , jisung dengan minhee " ujar samuel pula lalu eunsang dan jisung terus mencebikkan bibir mereka .

" ha okay la tu , eh hari dah nak malam . Korang taknak balik ke ? " soal minhee .

" aku dah bagitahu hyung aku yang aku bermalam dekat sini je sampai la kita jumpa minha noona balik . Takkan la kitaorang nak biarkan kau tinggal sorang sorang " jisung tersengih kepada minhee diikuti anggukan dari samuel dan eunsang .

" oh boleh , tapi korang kena tidur kat ruang tamu la . Takkan korang nak tidur bilik noona aku pulak kan " minhee tersenyum tawar kepada rakan rakannya . Ye , minhee sedang susah hati .

"  boleh je , asalkan ada tempat tidur " ujar samuel pula .

tbc .

kat multimedia tu muka yifei tau .

[C] 𝐈𝐦 𝐧𝐨𝐭 𝐩𝐬𝐲𝐜𝐡𝐨 Where stories live. Discover now